Sahabatku, bila suatu hari nanti kamu atau aku diizinkan Allah mampu bermalam di masjid, pesanku: Bukalah pintu masjidmu 24 jam, agar engkau tidak malu di hadapan Allah yang telah membukakan pintu keampunanNya untuk kita semua pada setiap waktu.

Barangkali ada saudara kita yang ingin beri'tikaf malam atau bertahajjud dan pintu masjid yang dijaga oleh ta'mir tetap terbuka. 

Jangan pernah engkau tulis Dilarang Tidur di Masjid, kerana kamu tidak tahu ada beberapa musafir yang sama sekali tidak punya duit untuk menginap di hotel atau inap desa, jadi perkarangan lantai depan masjidlah boleh mereka buat untuk mengistirahatkan kepenatannya itu bila masjidmu tidak memiliki tempat istirahat khusus buat tetamu.

Jangan pernah kamu tulis, Selain jamaah masjid dilarang menggunakan tandas. Betapa berkiranya kita dengan musafir, hanya menumpang buang air kecil pun harus dicegah.

Jangan pernah kamu tulis Jangan Membawa Anak Kecil, ketahuilah anak anak kecil itulah yang akan menjadi penerus agama kita. 

Sahabatku,

Bangunlah masjidmu senyaman mungkin, kerana masjid bukan hanya sekedar tempat bersujud, tetapi boleh digunakan untuk bermusyawarah, menimba ilmu serta menenangkan hati dan mengistirahatkan zahir dan batin kita.

Sebelum aku akhiri, bila kamu jadi pengurus masjid, jangan bangga jumlah infak yang ratusan juta tapi tidak digunakan untuk kemakmuran masjid, Ingatlah!  Orang berinfak ke masjid itu berharap pahala jariyyah. Bagaimana mereka akan mendapatkan pahala amal jariyyah dan kamu mendapatkan pahala menjaga amanahnya, sedangkan wang infak mereka tidak kamu gunakan, kerana kamu hanya bangga dengan jumlah sumbangan saja! 

Permudahlah setiap orang yang datang ke masjidmu,  Barangkali dengan amalan kecil itu boleh menjadi sebabmu ke syurgaNya.

*Tulisan ini sejatinya hanya untuk menasihati diriku yang kadang sering lalai.*

Sumber: Muhammad Assaewad

12 Comments

  1. Ada yang mengatakan penggunaan masjid atau surau dihadkan demi kebersihan dan keselamatan.Ada macam-macam alasan sebenarnya.
    Betul agak sukar bagi musafir untuk solat sekiranya masjid atau surau berkunci.

    ReplyDelete
  2. masjid di kampung rietta ALHAMDULILLAH masih terbuka 24 jam....

    ReplyDelete
  3. Tak tau kenapa baca nasihat Abam Kie pasal masjid ni buat hati rasa sebak. Mungkin dah tua-tua nih hati cepat tersebut. Semoga semua masjid memainkan peranan selayaknya. Tiada gunanya masjid semua gah-gah tapi fungsi masjid tersebut yang sepatutnya tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete
  4. moga masjid bukan hiasan semata-mata untuk masyarakat...may Allah bless you abe kie.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas perkongsian yang berguna =)

    ReplyDelete
  6. Susah bagi musafir2 yang ingin menumpang jika ada masjid/surau buat begitu. Dikunci. Allahu :(

    Moga surau/masjid bukan sekadar hiasan semata. Sesungguhnya disitu Rumah Allah. Penuh rahmat dan berkat

    ReplyDelete
  7. Dunia akhir zaman masjid-masjid besar tersergam indah lebih kepada perhiasan sahaja.
    Eh! tetiba emo pulak baca entry ni.

    ReplyDelete
  8. Sekarang ini susah nak jumpa masjid yang buka 24 jam.. Kalau lewat sikit memang payah dah nak singgah solat di masjid..

    ReplyDelete
  9. tu la.. kecewa kan bila masjid boleh ditutup waktu malam.. huhu

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  11. masjid nak tutup takpa, tapi jangan kunci.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.