Assalamualaikum. Kini kita sudah memasuki bulan Oktober. Tahun 2023 cuma tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum kita menjengah ke tahun baharu 2024. Pada bulan Sept lalu sekolah Abam Kie ada menganjurkan Kem Bestari SPM 2023 di Kem Permai Resort di Bachok, Kelantan. Sukanya anak2 murid tingkatan lima boleh beriadah di pantai yang cantik dengan pasir yang memutih dan tiupan angin yang kadang-kadang perlahan tetapi adakalanya kuat..... Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam sahaja.

Pada malam kedua, untuk slot Bahasa Inggeris pihak panitia telah menjemput Sir Asai untuk memberikan tips dan nasihat untuk menjawab kertas BI nanti. Buat pengetahuan semua Sir Asai adalah penerima anugerah Tiktoker terbaik untuk kategori Pendidikan. Nama penuh dia islah Ahmad Sharul Azhan bin Ibrahim. Kalau tak silap la..tapi kami panggil dia Sir Asai aje. Tu je Sie Kie nak oyak tentang biodata Sir Asai ni.

Seterusnya kita pergi kepada cerita sebenar untuk entri kali ini. Dengan bangganya Abe Kie ingin mengumumkan pemenang blogger bertuah pada bulan September ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Mummy Ayu. Ini merupakan kali kedua Mummy Ayu menang hadiah pengomen bertuah tau! Tahniah dan syabas Abe Kie ucapkan. Nanti macam dulu Mummy Ayu DM Abe Kie di 0129820100 untuk menuntut wang tunai tu. Orait?

Kepada rakan2 blogger lain yang belum pernah menang peraduan blogger bertuah blog Abam Kie ni jangan berputus asa tau! Rajin2lah menulis komen di blog ni. InsyaAllah, kalau dah rezeki korang, memang dapat la tu hadiah nanti. Selamat maju-jaya. Aamiin....