Wednesday, 27 November 2019

Cenderahati daripada ejen Prudential BSN Takaful


Assalamualaikum. Sedang Abam Kie sibuk menanda skrip jawapan peperiksaan akhir tahun 2019, tetiba ternampak seorang pemuda menuju pantas ke meja abam kie di bilik guru ni. Tak lain tak bukan, seorang bekas pelajar Abam Kie yg menduduki SPM 10 tahun lepas datang menziarahi bekas gurunya ini. Dia yang dimaksudkan ialah Mohamad Fahmie bin Shukri. Dulu dia bekerja sebagai penolong pengurus di sebuah ladang Sime Darby. Tapi selepas 3 tahun di sana, dia berhenti kerja dan memilih untuk bekerja sendiri sebagai Perunding Kewangan Prudential BSN Takaful. 

Jadi kami pun berbual mengenai ruang masa 10 tahun yang kami tinggalkan. Fahmie atau Along bercerita tentang pengalamannya bertugas di ladang. Banyak kesukaran yg dia terpaksa hadapi menyebabkan dia berhenti kerja dan memilih kerjaya sbg perunding takaful pula. Bila bertugas sebagai ejen takaful ini dia lebih bebas untuk memilih masa bekerja yg fleksibel. Bukannya bekerja pergi pagi balik gelap. Kalau GV6 ada segmen 'Ada Lagu Ada Lagi', tapi bagi Fahmie slogannya ialah 'Ada Pelanggan Ada Duit'. Hehehehe...

Fahmia x dtg dgn tangan kosong. Dia ada bawa cenderahati untuk bekas gurunya ini iaitu diari dan kalendar 2020. Terharunya Abam Kie sebab dapat hadiah biarpun bukan beli polisi takaful dengan dia pun! Huh! Kalau jadi pelanggan dia, mungkin dapat lebih lagi seperti payung ke, bekas air ke, dan yang sewaktu dengannya...... Hehehehe....


Jadi Abam Kie ingin mengajak rakan2 blogger yang belum memiliki polisi takaful untuk membeli takaful dengan Saudara Fahmie. Ingatlah kita perlukan takaful sebagai perlindungan semasa kita ditimpa musibah. Langit tak selalunya cerah. Ingatlah orang yang tersayang. Jika kita tiada lagi di dunia ini, duit yg kita bayar bulan2 kpd sykt takaful tu boleh dikeluarkan semuanya untuk dijadikan hibah kpd keluarga kita. Nanti tak perlulah anak2 kita meminta derma di akhbar dan FB plak. 

Baiklah kepada kawan2 yang nak membeli Takaful Prudential BSN bolehlah menghubungi Mohamad Fahmie di talian 019-2836269 atau FB beliau di https://www.facebook.com/fahmie.prubsn. Dia tinggal di Sungai Merab, Kajang. Jadi jika kawan2 tinggal di kawasan berhampiran seperti Bangi, Putrajaya, Kajang, Dengkil, Salak Tinggi dan sebagainya boleh aje hubungi Fahmie untuk temujanji. Bertemu tak semestinya membeli. Tapi sebaik2nya beli la...

Rasanya itu sahaja yang Abam Kie nak promosi. Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa.... Dok gitu?

16 comments:

  1. Mmg bagus amik insuran ni, kak pun amik

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. cantiknya planner dan kalendar tu. girly sangat ^_^

    ReplyDelete
  3. Cute je.Kami pun ada berbincang juga nak ambil insurans.Moga Allah permudahkan.Aamiin

    ReplyDelete
  4. bestnya planner dengan kalendar tu, cantik lah...

    ReplyDelete
  5. dulu, selalu jg laa agent sy kasi buah tangan dr prudential tp laa ni dah nk msk 10 thn mencarum satu pun tak dpt waaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  6. Waa bestnya. Kak feni tak pernah dapat pun walaupun hampir 8 tahun carum untuk anak2.

    ReplyDelete
  7. anak murid yang baik, datang kambali kepada cikgu. siap bagi hadiah lagi. tahniah cikgu

    Jemput singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  8. bagus anak murid... ingat kan cikgu lagi...

    ReplyDelete
  9. agen insuran saya tak pernah bagi aper2 pon. dulu ade la bg kad raya, sekarang dah menyepi.. hahaha

    ReplyDelete
  10. Wahh rezeki dapat hadiah kan. Tahniah cikgu

    ReplyDelete
  11. murah rezeki abam.. kalau mama pun tentu akan bawa cenderahati utk bekas guru mama

    ReplyDelete