Assalamualaikum wbt. Pada hari ini Abam Kie akan berkongsi dengan kawan2 blogger tentang NAFKAH.

Kebanyakan isteri sekarang bekerja demi membantu ekonomi keluarga. Walaupun isteri bekerja, walaupun isteri bergaji lebih besar dari suami....keperluan memberi nafkah tetap menjadi tanggungjawab suami.

Ada isteri yang tidak diberi nafkah langsung oleh suami 

1) kerana suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana
isterinya berkerja dan punyai wang sendiri

2) kerana suami beranggapan tidak perlu bagi nafkah kerana isterinya bergaji lebih besar dari dirinya

3) kerana suami perlu tanggung keluarganya sendiri (ibubapa, adik beradik), jadi  wang gajinya tidak cukup untuk diberikan kepada isteri. 

4) kerana dihasut oleh ibubapanya atau adik beradiknya sendiri untuk mementingkan memberi wang kepada ibubapa daripada memberi nafkah kepada isteri

Astaghafirullahhhh
Astaghafirullahhhh
Astaghafirullahhhh

Wahai suami!! Tak faham perintah Allah ke?? Sengaja buat tak faham ke??

Kisah 1
Puan C berniaga dan berpendapatan lebih dari suaminya yang merupakan seorang ustaz. Suaminya sentiasa memberi ceramah agama di masjid masjid setiap hari. Dan ceramahnya memang superb! 
Mereka pernah bergaduh kerana Puan C minta nafkah. Dia diherdik suaminya. 
Errkkkk...seorang ustaz herdik isteri!!! 
Erkkkkk...seorang ustaz yang bijak agama, berceramah hebat di masjid setiap maghrib, tetapi tak tunai kewajipan pada Allah!!
Kerana tidak mahu bergaduh dan buat suaminya ustaz itu marah, Puan C diamkan aja hal ini dah beliau menggunakan duit gajinya untuk barang dapur...yang mana suaminya ustaz tersohor tu pun makan makanan yang dibeli Puan C
Puan C redha dan bersangka baik dengan Allah dan menanggap Allah mahukan beliau bersedekah kepada anak anak dan suami. Sungguh!! Beliau sangat tenang!!!

Hingga ke hari ini, setelah 11 tahun berkahwin, Puan C masih tidak diberi nafkah oleh suaminya

Astaghfirullah...kenapa ustaz begitu berani tidak ikut perintah Allah. 
Ustaz ni dah langgar perintah Allah, dia tak takut Allah ke? 

Dia tak takut api neraka ke?? 
Dia tahu ke nak jawab ape di mashyar semasa berdepan dengan Allah nanti?

Simpati kepada Puan C.
Alhamdulillah. Hebatnya puan C kerana redha, kerana bersedekah kepada anak anak dan suaminya ustaz yang derhaka kepada Allah itu.  Alhmdlh. 

Kisah 2

Puan B hampir bercerai kerana suaminya tidak beri nafkah akibat hasutan mertua. Namun dia berjaya berbincang elok dengan suami dan berjaya menyelesaikan hal nafkah tersebut. Sebenarnya selesaikan hal nafkah terlebih dahulu dan kemudian uruskan masalah mertua. Penceraian bukan penyelesaiannya. 

Suami WAJIB menyediakan 7 nafkah ini kepada isteri iaitu:

1. Rumah dan bil elektrik, air

Tak kira lah lah rumah sewa atau beli, asalkan mengikut kemampuan suami. Kalau suami mampu beli rumah teres sahaja untuk isteri, ia jauh lebih baik dari rumah banglo atas bukit yang dibeli isteri.

2. Makan Minum

Ramai isteri yang berkerja membeli barang makanan minuman dengan duit gajinya sendiri. Puan puan, gunakan duit belanja dapur yang diberikan suami. Jika tak cukup, barulah top up dengan duit gaji puan.
Jangan ambil hak suami iaitu hak untuk dia bagi nafkah makan minum

Kalau suami puan – puan mampu beli kangkung dan ikan kembung, makan lah itu. Berkat insyaAllah. 

Suami bberi nafkah wang walaupun sedikit untuk makan minum isteri, anak setiap bulan. Kalau mampu RM100 pun, itulah yang perlu diberikan.

Beritahu pada isteri, “Ini yang abang mampu, kalau ada rezeki lebih, abang akan tambah.” Isteri, hargailah keikhlasan suamimu itu.

3. Pakaian

Wajib beli 2 persalinan setiap tahun. 
Wahai suami!! Belilah jubah longgar, stongan, stokin tebal  kepada isteri. Anda dapat pahala sebab sediakan pakaian ikut syariat. Isteri pun dapat pahala sebab jaga aurat ikut syariat. 
Kan senanggggg!!!

4. Perubatan

Kalau isteri sakit, suami perlu bawa isteri berubat dan membiayai perbelanjaan ini. Kalau zaman sekarang, takaful untuk isteri dan anak – anak itu semua sebenarnya perlu disediakan oleh suami.

5. Perhiasan

Wanita memang tidak asing dengan perhiasan. Suami perlu menyediakan perhiasan untuk isteri. 

Encik A selalu beli perhiasan untuk isterinya. Dia belikan mengikut taste nya

Katanya, "Isteri ini adalah perhiasan untuk suami. Mestilah saya beli perhiasan mengikut taste saya supaya menyejukkan mata dan hati saya. Barulah isteri saya dapat pahala, saya pun dapat pahala.”

Isteri pula, kalau suami mampu beli Zhulian, pakailah. Jangan minta Tiffany pula.

6. Pembantu

Kalau isteri biasa ada pembantu rumah sebelum berkahwin, suami mesti menyediakan pembantu untuknya selepas berkahwin.

Zaman sekarang ini kalau suami tak mampu, cukuplah sediakan wang untuk penjagaan anak, belanja panggil part time maid dan paling penting sekali pembantu semasa dia berpantang selepas melahirkan anak.

7. Peralatan mandian

Opssss!! Jangan gelak!!
Iya, sabun mandi dan syampu rambut itu termasuk dalam nafkah ye!! Jangan ambil ringan!

Wahai suami isteri sekalian, suami wajib bagi nafkah pada isteri dan anak anak. Ini adalah ajaran Islam dan kita patut mengikutnya. Sebab apa? Supaya ada KEBERKATAN dalam rumah tangga. Bila ada keberkatan, harmoni dan sejahteralah rumah tangga itu.

Sekian, terima kasih. Semoga kwn2 blogger mendapat manfaat daripada perkongsian ini.

12 Comments

  1. Justeru itu halalkan perhubungan antara lelaki dengan wanita melalui ikatan ijab qabul bukan sekadar untuk menjaga nasaf/keturunan/status anak-anak yang bakal lahir sahaja..sebenarnya lebih daripada itu tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri.Salah satunya adalah nafkah yang mesti dinafkahi dengan sebaik-baiknya.Biar pun sederhana tapi mesti sentiasa menafkahi.

    ReplyDelete
  2. terima kasih
    singgah jumaat

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam. terima kasih atas perkongsian abam kie. masih ramai yg tak tau dan ada juga yg tahu tapi buat-buat tak tahu. wallahualam

    ReplyDelete
  4. sebelum saya berkahwin, saya memang minta suami berikan nafkah atau elaun berupa duit kepada saya setiap kali gaji, keperluan harian lain memang sentiasa di beri walaupun isterinya memang bekerja... saling membantu untuk kewangan keluarga, saya redha bekerja dan membantu suami, sebab saya ni jenis boros sikit heheheh...

    ReplyDelete
  5. betul tu cikgu. kesedaran org lelaki kena ada.. lelaki ni kena bersyukur kalau ada isteri yg sanggup membantu dari segi kewangan..

    ReplyDelete
  6. Tidak kira isteri atau suami perlu sedar betapa pentingnya nafkah, tidak boleh ambil mudah.

    ReplyDelete
  7. tq for sharing this abam kie

    ReplyDelete
  8. Lelaki adalah pelindung wanita..

    ReplyDelete
  9. Besar peranan dan tanggungjawab org yg dah berkahwin ni kan.. Zaza pun blm kawen.. Calon pun blm ada.. Moga2 dikurniakan suami dikalangan org yg bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  10. org sekarang beri nafkah cerita belakang sbb tu rumah tangga tak sampai setahun dah bergoyang

    ReplyDelete
  11. waalaikumussalam abam kie..doakan rabia ya.semoga dipermudahkan urusan jodoh aamiin

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.