Friday, 29 November 2019

Tahap Penguasaan Bahasa Inggeris Murid Melayu Membimbangkan


Hari tu bila Maya Karin buat statement tentang sorang budak yang dia tanya " adik, how old are u" budak tu tak faham padahal budak tu dah pun berumir 10 tahun, maknanya darjah Empat, ramai netizen yang maki Maya karin. 

Sebenarnya apa yang dia terkejutkan tu memang wajar.  Bayangkan seorang pelajar empat tahun belajar inggeris di sekolah. Takkan how old are you tak tahu?. Selama ini belajar apa?

Maya mengambil pendekatan buat stetment dalam media sosial untuk nak expresskan suatu rasa keterkilanan. Dan aku pulak....

Bila satu hari tu aku ganti guru yang x hadir. Kebetulan darjah enam.. nak pereksa upsr.. aku cuba la cek sikit bahasa inggeris dia orang...  Aku tulis satu ayat mudah.. kelas tu kelas paling pandai... Aku kira bila diorang dapat jawab aku nak sambung kerja aku balik. Aku tulis...

" Pak Chu Dollah ........  a man."

Senyap. Pastu keluar la jawapan merapu. Bertubi tubi. Aku dah sakit jiwa. Kacau hati. Aku tulis lagi soalan...

"I ........ a boy. " Keluar jawapan merapu. Was pun ada. Aku duduk kat meja perati aja diaorang sambung buat kerja entah apa yang guru dia bagi. 

Singguh.. aku sebenarnya nak nangis. Bangsa aku di sia-siakan selama enam tahun. Untuk apa kalian datang ke sekolah wahai anak kalau kalian di persiakan gini. Ini yang aku pikir dan rasa.

Lepas bunyi loceng aku gi naik jumpa guru besar. Aku cakap kalau boleh... Saya minta nak ngajar english bdk darjah dua dan tiga. Darjah satu saya tak berani. Sebab darjah satu perlukan kemahiran khas. Guru besar nampak berat nak bagi. Tapi akhirnya dia bagi juga aku ngajar sekejap. Walaupun ramai yang x suka, aku tahu. Sebabnya ramai yang rasa tercabar. Dan memang aku mencabar mereka. 

Dalam dunia hari ini di mana semua bangsa lain berebut untuk maju kenapa kita memilih untuk mundur?  Dunia hari ini buka  lagi dunia milik kita seorang. Jila kita lalai, leka, malas, asyik belek tupperware, maka anak bangsa kita akan ketinggalan. 

Berubah lah! Aku cabar kalian..

~ Anonymous ~

13 comments:

  1. assalamualaikum
    salam jumaat

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas ingatan, rietta pun cuba juga guna english.

    ReplyDelete
  3. betoi setuju, kadang yg dah besar pun macam buat tak endah ja. kita kena tahu juga pasal bahasa inggeris ni

    ReplyDelete
  4. Sangat betul. Sejujurnya Naim pun tak pandai lagi. Kita memahami orang cakap. Nak balas jawapan tak reti lagi haha

    ReplyDelete
  5. mencabar betul ya cikgu, teringat adik saya masa buat praktikal dan guru ganti sebelum sambung degree, rajin jugak dia berkongsi cerita kepayahan mengajar murid dalam bahasa inggeris. Masa dia praktikal, dia cuma boleh mengajar darjah 3 dan 4 je, darjah 1 dan 2 tak boleh sebab katanya cikgu bahasa inggeris yang bertauliah je boleh, dia msih lagi praktikal tapi memang mencabar betul masa dia praktikal di gong badak terengganu.

    saya doakan adik saya berjaya dalam pelajarannya dan dapat jadi guru inggeris yang cemerlang macam abam Kie.

    ReplyDelete
  6. memang mencabar jadi guru ni, semoga abam kie berjaya mendidik mereka :)

    ReplyDelete
  7. sebenarnya kena selalu practice bercakap bahasa inggeris kalau tak praktis mmg x boleh nak speaking.. ini melalui pemerhatian mama

    ReplyDelete
  8. ammi pun ramai jumpa budak2 yg takleh nak converse in English tp bab nyanyi lagu omputih tu bukan main lagi.
    Macam anak2 ammi vocab masih kurang tp ammi paksa dorang at least answer me back in English...tak kesahlah ayat tunggang terbalik asalkan dorang bukak mulut dan keluarkan ayat bahasa Inggeris. Kalau tak sampai ke sudah mulut tu cakap taktau taktau dan taktau.

    ReplyDelete
  9. Terima kasih abam kie atas ingatan.

    ReplyDelete
  10. sokong abam Kie. ummi dekat rumah pn speakking dgn anak .. kalau boleh semua selaras dengan perkembangan semasa. tapi budak2 ni kecik2 walaupn die hu ha.. tapi otak diorang lagi sng serap berbanding ajar masa da besar

    ReplyDelete
  11. Rabia sejak belajar di universiti ni. Baru Rabia improve my skills in english

    ReplyDelete
  12. Itu sebabnya sokong sangat Math dan Sains dalam bahasa Inggeris. Banyak manafaatnya. Anak sulung dan anak kedua merasa masa tu, Inggeris dorang improve tp anak selepas tu bahasa Inggeris dorang ke laut. Adoii..!!

    ReplyDelete
  13. cuti skola kali ni, aida bagi task kat Nurin & Syuhada - reading english.
    baca cerita pendek. words yg tak faham, cari dlm kamus english.
    tak faham juga, then refer to kamus bm.
    ke arah memantapkan english mereka, abamkie. masih ditakuk yg aida tak puas hati.
    aida sendiri tak la lancar english.
    sederhana. but considering now silibus semakin tinggi, terpaksa paksa anak2 agar lebih bagus.

    ReplyDelete