Assalamualaikum. Kini kita sudah memasuki bulan Oktober. Tahun 2023 cuma tinggal 3 bulan sahaja lagi sebelum kita menjengah ke tahun baharu 2024. Pada bulan Sept lalu sekolah Abam Kie ada menganjurkan Kem Bestari SPM 2023 di Kem Permai Resort di Bachok, Kelantan. Sukanya anak2 murid tingkatan lima boleh beriadah di pantai yang cantik dengan pasir yang memutih dan tiupan angin yang kadang-kadang perlahan tetapi adakalanya kuat..... Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam sahaja.

Pada malam kedua, untuk slot Bahasa Inggeris pihak panitia telah menjemput Sir Asai untuk memberikan tips dan nasihat untuk menjawab kertas BI nanti. Buat pengetahuan semua Sir Asai adalah penerima anugerah Tiktoker terbaik untuk kategori Pendidikan. Nama penuh dia islah Ahmad Sharul Azhan bin Ibrahim. Kalau tak silap la..tapi kami panggil dia Sir Asai aje. Tu je Sie Kie nak oyak tentang biodata Sir Asai ni.

Seterusnya kita pergi kepada cerita sebenar untuk entri kali ini. Dengan bangganya Abe Kie ingin mengumumkan pemenang blogger bertuah pada bulan September ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Mummy Ayu. Ini merupakan kali kedua Mummy Ayu menang hadiah pengomen bertuah tau! Tahniah dan syabas Abe Kie ucapkan. Nanti macam dulu Mummy Ayu DM Abe Kie di 0129820100 untuk menuntut wang tunai tu. Orait?

Kepada rakan2 blogger lain yang belum pernah menang peraduan blogger bertuah blog Abam Kie ni jangan berputus asa tau! Rajin2lah menulis komen di blog ni. InsyaAllah, kalau dah rezeki korang, memang dapat la tu hadiah nanti. Selamat maju-jaya. Aamiin....

16 Comments

  1. Wow Abam Kie dapat jumpa influencer la. Semoga kem ni bermanfaat untuk para pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ni 👍🏻

    ReplyDelete
  2. wah... tq tq..alhamdulillah.. komen ihklas tau, x de nak kejar hadiah apa pun.. MA memang suka baca & jengah blog kengkawan and seronok jugak bila dpt komen dr kawan2 kat blog MA.. kawan2 maya gitu..
    moga murah rezeki Abam Kie.. aamiin. nanti MA whatsapp yer

    ReplyDelete
  3. wow..teacher viral..hehe..tahniah pada semua pemenang

    ReplyDelete
  4. Seronoknya buat kem di tepi pantai. Lepas dengar ceramah boleh ambil angin pantai.

    ReplyDelete
  5. Tahniah MA terpilih pengomen tegar

    ReplyDelete
  6. Lama saya tak masuk senarai.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Seronok budak-budak, dapat ikuti kem tepi pantai.
    Tahniah pada Mummy Ayu.

    ReplyDelete
  8. selamat malam
    kunjungan perdana,
    komen pertama juga

    ReplyDelete
  9. Tahniah kpd Mummy Ayu... Wahhh bestnya murid dapat join kem.. teringat masa kem sekolah dulu2...

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada para pemenang ....saya suka tengok video ASAI dalam Tiktok

    ReplyDelete
  11. Sir Asai ni kita follow beliau di IG :D

    ReplyDelete
  12. Selamaaat untuk mummy ayu 🎉🎉.

    Saya penasaran dengan sir asai ini. Coba nanti nak tengok tiktoknya 👍

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.