Pencen membawa maksud bersara daripada perkhidmatan sama ada kerajaan ataupun bukan kerajaan. Bagi kakitangan kerajaan dibawah JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam) sesungguhnya perkara menarik yang dinantikan tidak lain dan tidak bukan iaitu hadiah persaraan untuk kakitangan awam. Namun masih ramai dikalangan kakitangan awam yang masih tidak mengetahui bagaimanakah bentuk hadiah bersaraan yang akan diperolehi oleh mereka nanti selain daripada imbuhan atau gaji pencen bulanan yang diterima oleh mereka setelah bersara daripada daripada kakitangan awam. Oleh itu, admin ingin berkongsi mengenai bentuk hadiah persaraan termasuk formula pengiraan secara ringkas oleh JPA yang dikongsi oleh Budiman Idris di laman facebook beliau.

Persaraan Pilihan


Bagi mereka yang bersara secara pilihan pilihan, umur semasa bersara mestilah sekurang-kurangnya 40 tahun, tempoh perkhidmatan tidak kurang daripada 10 tahun untuk layak menerima faedah ataupun hadiah persaraan. Permohonan juga mestilah disokong oleh ketua jabatan dan dikemukakan 3 bulan sebelum tarikh persaraan serta diperakui oleh jabatan.

Formula Pengiraan Ganjaran Pencen


Formula pengiraan ganjaran selepas pencen juga secara ringkasnya adalah seperti berikut: 7.5 % (peratus) didarab dengan jumlah bulan perkhidmatan, kemudian didarab dengan gaji akhir (gaji pokok sahaja-tidak termasuk elaun).

Contoh pengiraan ganjaran pencen:

7.5% perlu ditukar ke 0.075 untuk memudahkan pengiraanbulan berkhidmatan= contoh 10 tahun perkhidmatan oleh itu 360 bulanGaji pokok akhir= contoh gaji pokok ialah RM 3396.14

Oleh Itu pengiraan ganjaran adalah seperti berikut:

= 0.075 X 360 X 3396.14

= 91,695.78

Oleh itu jumlah ganjaran yang diperolehi ialah RM 30,565.26

Ganjaran Gantian Cuti Rehat


Maksud ganjaran gantian cuti rehat ialah ganjaran ataupun bayaran yang diperolehi daripada jumlah cuti yang terkumpul yang tidak digunakan oleh pesara kerajaan. Kaedah pengiraan ialah 1/30 didarab dengan jumlah cuti yang dikumpul dan didarab denga gaji akhir + imbuhan tetap. Contoh pengiraan adalah seperti berikut

1/30 ditukarkan kepada titik perpuluhan = 0.03333Jumlah cuti yang terkumpul = 150 hariGaji Akhir + Elaun/Imbuhan tetap = RM 3814.14

Oleh itu pengiraan adalah seperti berikut:

= 0.0333 X 150 X 3814.14

= 19,070.70

Oleh itu ganjaran gantian cuti rehat yang diterima ialah RM 19,070.70.

Formula Pengiraan Pencen


Imbuhan pencen adalah wang yang akan diterima oleh pesara kerajaan dibawah JPA setelah tamat perkhidmatan. Formula pengiraan pencen yang mana akan diterima setiap bulan oleh bekas kakitangan kerajaan adalah 1/600 didarab dengan bulan perkhidmatan dan didarab dengan gaji akhir (gaji tanpa imbuhan tetap). Contoh pengiraan adalah seperti berikut.

1/600 perlu ditukar dalam bentuk perpuluhan = 0.0016666Tempoh perkhidmatan (kiraan bulan).

Contoh 30 tahun perkhidmatan (30 x 12) = 360 bulan Gaji Akhir (gaji tanpa imbuhan) = RM 3396.14

Oleh itu pengiraan adalah seperti berikut:

= 0.0016666 X 360 X 3396.14

= 2037.68

Oleh itu imbuhan selepas bersara yang akan diterima oleh bekas kakitangan awam dibawah JPA ialah

RM 2037.68

Jumlah hadiah persaraan yang diterima oleh kakitangan awam selepas pencen adalah dengan menambahkan jumlah ganjaran pencen dengan ganjaran gantian cuti rehat. Bagi contoh diatas

(RM 91,657.14 + RM 19,070.70)

Maka ganjaran yang diperolehi ialah RM 110,766.48. Bayangkan jika gaji anda adalah RM 6500 pada bulan terakhir sebelum pencen. Lumayan bukan ? Sila tekan butang kongsi jika anda menyukai artikel ini.