Asssalamualaikum.... Sebenarnya Abam Kie sudah menghidap penyakit batu karang ni sejak 2010. Pada masa tu punyalah sakit di bahagian belakang pinggang. Serba serbi x kena. Nak duduk pun sakit, nak berjalan pun sakit. Akhirnya kena pi bahagian kecemasa hospital daerah untuk suntikan tahan sakit. Legalah sekejap. Kadang2 tu rasa sakit tu dating bersama rasa loya. Apa jua makanan yg dimakan akan termuntah kembali. Rasa macam kosong perut.

Berbagai kaedah rawatan sama ada tradisional atau moden sudah abam kie buat. Akhirnya abam kie berjumpa dgn seorang bomoh di Pasir Mas. Dia bagi air limau nipis pekat untuk diminum. Adalah dalam 1.5 liter gak. Masa tu bulan puasa. Dua hari selepas minum jus limau nipis itu akhirnya beberapa biji batu karang keluar. Masa nak keluar tu punyalah sakit! Tapi bila dah keluar lega betul ku rasa!

Bomoh tu pesan jgn minum air kopi, teh dan milo yg dicampurkan dengan susu pekat manis. Dia suruh minum teh o, milo o dan kopi o aje. Tambahnya, dia larang abam kie makan pisang dan jering. Bab jering tu memang abam kie x makan pun!

Selepas 5 tahun penyakit batu karang ni dtg lagi. Kali ini abam kie telan ubat Rowatinex yg dibeli dari farmasi. Alhamdulillah, lama kelamaan batu karang dalam buah pinggang tu keluar semasa kencing.

Pada pertengahan tahun 2018 sakit tu dating lagi. Pernah 2x abam kie memandu sendirian ke bahagian kecemasan hospital daerah pada jam 1 pagi untuk mendapatkan suntikan tahan sakit. Iyolah kan, nak tidur x boleh, baik gi cucuk je. 

Kemuncak kesakitan yg abam kie rasa pada bulan Dis 2018 apabila mengalami kesukaran untuk kencing. Puas gak meneran untuk pastikan air kencing tu keluar tapi kadang-kala masih ada yang tinggal. Pada masa ni abam kie rasa batu karang tu berada di saluran kencing. Memang x sedap duduk la jika kencing x lawas kan?

Kemudian pada bulan Januari 2019 abam kie terasa kesakitan yang amat di z**** apabila mahu kencing. Memang rasa takut la bila nak kencing sebab terpaksa menanggung kesakitan di z****. Rasanya batu tu dah nak keluar sebab kesakitan tu terasa di b*****. Selama sebulan gak menanggung kesakitan bila nak kencing. Alhamdulillah, pada akhir Januari lepas, batu karang dah terpancut keluar semasa kencing. Fuuh! Lega rasanya.

Nak tahu apakah usaha yang abam kie ambil untuk mengeluarkan batu karang tersebut? Sebenarnya abam kie minum jus Glamohealth yg dibeli di Shopee dgn harga RM109 sebotol. Masuk botol yg kedua barulah batu tu keluar. Alhamdulillah. Disamping cuba kaedah perubatan alternative, abam kie juga pergi menjalani pemeriksaan dan rawatan di Hospital Kota Bharu. Cuma skrg ni abam kie kena jaga pemakanan. Kena pantang la sikit. nanti batu tu muncul lagi. Seram tul!

Jadi begitulah sedikit pengkongsian pengalaman Abam Kie sebagai seorang penghidap penyakit batu karang. Ingat! Jagalah kesihatan anda.