Wednesday, 27 March 2019

Staff Pusat Zakat Negeri Sila Turun Padang!


Permohonan maaf! Kepada semua pegawai zakat seluruh negara!

Aku minta maaf sebab aku dah kantoikan yang kau orang buat kerja sekadar untuk gaji sahaja.

Ye, aku tahu kau orang terpaksa mengikut prosedur, masuk jam 7 pagi, balik jam 5 petang. Start kerja semak nama-nama asnaf di laptop, main telefon kejap, lepas itu rehat, lepak di kedai-kedai dan borak kemudian naik balik.

Kau orang tanpa jadual bertugas mencari asnaf, yang padahal kau orang tak cari pun. Sampai petang, kau orang punch card, lepas itu balik.

Bukan aku tak tahu, yang melenting-lenting dalam inbox itu kata tempat dia bagus bagai itu, sorry, aku tak percaya. Kau pergi la ke pejabat Zakat Negeri mana pun, kalau setakat nak minta RM300 sebulan bantuan dapur itu pun kena tunggu berbulan-bulan. Itu pun tak tahu dapat ke tidak. Tambahan pula, kalau nak minta bantuan belajar, bantuan bencana yang jumlahnya ribuan ringgit, lagi kedekut.

*Kalau kau orang nak tahu, wang untuk orang yang nak sambung belajar wajib ditanggung sepenuhnya oleh Lembaga Zakat tanpa bayar balik.

Bangunan Pusat Zakat dinaiktaraf bernilai jutaan ringgit menggunakan duit zakat yang sepatutnya digunakan untuk menampung atap-atap bocor rumah orang miskin, gaji-gaji pegawai tinggi dengan angka yang tidak masuk akal ye! Aku tahu ambil zakat boleh terima gaji dari duit zakat, tetapi berpada-padalah.

Sepatutnya gaji penjaga Baitulmal dibayar oleh kerajaan, bukan Baitulmal.

Kau orang duduk dalam pejabat zakat yang ada aircond (bayar aircond guna duit zakat), kena sedar, jika ada bencana banjir atau apa-apa musibah, organisasi Islam antara bantuan yang paling lembab sampai ke tempat kejadian.

Dah lembab itu, ada pula prosedur bagai. Ini adalah fakta! Kau orang boleh rujuk, kebanyakkan bantuan bukan dari pusat zakat, tetapi hasil dana orang awam dan persendirian. Kau tahu organisasi apa yang datang seawal jam 12 pertama? Persatuan Kristian dan Buddhist!

Disebabkan kelembapan pusat-pusat zakat ini menyalurkan bantuan-bantuan, orang-orang bukan Islam sudah mengambil peluang dan dengan peluang ini mereka sudah berjaya membuat orang Islam tertarik dengan agama mereka serta kesannya setiap kali bencana, mesti ada orang Islam yang tukar agama. Nampak tak kesan dia?

Yang duduk di dalam pejabat zakat itu takkan tahu makna kesusahan. Sebab mereka tidak pernah masuk tempat sampah untuk mencari rezeki, tak pernah menangis kerana lapar, tak pernah makan biskut untuk sara keluarga.

Kau tak rasa dan kau tak cuba rasa. Hasil dia orang Islam terpaksa meminta bantuan dari badan-badan bukan Islam sebab lagi senang nak dapat. Padahal Allah telah berfirman dalam surah Al Maidah ayat 2;
“Berlumba-lumbalah kamu dalam melakukan taqwa dan kebaikkan dan janglah kamu berlumba-lumba untuk melakukan dosa dan maksiat”

Kalau ustaz-ustaz tak nak tegur, ini aku tegur. Aku tak takut penjara, aku tak takut mati. Ketika Baitulmal penuh dengan ratusan juta duit zakat, kita masih melihat di mana-mana sahaja masih ada pengemis Islam. Macam mana benda ini berlaku? Aku bukan blame pusat zakat 100% tetapi kalau setakat seorang dua yang amanah, takkan jadi.

Mereka yang berada di pusat zakat itu mesti tahu kan tentang skandal wang derma untuk Palestin yang bernilai RM500 juta lebih itu. Duit itu hilang kan? Ada toyol ke? Bangunan-bangunan yang mereka duduk itu bernilai jutaan ringgit kan? Tetapi bila orang minta sedekah, kau orang susah nak bagi on the spot walaupun RM10!

Sebab itu aku pesan, tak payah bagi wang zakat pada mereka yang tidak amanah ini. Bagi terus pada asnaf, tentunya mereka dapat tanpa perlu merayu dan mengemis.

Aku harap kau orang faham. Itu saja yang aku minta, faham. Pusat Zakat, sila ambil perhatian. Ubah, sepatutnya kita yang tunjuk contoh kepada bukan Islam. Bukan sebaliknya.

Sumber: Wan Mohamad Akram

17 comments:

  1. Setuju tuan. Satu peringatan yang bagus. Amanah ummat tak boleh dibuat main, menjawab nanti kat sana.

    ReplyDelete
  2. xpernah dapat zakat waktu dapat sambung belajar dlu padahal mak ayah bukan org senang pun..huhu

    ReplyDelete
  3. Ya Allah, daifnya rumah. Harap dorang betul2 buat pemantauan dan agihkan betul2 pungutan zakat.

    ReplyDelete
  4. mak sedara sampai meninggal minta bantuan.. kesian.

    ReplyDelete
  5. Biarpun tidak semua begitu namun tidak dinafi masih ada yang culas melunas tugas.SEMUA pihak mesti buka mata,ringan tulang jernih hati membantu.Kena sama-sama..

    ReplyDelete
  6. kalau betul zakat tu diuruskan dgn baik dan betul, maka TAK ADA RANCANGAN BERSAMAMU dan yang seangkatan dgn dia tu... TAK ADA!!

    ReplyDelete
  7. Mereka kena lebih tulus dlm menjalankan amanah yg Allah berikan itu...
    Allah memilih punca rezeki di pusat zakat tu adalah satu bonus pahala dapat membantu mereka yg btl² memerlukan bantuan zakat...besar pahalanya....

    ReplyDelete
  8. Memang susah pun nak mohon.. Kejadian depan mata saya.. bukan saya buat cerita.. walhal orang tu memang susah dan memerlukan.. Yang dah senang dan berduit yang dapat..

    ReplyDelete
  9. pihak zakat kene lebih bekerja untuk mencari selain tunggu kan

    ReplyDelete
  10. padu abe kie. btol tu. tk ko zakat sajo. institusi lain pun srupo. keno ubah balko caro pemikiran. anggap krijo ibadah. bukan gaji smta mata

    ReplyDelete
  11. Semoga mereka yg susah diberi bantuan yg sewajarnya..

    ReplyDelete
  12. Program pembayaran zakat pendapatan, etc dah dipelbagaikan supaya senang orang membayar zakat. Sepatutnya program pemberian zakat dipermudahkan juga agar sampai kepada mereka yang layak.

    ReplyDelete
  13. mama setuju.. kasihan pada mereka yg sepatutnya dpt tapi tak berjaya kerana birokrasi

    ReplyDelete
  14. Rumah macam tu kami buat kandang kambing je tu. Duit zakat juta-juta tapi tak tau kemana deme hala..

    ReplyDelete
  15. hurmm..macam-macam..hanya Allah yang Maha Mengetahui, jawab saja dengan Allah nanti...

    ReplyDelete
  16. golongan asnaf ni perlu cari..pegawai yang berkenaan tolonglah masuk kampung.

    ReplyDelete
  17. Sedih..Harap duit kita bayar zakat tu sampai ke tgn yg sepatutnya.

    ReplyDelete