InsyaAllah pada 31 Julai 2020 ini kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha. Sudah pasti ramai dikalangan kita akan pulang ke kampung untuk berhari-raya dengan keluarga tersayang. Iyolah kan? Masa Raya Puasa tempohari tak boleh balik kampung atau merentas negeri kerana PKP. Raya Haji ni mesti ramai yang akan memakan jem di lebuhraya dan jalanraya kerana nak balas dendam tak boleh kampung dulu biarpun cuti Raya Haji cuma 4 hari. Huhuhu.....

Di sini Abe Kie ingin berkongsi sedikit tip dengan rakan-rakan blogger yang akan memandu kereta menuju ke kampung halaman masing-masing. Kena buat pemeriksaan kepada kereta yang akan dipandu tu agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini semasa pulang ke kampung. Semoga ianya memberikan manfaat kepada rakan-rakan sekalian. Hati-hati di jalan raya. Semoga selamat sampai ke destinasi.

Periksa penapis udara.

Ia biasanya terletak pada bahagian atas karburetor kenderaan.

Keluarkan penapis udara dari kotaknya dan lihat adakah ia kotor atau bersih. Untuk mengujinya, ketuk ke lantai adakah terdapat habuk atau debu yang jatuh.

Penapis berkenaan berfungsi membekalkan udara bersih terhadap kenderaan apabila enjin dihidupkan. Jika terlalu kotor, ia memberi kesan terhadap prestasi enjin.

Periksa minyak brek.

Lakukan pemeriksaan takat minyak brek. Pemeriksaan ini mudah kerana bekas minyak brek lutsinar dan mudah mengesan kekurangan minyak brek. Pastikan anda menambah minyak brek yang betul.

Takat berkenaan boleh dilihat pada bahagian tepi bekas minyak brek.
 
Periksa cecair penyejuk ‘coolant’

Ia adalah cecair yang berfungsi menyejukkan air di bahagian radiator. Buka penutup radiator dan periksa warnanya.

Biasanya ia berwarna hijau. Sekiranya warna bertukar keruh atau berkarat, bermakna radiator anda mula berkarat dan air perlu ditukar.  Jangan menukar cecair itu ketika enjin masih panas atau sedang dihidupkan.

Periksa minyak ‘power steering’

Minyak ‘power steering’ perlu diperiksa dengan memerhatikan takat minyak itu. Ini untuk mengelakkan minyak itu kering yang boleh memberi kesan terhadap sistem ‘steering’ kenderaan.

Periksa minyak gear

Jika kenderaan anda menggunakan transmisi automatik, anda juga perlu memeriksa minyaknya.

Pemeriksaan berkenaan boleh dilakukan sendiri oleh pemilik kenderaan. Ia adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran.

Periksa cecair pencuci cermin

Ia antara cecair yang perlu diperiksa pemilik kenderaan. Ia berfungsi membersihkan cermin hadapan dan belakang kenderaan jika pandangan terhalang oleh kotoran.

Air berkenaan membantu anda apabila mengalami masalah untuk mengisi air pada bahagian radiator.

Periksa takat minyak hitam

Sebelum memulakan perjalanan, periksa takat minyak hitam kenderaan untuk mengelak kenderaan kekurangan minyak hitam akibat kebocoran atau nat bahagian bawahnya tidak diikat kemas.

Periksa tekanan tayar kenderaan anda

Tekanan tayar kenderaan anda haruslah sentiasa diperiksa. Selain itu, lakukan juga pemeriksaan tekanan angina tayar simpanan supaya ia dapat digunakan jika tayar pancit di dalam perjalanan.

Penutup

Dengan panduan di atas, kawan2 boleh melakukannya sendiri di rumah tanpa perlu ke bengkel serta memulakan perjalanan dengan penuh yakin ke destinasi. In Shaa Allah....


9 Comments

  1. Alhamdulillah.. Perkongsian tips yang ohsem..
    Boleh buat sendiri je..
    semoga semuanya selamat balik ke kampung..
    SOP Covid jangan lupa amalkan..

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan perjalanan mereka yg nak balik kampung..

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Abam Kie, bila kita ambil tahu tentang perkara ni InsyaAllah perjalanan selamat

    ReplyDelete
  4. Selain check kenderaan kena check rumah jugak tu. satgi dah sampai tol baru teringat suis seterika tak tutup.hehehe

    ReplyDelete
  5. semua tu kerja suami shida hehee. Inshaa Allah biasanya sebelum mula perjalanan dia akan cek semua di atas :)

    selamat hari raya aidiladha abam kie dan family :)

    ReplyDelete
  6. Wah persediaan yang bagus.. Kepada yang balik kampung tu hati2 ya!

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.