Pernahkah anda berada di dalam situasi dimana kawan anda tidak menghiraukan anda kerana terlalu asyik dengan telefon pintar atau gajet elektronik yang lain seperti tablet PC, Ipad dan sebagainya? Memang kita akan rasa terhina jika kawan kita itu asyik melayan gajetnya dari berbual dengan kita yang berada di sebelahnya kan? 

Saya pernah mengalami situasi ini semasa memandu jarak jauh ke Cameron Highlands baru-baru ini. Sudahlah di kiri-kanan cuma hutan tebal tanpa rumah penduduk, kawan di sebelah yang sepatutnya menjadi co-pilot asyik mengemaskini status FBnya sambil membalas komen rakan-rakannya. Huh! Rasa nak buang saja gajetnya itu ke dalam hutan belantara itu. Dah la saya mengantuk dan penat memandu dia buat tak layan saja. 

Berbalik kepada gambar di atas, kita dapati keluarga ini keluar makan dan duduk semeja tetapi masing-masing sibuk melayan gajet. Tak ada faedahnya kalau nak keluar makan bersama tapi tak berbual dengan ahli keluarga tersebut. Saya rasa patutu buat peraturan di mana semua gajet perlu diletakkan di dalam bakul di atas meja makan semasa menikmati makanan. Sesiapa yang melanggar perintah ini akan dihukum membayar kos makanan dan minuman pada hari itu. Adilkan? 

Jadi apa pendapat kawan-kawanku yang baik hati sekalian?

12 Comments

  1. hairan macamana dia boleh tengok telefon dalam kereta. Bersembang dengan pemandu lagi baik. Hahaha

    ReplyDelete
  2. saya kalau dah keluar memang tak nampak dah phone. Malas la.. lagi2 tempat jarang2 pergi. Phone hari2 boleh tengok..

    ReplyDelete
  3. itulah yang berlaku sekarang ni. kalau anak-anak buah yang baya-baya anak saya datang rumah memang saya pesan kat suami suruh ambil semua phone dorang (dorang takut sikit ngan pakciknya). Mainlah sebagai kanak-kanak. Kalau tak buat apalah datang rumah pakcik makcik bila hanya hadap telefon main game.

    ReplyDelete
  4. kadang2 risau juga dgn gajet2 ni..

    ReplyDelete
  5. Saya kalau jadi copilot, mata memang tak berani nak pandang ke lain, sebab pilot saya suka mengantuk..uhu

    ReplyDelete
  6. setuju abam kie..sebagai org tua kena tegur..buat rules..nk mkn ke main henset mcm sellau mak ckp hahaha

    ReplyDelete
  7. Norma baharu, bersosial dengan gajet

    ReplyDelete
  8. Gajet dimana-mana.. Patut juga dibuat peraturan tu supaya dapat foakus pada perkara lain selain gajet.. Terutama sekali time makan..

    ReplyDelete
  9. Sekarang ramai yang suka tengok fon, masa makan ramai2 pun sibuk main game. Bila entah nak bersembangnya.

    Tapi kalau jadi co-pilot, memang tak boleh la tgk fon je. Kesian pilot ngantuk tuuu.

    ReplyDelete
  10. masa tengok tajuk ni..saya memang teringat tentang ada org tu dia buat cabaran mcm abe kie ckp bawah sekali..fon sape berbunyi kena belanja...hahaha

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.