Apabila keluar statistik yang menunjukkan kad kredit merupakan salah satu hutang yang membebankan golongan muda, saya sangat terkejut kerana masih tidak faham bagaimana kad kredit boleh menyebabkan mereka terbeban.

Kini, baru saya faham kerana ramai yang telah salah guna kad kredit mereka untuk tujuan yang tidak berfaedah. Apabila kad kredit menjadi sumber pendapatan untuk menampung perbelanjaan harian, hidup akan menjadi lebih sukar. Itu adalah satu konsep yang salah.

Masalah utama bukanlah pada kad kredit tersebut tetapi lebih kepada masalah diri sendiri yang tidak bijak menggunakan kad kredit. Saya telah gunakan kad kredit selama beberapa tahun dan tidak mempunyai sebarang masalah atau rasa terbeban.

Malah, terlalu banyak manfaat yang telah saya dapat dengan menggunakan kad kredit ini. Betul, jika salah guna kad kredit serta tidak pandai mengurus dengan baik, kad kredit itu sendiri akan menyebabkan kita terbeban dengan hutang yang banyak.

Namun, asas kepada penggunaan kad kredit adalah membantu dan memudahkan kita membuat bayaran tanpa perlu membawa tunai. Sebelum saya membuat keputusan untuk memohon kad kredit, saya akan buat kajian atau survey terhadap beberapa kad kredit dari setiap bank.

Anda boleh buat perbandingan dengan hanya melalui internet di laman web seperti ringgitplus, imoney, comparehero dan gobear.

#TIP 1 : Pilih manfaat

Salah satu tujuan saya ambil kad kredit adalah untuk memudahkan saya membuat bayaran tanpa perlu membawa tunai yang banyak. Apa yang saya amalkan adalah kad kredit hanya memudahkan bayaran dan tidak meningkatkan perbelanjaan.

Selagi mana penggunaan kad kredit tidak menyebabkan perbelanjaan bulanan saya meningkat, saya anggap kad kredit tidak membebankan.

Ketika memilih kad kredit yang sesuai, kriteria yang paling utama saya cari adalah bercirikan Islamik dan tidak mempunyai yuran tahunan (annual fee). Kebanyakan bank kini telah mengecualikan yuran tahunan untuk kad kredit mereka sebagai manfaat tambahan kepada pelanggan mereka.

Selain itu, saya juga akan pastikan kad kredit saya boleh memberikan pulangan tunai atau cashback setiap kali saya menggunakan kad kredit tersebut. Sambil berbelanja, saya juga dapat berjimat melalui pulangan tunai tersebut.

Kenapa terlalu penting untuk memilih kad kredit yang sesuai? Jika anda mengambil kad kredit tanpa mengetahui kelebihan atau manfaat kad kredit tersebut, anda sebenarnya telah rugi. Sebagai pengguna, fahamkan dan gunakan sebaiknya segala kelebihan yang telah diberikan oleh pihak bank.

Lebih best lagi jika anda mohon kad kredit, anda dapat free gift yang menarik. Ada sesetengah pihak ketiga yang menawarkan smartphone jika kad kredit anda diluluskan. Oleh itu, anda perlu rajin buat carian di laman web seperti di atas.

#TIP 2 : Fahami gaya hidup

Perkara kedua yang saya buat adalah dengan memahami gaya hidup saya sendiri. Jika saya banyak menggunakan kenderaan semasa bekerja, saya akan ambil kad kredit yang boleh beri banyak cashback dari penggunaan petrol ketika mengisi minyak.

Selain petrol, kebanyakan kad kredit juga akan boleh berikan pulangan tunai yang banyak jika sering berbelanja di pasaraya yang terpilih. Saya tahu jika saya pergi beli barang harian dengan menggunakan tunai, saya hanya akan dapat barang yang saya beli sahaja. Namun, selepas saya gunakan kad kredit, pulangan tunai yang saya dapat memberi kepuasan kepada diri sendiri kerana dapat mengurangkan kos perbelanjaan.

Dengan hanya memahami gaya hidup sendiri serta memilih kad kredit yang betul, banyak penjimatan saya dapat saya lakukan.

Jika anda seorang yang suka pergi melancong dengan menggunakan kapal terbang, anda mungkin boleh ambil kad kredit yang memberikan ganjaran tinggi apabila anda menempah tiket kapal terbang.

#TIP 3 : Kumpul dan tebus hadiah

Ini adalah antara sebab utama kenapa saya masih guna kad kredit sehingga hari ini. Setiap tahun, dengan jumlah mata yang terkumpul melalui perbelanjaan harian, saya dapat tebus atau tukar dengan pelbagai jenis hadiah yang pihak bank tawarkan.

Selain tebus hadiah dari mata terkumpul, saya juga selalu gunakan kad kredit untuk menonton wayang untuk dapatkan harga tiket yang lebih murah. Sangat beruntung! Ketika waktu promosi, anda boleh guna kad kredit untuk dapatkan satu tiket wayang percuma dengan setiap pembelian satu tiket.

Tapi ingat! Jangan beli sesuatu barang yang tidak perlu hanya kerana ingin mengumpul mata kad kredit.

Sekali lagi, jika anda minat melancong, anda juga boleh gunakan mata terkumpul seperti dari kad kredit Maybank, dan tukarkan ke AirAsia BIG Point. Anda boleh tukarkan mata terkumpul tersebut untuk tiket penerbangan. Semakin banyak mata yang anda kumpul, semakin mahal harga tiket yang anda boleh dapat secara percuma. Untuk lihat senarai hadiah yang kad kredit anda tawarkan, anda boleh semak di laman web bank kad kredit anda.

Bagi mengelakkan anda terlebih berbelanja menggunakan kad kredit, tetapkan had limit kad kredit anda pada satu jumlah yang minimum. Jumlah yang baik adalah bersamaan satu bulan gaji anda kerana itu adalah tahap risiko tertinggi anda.

#TIP 4 : Bayaran ansuran tanpa faedah

Sebagai pengguna kad kredit, pasti saya mengambil kesempatan daripada skim bayaran ansuran tanpa faedah. Maksudnya saya beli satu barang berharga RM1000 dan dibayar secara ansuran selama 12 bulan tanpa dikenakan sebarang faedah sekiranya saya membayar penuh baki kad kredit pada hujung bulan. Contohnya pada tahun lepas saya beli telefon bimbit jenama Vivo V11i pada harga RM1050 di Lazada. Jadi saya cuma perlu bayar RM87.50 setiap bulan selama setahun! Kalau saya bayar tunai pasti kena keluarkan duit simpanan ASB atau TH dulu. Lepas tu tak dapat point jika bayar tunai!

Cuma saya kena pergi beli di kedai yang menawarkan pelan ansuran tersebut kerana sedikit sahaja kedai yang menawarkan skim sedemikian. 

Akhir kata, kad kredit juga banyak membantu ketika berlaku sesuatu kecemasan yang tidak dapat dielakkan yang memerlukan perbelanjaan yang besar.

16 Comments

  1. betoi la kan, kad kredit tak bersalah. tuan yg pegang kad kredit tu yg bersalah :D

    ReplyDelete
  2. Nak guna atau ada kad kredit kena disiplin dan keras hati..maksudnya guna ketika betul-betul perlu sahaja.

    ReplyDelete
  3. betul tuh cikgu, kad kredit tu tak salah yang salahnya kita sebagai pengguna yang menyalah gunakan... kad kredit ni selalu saya guna masa kecemasan je, kalau asal ke shopping complex duk pakai kad kredit memangla boleh jadi keberhutangan serius...

    ReplyDelete
  4. saya pernah mengalami masalah hutang kad kredit ni. alhamdulillah dapat diselesaikan, lepas tu mmg tobat dan akan menggunakan kad kredit dengan berhemah. Saya baru je terminate satu kad kredit ni bila tiba-tiba kene cay rm300 utk annual fee... gile

    ReplyDelete
  5. good info teacher.. saya xde kad kredit lagi. bila saya baca posting ni sikit sebanyak membuka minda sy ttg kelebihan ada kad kredit. mungkin teacher boleh share kad kredit apa yang bagus utk saya apply. sy ingat nak guna kad kredit utk pam minyak n shoping brg dapur. sb yg tu je pun boleh collect byk point. kan teacher,,

    ReplyDelete
  6. kad kredit ni bagus sebenarnya kalau tidak disalahgunakan...sangat membantu dalam perbelanjaan bulanan bila buat ansuran mudah tu.

    ReplyDelete
  7. Setakat ni sy msih belum memiliki kad kredit..

    ReplyDelete
  8. kad kredit memang bagus, yg penting ada displin dan pandai uruskan kewangan. |♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  9. betul tu.. yg penting ada kekuatan diri untuk jimat berbelanja..

    ReplyDelete
  10. saya ingtkn kad kredit ni cuma memberi keburukan,,,,rupanya si pemilik yang tak tahu gunakan dengn baik..hehehe

    ReplyDelete
  11. kad kredit memudahkan pembayaran terutama yg beli online...tapi sekrg dah ada debit card, aaya lebih suka guna debit card kecuali yg ribu2..

    bestnya boleh tukar points ke Big Point..

    ReplyDelete
  12. tak ada kad kredit..haha sebab tak layak dan tak mampu pakai =)

    ReplyDelete
  13. alhamdulillah so far mama masih berdisiplin cuna cc. sebab mama guna cc pun masa kecemasan dan utk booking hotel je

    ReplyDelete
  14. blum guna juga...syukur ada e wallet sekarang memudahkan juga urusan jual beli non cash

    ReplyDelete
  15. betul... ada ketika kita mmg memerlukan kad kredit tp sblm guna tu, fahami terlebih dahulu keadaan kewangan kita... jgn mudah terikut dgn budaya biar papa asal bergaya... terutama anak2 muda skrg. muda2 lagi dah muflis dan slh 1 penyebabnya, gn kad kredit tanpa kawalan...

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.