Assalamualaikum. Beberapa minggu selepas Hari Raya Aidil Fitri barulah abam kie sempat pergi shopping. Maklumlah kan...keutamaan pakaian baharu untuk Aidil Fitri diutamakan kepada anak2. Bapa mereka ni baju2 masih baharu sebab nak membeli baju atau seluar baharu tu tak semestinya bila menjelang hari raya. Kalau nak beli baju tu bila2 pun boleh asalkan ada keperluan.

Memang abam kie masih ada byk stok pakaian di dalam almari tu. Ada yg berusia berbelas tahun masih dipakai. Nak dibuang sayang, nak dermakan kpd org nanti dikatakan mereka tempat kita membuang pakaian pulak. Tak sampai hati rasanya. 

Jadi baru2 ni abam kie ada pergi membeli-belah di sebuah pasaraya di Tanah Merah ni. Memang hajatnya nak beli kemeja kerja sebab yg sedia ada ni dah buruk dan turun warna pula. Kemeja lengan pendek ni dipakai untuk majlis kenduri kahwin dan bersiar-siar di shopping mall. Baru nampak bergaya sikit! Macam daddies gitu yg perut boroi bersiar2 dgn keluarga pd hujung minggu. Hehehe.

Fuh! Sekali beli siap 5 helai! Ambik kau! Abam Kie ni jrg shopping. Sekali shopping terus sapu byk2 terus. Sebenarnya abam kie x mampu nak beli jenama yg branded. Cukup je la yg biasa2 janji cantik dan selesa dipakai. Macam kemeja lengan panjang tu harga dalam RM80++ sehelai. Kemeja lengan pendek tu cuma RM30+++. Salesgirl tu kata harga dah jatuh sebab sebelum Raya kemeja tu dekat RM120. Tapi abam kie rasa memang harganya pun RM80++ tu. Saja dia mark up price lps tu letak harga offer kononnya! Macam la abam kie tak tahu taktik pasaraya nak meniaga ni.

Sesungguhnya kita perlu sesekali merasa teringin untuk berbelanja mewah sikit untuk memberikan ganjaran kpd diri sendiri slps berpenat-lelah mencari rezeki. Betul kan cakap Abam Kie ni?