Friday, 31 January 2020

Kepuasan Menonton Filem Terbaharu Dengan Android Box


Assalamualaikum. Pada zaman sekarang ni semakin banyak pilihan untuk menikmati rancangan TV dan filem terbaharu di kaca TV. Kalau dulu Abam Kie terpaksa menonton ASTRO yg kononnya macam2 ada tapi hakikatnya rancangan dalam tu diulang berkali2. Dah la bayar mahal2. Tapi kena gak tengok iklan yg berjela-jela mcm siaran percuma. Nak tengok movie terbaharu pula kena cari dalam internet dan download secara haram. Maklumlah di Kelantan ni tak ada panggung wayang. Kalau nasib baik ada citer Hollywood yg boleh download di Telegram. Atau pun tunggu di Astro First.


Tapi itu sudah menjadi sejarah apabila Abam Kie membeli android box di Shopee akhir tahun lepas. Macam2 model dan specs yg ada. Tepuk dada tengok dompet je la! Yang abam kie beli ni dekat RM179 di Shopee. Specs pun kira terbaik di pasaran pada masa kini. Penjualnya siap antar video tutorial cara nak pasang. Mudah je pasang dan main2 dgn benda ni sebab abam kie pernah pakai dulu. Tengok tu! Abam Kie letak sebelah ASTRO. Jangan gaduh ye!


Bila ada android box ni mudah la nak install mcm2 apps melalui Google Play Store. Box ni dah dipasang dgn mcm2 apps oleh penjualnya spt Astro Go, Netflix, Youtube, Unifi TV, HD Movies, 6TV dan sebagainya. Macam2 program TV dari seluruh dunia Abam Kie boleh tengok. TV Israel pun ada. Tapi haram x faham. Kebetulan rumah Abam Kie memang ada UnifiLite dgn kelajuan 10Mbps. Dapat la sokong beberapa peranti digunakan serentak. Kira x tersekat2 la.


Oh! Abam Kie letakkan android box ni di TV kat dapur. Kat ruang tamu memang ada TV lain. Tapi sbb x nak berebut dgn anak2 yg suka layan Korean dramas maka Abe Kie mengalah dan tengok TV kedua di dapur je. Kalau nak senang tukar siaran atau search rancangan dsb kena pakai air mouse mcm kat atas tu (kiri sekali). Boleh je nak guna remote control yg disediakan tapi susah la. 

Jadi amacam skrg? Adakah kwn2 nak beli android box dan sambungkan ke TV masing2 untuk kenikmatan menonton TV tahap optima? Jadilah pengguna yg bijak. Abe Kie berundur diri dulu. Sehingga kita berjumpa lagi.

15 comments:

  1. eh thanksss tau abam kie! kita memang nak cari yang macam ni...tunggu ada duit lebih nanti bole beli...

    ReplyDelete
  2. astro ni memang byk siaran ulangan sebab nak suruh kita langgan byk lagi channel. try android box ni macam best juga :) ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  3. wahhh menariknya... mekasih cikgu sebab kongsi pasal android box nih

    ReplyDelete
  4. memang plan nak beli gak...senang.

    ReplyDelete
  5. waalaikumussalam abam kie..wahh menariknya..rabia skrg pasang njoi

    ReplyDelete
  6. Abam Kie nanti cerita la macamana nak cari spec bagus. Selalu tengok yg di Shopee tu sampai rambang mata. ^_=

    ReplyDelete
  7. Banyak pilihan dan kemudahan untuk kepuasan kan Cikgu..cuma terdedah atau tidak sahaja dengan setiap kemudahan yang ada.Terima kasih cikgu perkongsian.

    ReplyDelete
  8. haha xnak serabut dgn anak yg layan kdorama ke.. mama pun ada tapi rosak lah pula. mmg best ada android box ni kan

    ReplyDelete
  9. kalau guna unifi mmg terbaek..

    ReplyDelete
  10. Izzati pun ada ni!! Way better than astro! Ada wifi semua senang. Box dia pun comey je. Banyak movie boleh tengok. Hehe. <3

    ReplyDelete
  11. rumah saya ada astro ngan netflix, itu pon dah membosankan sebab cerita semua tak menepati citarasa. last-last astro ngan netflix yang tengok saya... zzzzz....

    ReplyDelete
  12. bagi link penjual tu... dah lama teringin nak pasang tp kurang yakin dgn seller yg ada...tkt kena tipu

    ReplyDelete
  13. cant really relate sbb x tgk tv hahaha

    ReplyDelete
  14. Kesiannya Mrs. A baharu tahu pasal android box ni.
    Kena galli-gali info lagi nih!
    Terima kasih cikgu atas perkongsian.

    ReplyDelete