Wednesday, 20 February 2019

Macamana nak berpoligami?


Pagi tadi, masa bersarapan, isteri aku cakap dia ada mimpi kelakar.

Aku tanya mimpi apa?

Dia kata:

"I mimpi kita pergi berjalan-jalan ke Melaka. Lepas tu entah macam mana, boleh kantoi, jumpa bini no. 2 u. Hahaha . Rupa-rupanya dah 6 tahun kahwin, dah ada seorang anak "

Aku lupa pulak nak tanya macam mana rupa bini no. 2 aku tu...

Aku dan isteri punya pandangan yg sama dalam isu poligami ini:

1) Be gentle

Suami, kalau kau nak kahwin lagi, bagitau isteri. Jangan sorok sorok. Kata nak jalankan salah satu sunnah nabi kan, so why on earth benda yg baik (sunnah) perlu di sorokkan?Soal bini kau nak bagi atau tidak, itu soal lain. Yang penting, jadilah suami yg bertanggungjawab. Jangan menipu. Bayangkan cerita dalam mimpi bini aku tu, aje gila 6 tahun aku simpan rahsia selalu ulang alik gi Melaka...Hahaha.

Kau tak rasa bersalah ke tipu bini each time kau nak balik rumah bini muda? Bini kau beria-ia bantu rumahtangga, sediakan itu ini supaya kau dan anak-anak rasa selesa, tapi kau tipu dia.

Kalau kau dah inform bini niat nak kahwin lain, tapi dia tetap berkeras tak bagi / atau suruh lepaskan dia, maka solat taubat banyak banyak, solat hajat banyak banyak, baca Al Quran dan zikir banyak banyak. Minta Allah lorongkan jalan penyelesaiannya. Setelah kau yakin itu 'hint'  yang Allah kurniakan, maka buatlah keputusan sendiri. Dah tua bangka kan, dah terlebih matang.

2) Ingatlah, suami anda bukan hak anda.

Isteri, kalaulah suami anda ada buka mulut dia nak kahwin lagi, ajak dia berbincang. Jangan berperang, jangan merusuh. Memang kamu akan marah, standard la, tapi guna akal, bukan nafsu. Hormatilah hak suami anda yang diperuntukkan utk kahwin lagi. Anda mahu dia buat dosa zina dengan orang lain? Kalau suami bagitau dia nak kahwin, itu tandanya dia jujur.

Walaupun poligami dihalalkan dalam agama, memang ramai isteri yang masih tak boleh terima. Tak mengapa, itu hak masing-masing, macam merokok itu difatwakan haram, tapi ramai yang masih hisap. Percayalah, aku sebagai lelaki, berani kata begini:

" Lelaki yang senyap je, tak kecoh-kecoh pasal poligami, maka mereka inilah yang paling berpotensi utk amalkan poligami"

Kena ingat, suami anda bukan hak anda. Begitu juga buat suami, isteri anda bukan hak anda. Anak anak kita, bukan hak kita. Kita ambil tanggungjawab utk mendidik mereka (bagi isteri, melayan suami), dan mereka boleh jadi asbab utk kita ke syurga, atau neraka. Allah aturkan apa yg terbaik, sebab dia Maha Mengatur dan Melindungi hamba hambaNya ( Asmaul-husna: Al Waliyy ). Sayang macam mana pun kita pada suami/isteri/ anak-anak, satu hari nanti, kita tetap akan hilang mereka, dan berjumpa kelak di syurga, In sha Allah. Kalau suami kahwin lain, In sha Allah, anda isteri bukan hilang dia pun di dunia yang fana ini. Kalau suami culas tanggungjawab lepas kahwin 2, maka sila buat aduan ke pejabat agama. Simple.

3) Jagalah hati kaummu.

Wanita yang bakal jadi isteri no. 2, jagalah hati kaum sejenis dengan mu. Kamu sama-sama wanita. Tergamak kah kamu sama-sama berpakat dengan bakal suami mu, utk menipu madu mu?
Ingatlah, langit tidak selalu cerah.

Kalau kamu tergamak menipu isteri pertama yg selama ni bertahun-tahun berkorban wang, tenaga, keringat dan air mata utk bina rumahtangganya (dan kamu kahwini suaminya secara rahsia), maka jangan sentap kalau kamu pula menerima nasib yang sama, bila suami mu pula ulang benda yg sama, dengan isteri ke-3 nya !

Dan ingatlah, jangan berahsia bila nak berpoligami, jangan ikut suami orang lari ke Selatan Thai menikah di sana. Perkahwinan kamu tidak di daftarkan. Memang sah dari hukum agama, tapi tidak sah dari sudut perundangan syariah. Andai terjadi perkara yg tak diingini, contohnya suami mu culas bagi nafkah, di mana kamu nak tuntut hak? Nak buat aduan ke pejabat agama?

Demikianlah nasihat daripada Abam Kie kepada suami yang nak menikah satu lagi dan kepada isteri yang bakal menerima madu. Semoga ianya memberikan manfaat kepada kita semua. Aamiin. 

20 comments:

  1. Fuhh tajuk memang mengundang orang membaca ni abam kie. Actually saya dengan husband pun pernah borak pasal ni juga. And dia pun cakap sama macam abam kie juga, yang duk senyap-senyap ni laaa yang pergi pasang lain tak ada orang tahu

    ReplyDelete
  2. ramai ke yang nak bermadu ni..:)

    ReplyDelete
  3. andai berpoligami tu boleh bawa semua pihak (suami, isteri pertama, kedua, ketiga hatta keempat) ke syurga, why not berpoligami? tu pandangan saya laa....

    ReplyDelete
  4. Dalam Al Quran pun ada dan membolehkan.sesiapa pun tidak boleh menafikan..namun perhalusi betul-betul dan hadam dengan waras dan iman sebaik-baiknya kerana ianya melibatkan banyak jiwa.Ianya bukan satu yang mudah..tidak semudah sebut.kalau poligami yang dipilih...pastikan ianya membawa ke syurga bukan mengheret lebih ramai ke neraka.

    ReplyDelete
  5. tajuk killer ni... takleh komen sembarangan....

    ReplyDelete
  6. Walaupun cuma dlm mimpi kadang rasa macam betul bila org perempuan yang mimpi poligami ni. Apa pun seronok membacanya ,tahniah .. :D

    ReplyDelete
  7. Suami dapat berpoligami bukan calang-calang orang..

    mereka lulus pelbagai syarat termasuk kewangan, ilmu agama dan yang terakhir sekali "POWER RANGERS"

    tak lulus fokus sahaja yang satu kerana yang satu pasti boleh memenuhi keperluan lelaki

    ReplyDelete
  8. isu hebat nak didebatkan. kalau bab agama dua dua akan patah. lelaki dan perempuan. perempuan kena akur yang berkahwin satu lagi adalah sunnah. dan lelaki kena akur yang berkahwin satu lagi bukan selesai pada lafaz nikah bahkan urusan rmahtangga kedua-duanya selepas itu. itu baru bab bini dan rumah, bab anak pula macam mana.

    senang cerita, kalau sekrang pakaian, makan bni yang hidangkan depan mata, jangan harap nak tambah bidadari di dunia.

    ReplyDelete
  9. Kalau tak ada kefahaman agama dan cara handle . misti masalah akan dapat hehe

    ReplyDelete
  10. boleh berpoligami,janji adil
    mcm nabi buat pada isteri2nya

    ReplyDelete
  11. Antara topik hangat sepanjang zaman ni.

    ReplyDelete
  12. errrr..hot topik ni..tak pandai nak bagi komen..hihi

    ReplyDelete
  13. Melaka?
    ha ha ha ha aida kena gi siasat bagi pihak isteri abamkie ni :) ha ha ha ha
    bab poligami, i am speechless.
    sebolehnya tak nak bahagi kasih yg ada.
    he is mine!!!
    and, ada experience tak bagus tentang poligami. ayahanda sendiri :(

    ReplyDelete
  14. pernah jugak usik suami pasal poligami ni...tapi dia jawab "yang sorang pun tak terhandle, ini pulak nak tambah lagi"

    hahahahhahaha

    ReplyDelete