Monday, 22 July 2019

Apabila kita dah pencen


*APABILA KITA BERSARA, AKAN PERGI SELAMANYA*
*YANG MASIH BEKERJA, AKAN FIKIR BILA NAK BERSARA*

Apabila kita dah PENCEN,
Selesai sudah tugas kita puluhan tahun punya masa,

Apabila kita dah PENCEN,
Tiada lagi pangkat kita,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita dah semakin tua,

Apabila kita dah PENCEN,
Tak perlu lagi bekerja cari harta dunia,

Apabila kita dah PENCEN,
Anak, menantu, cucu ada merata rata,

Apabila kita dah PENCEN,
Usah lah cuba berbini dua,

Apabila kita dah PENCEN,
Makan dan pakai ala kadar saja,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita semakin dekat dgn pusara,

Apabila kita dah PENCEN,
Orang dah tak kenal kita.

Apabila kita dah PENCEN,
Kita cepat jadi pelupa,

Apabila kita dah PENCEN,
Baru nak bermula cari amalan sebab dulunya kita alpa,

Apabila kita dah PENCEN,
Terbayang amalan belum cukup untuk ke sana,

Apabila kita dah PENCEN,
Mula dah tak suka dengan hiburan dan yang melekakan,

Apabila kita dah PENCEN,
Selalu teringat kenangan kisah lama juga kawan2 lama,

Apabila kita dah PENCEN,
Kita sememangnya dah tua,
Ingat2 lah akan sampai harinya
Kita akan dijemput ke sana,
Penyakit datang walaupun dijaga
Hanya amalan akan dibawa,

Mengharap anak isteri doakan kita,
Semuga kita damai di sana,
Menanti tiba hari kebangkitan,
Amal dosa semuanya dikira.
Penentu syurga atau neraka.

*PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT2, DAN YG PENTING SEKALI, SALING MEMAAFI ANTARA KITA SEBAB KITA X TAU BILA AJAL KITA AKAN TIBA*.....⚰

14 comments:

  1. wah... faceApps nampak :) hi hi hi...
    now aida da plan utk pencen, abamKie.
    meskipun lagi 19+ tahun.
    anak-anak camne, kwsp brape, haji, umrah...
    duit pencen bulanan memang la ada kan kami suami isteri.
    what to do.
    where to go.
    nampak lama 19+ tu. but, persiapan nyer kan bermula dari sekarang :)
    in shaa Allah.
    moga kita dipanjangkan umur ke arah tu.

    ReplyDelete
  2. Bagus peringatan ni. Moga kita sedar kita mampu sampai di tahap mana je... Abam Zukie pun terjrbak FaceApps jugak..😁😁

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian Abe Kie....

    ReplyDelete
  4. lain benar muka abam kie bila dah beruban haha

    ReplyDelete
  5. Yang pencen cuma mungkin kerja kan Cikgu..tapi dalam berbuat kebaikkan,beribadah..tiada istilah pencen..untuk tuai hasil nanti di SANA.

    ReplyDelete
  6. nak pencen awal juga....insyALLAH jika diizin...by 50....

    ReplyDelete
  7. Nice sharing Abam Kie. Sekarang ni Sarie dok berangan nak bersara awal je. Harapnya kita sempat sampai umur pencen sebab dah beberapa orang kawan sepejabat Sarie yang meninggal dunia sebelum sampai umur pencen.

    ReplyDelete
  8. sy pun rasa mcm nk pencen dah...sampai satu tahap rs mcm dah tepu nk bekerja... warghhh

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  10. terima kasih abam kie atas peringatan ni.. maaf lama x singgah sory ya

    ReplyDelete
  11. ayah rabia pencen bulan 1 tahun depan

    ReplyDelete
  12. mak yg dah pencen ni,seronok betul gi jalan2 hehehe

    ReplyDelete
  13. Adoiii!!! haha FaceApp ni macam real sungguh.
    Terima kasih ingat-mengingati

    ReplyDelete
  14. comel bila dah tua,...hehehe

    ReplyDelete