Monday, 25 November 2019

Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan


Assalamualaikum. Pada hari Sabtu, 2 November 2019 telah berlangsung Jamuan Akhir Tahun Kelab Guru dan Kakitangan di Restoran Matahari, Jalan Salor - Tunjong, Kota Bharu. Majlis ini bermula pada jam 10.30 pagi. Tapi kami, para AJK KGKT sudah berada di sana sejak jam 9 pagi untuk membuat persiapan terakhir seperti pendaftaran dan penyusunan hadiah dan hamper. Kebetulan tahun ini Abam Kie dipilih oleh AJK tahun 2018 untuk menjadi Pengerusi KGKT. Huawaaaaaa.....!!!! 

Sepanjang tahun ini kami AJK KGKT diberi tanggungjawab untuk menganjurkan beberapa program penting seperti Majlis Sambutan Tuan Pengetua, Majlis Perpisahan dan Persaraan Guru dan Staf, Sambutan Hari Guru, Majlis Berbuka Puasa, Majlis Sambutan Hari Raya dan Jamuan Akhir Tahun.Letih jugak kan? Mana nak mengajar lagi? Mana nak buat kerja perkeranian lagi? Tapi Alhamdulillah, kami berjaya melaksanakannya.

Kiranya majlis jamuan KGKT ini adalah acara terakhir untuk menutup tugas2 kami. Jadi kami kena buat sehabis baik. Dua bulan sebelum majlis memang kami sudah mengorak langkah dengan memohon sumbangan dgn syarikat, orang kenamaan, kontraktor, kedai, PIBG, tuan kantin dan individu. Ada yg bagi duit, hadiah, hamper, barang elektrik, kain dan macam2 lagi. Alhamdulillah, semua ahli KGKT mendapat sepasang kain untuk dibuat baju kurung atau kemeja, dan hadiah cabutan bertuah sebanyak dua kali! Satu di sekolah dan satu lagi di restoran. 


Semasa cabutan bertuah di restoran tersebut, abam kie mendapat hadiah Toto dan hamper kecik sumbangan daripada Restoran Matahari.Alhamdulillah. Oleh kerana kami dapat mendapat banyak sumbangan, maka cabutan bertuah terpaksa dibuat sebanyak 4 fasa. Dekat 90 lebih guru dan staff yg hadir jadi semua dapat hadiah. Tak ada yg pulang tangan kosong seperti abam kie alami pada tahun lepas. Huhuhu...


Pada majlis jamuan tersebut, Tuan Pengetua kami iaitu Hj Nik Mohamad bin Nik Lib telah membuat kejutan kpd kami dengan memberikan hadiah yang kami rasa amat hebat iaitu 3 orang guru perempuan telah bernasib baik untuk menerima pakej melancong ke Acheh pada cuti bulan Mac 2020 depan. Pengetua kami tu ialah bapa kepada juara Da'i TV3 musim kedua iaitu Ustaz Nik Ahmad Farhan. Yang lebih bertuah lagi ialah Cikgu Azam dan Cikgu Ramlah yg mendapat tajaan pakej umrah dan ziarah ke Mesir pada tahun depan. Tahniah kepada mereka berlima. 

Sesungguhnya jamuan KGKT 2019 berlangsung dengan meriah kerana hadiah pun banyak, makanan pun sedap dan AJK pun cekap dan berjaya melaksanakannya dengan jayanya sehinggakan rakan2 guru memberikan lima bintang gitu! Jadi AJK KGKT pd thn 2020 dikehendaki membuat yang lebih baik daripada kami! Wassalam...

22 comments:

  1. bgusnya xde la kecewa klo xdpt pape....tahniah

    ReplyDelete
  2. best, bila semua dapat hadiah cabutan bertuah semua rasa seronok... semua bertuah
    paling best bila 5 orang cikgu tu, yang dapat buat umrah tu memang memang rezeki betul lah.

    ReplyDelete
  3. tahniah abam & the gang sebab berjaya organize majlis hebat..banyak contribution dari outsiders jugak.

    semoga tahun depan jadi AJK lagi.. (ehhhh ke taknak dah??)

    ReplyDelete
  4. ya allah pemurahnya pengetua.... sy pula tumpang seronok bila masing2 dpt hadiah... terasa nk join thn dpn boleh tak? hahaha

    ReplyDelete
  5. banyaknya hadiah..bantal Das Abdul tu yg best...tuan pengetua pun bermurah hati menaja hadiah..terbaik Pengerusi & ajk KGKT..

    ReplyDelete
  6. wah meriahnya hamuan akhir tahun guru sekolah abam.. siap ada hadiah percutian tu tentu seronok

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh tahniah abam kie. Bestnya semua dapat hadiah. Extra best siapa yang dapat hadiah travel tu

    ReplyDelete
  8. Bestnya hadiah melancong. Memang rezeki sungguh yang dapat tu. Hamper pun banyak. Seronok.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah.Bila semua dapat..itu lebih membahagiakan kan Cikgu.Semua ada rezeki.Semua bertuah.

    ReplyDelete
  10. Selamat bercuti hujung tahun cikgu

    ReplyDelete
  11. asslamualaikum.. terima kasih datang singgah blog saya. saya bw di sini , tinggalkan jejak. salam perkenalan abam kie

    ReplyDelete
  12. p/s https://aniesandyou.blogspot.com/2019/11/terima-kasih-daun-keladi-blogger-abam.html

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah terbaiklah AJK KGKT 2019 rajin mencari dana dan sumbangan dapatlah berkongsi hadiah semua yang hadir kan.

    ReplyDelete
  14. wah terbaiklah pengetua sekolah abam kie =)

    btw,jemputlah abam kie dan rakan blogger lain join contest di blog saya ini,senang ja~

    https://at-tarmizi.blogspot.com/2019/11/contest-isi-dialog-di-blog-at.html

    ReplyDelete
  15. Detik paling indah dalam hidup bila kita diberikan hadiah.. Alhamdulillah tahniah

    ReplyDelete
  16. Bagusnya ada jamuan utk guru2 dgn hadiah yg menarik barulah cikgu2 bersemangat nk mengajar

    ReplyDelete
  17. wah..hadiah bukan biasa-biasa, baru bersemangat lagi untuk mengajar :D

    ReplyDelete
  18. lama dah rasanya tak pergi majlis makan2 dan aca cabutan bertuah macam ni, tp tak pernah pon dpt cabutan bertuah, mmg tak bertuah betul saya..

    ReplyDelete