Pedasnya taZkirah ni 🌶🌶

*Petikan dari tazkirah Ustaz Don Daniyal.*

Mari fikir-fikirkan.

"Bukan hanya daging babi, haiwan tak disembelih, atau pun arak sahaja yang kita perlu jaga sangat-sangat supaya tak masuk ke dalam perut.

Ada lagi sumber yang lain kita perlu dielak dicampurkan dengan darah daging.

Nasi yang dimakan memang halal, tetapi kalau dibeli dengan gaji yang ditipu..pun ragu statusnya. 

Jadi ragu disebabkan semasa waktu kerja, guna talian internet ofis berjam-jam melayan Facebook peribadi, lepak-lepak di kantin, kafeteria, ataupun konon keluar jumpa klien tetapi sebenarnya klien untuk bisnes sendiri. Atau pun pergi rumah kawan untuk dengar gosip terbaru.

Makan ayam goreng yang JAKIM sahkan halal, tetapi dibeli guna wang claim yang diada-adakan. Claim hotel, tetapi sebenarnya menginap percuma di rumah saudara-mara.

Minta pemandu teksi keluarkan resit palsu. Claim mileage ke lokasi meeting, tetapi melencong shopping sebelum pulang ke ofis.

Sengaja lengah kerja waktu pejabat kerana mahu claim OT. Ambil kertas A4, sampul surat, selotep, guna mesin fotostat pejabat untuk urusan bisnes online milik sendiri.

Kadang-kadang, badan asyik sakit-sakit, duit asyik tak cukup, masalah bertimpa-timpa..bukan sebab Tuhan tak sayang. Bukan sebab orang aniaya. Bukan sebab santau atau kerja jin. Tetapi puncanya daripada diri sendiri yang tak mengawal hati.

Fikir dalam-dalam. Apabila musibah; tak perlu tuding jari, ataupun bertanggungjawab atas perilaku sendiri". 

15 Comments

  1. sya pun ada tipu2 masa kerja..time2 ngantuk buka blog2 kawan2..hilangkan ngantuk..lps tu smbung kerja blik. klu kluar xpernah claim milleage..sbb tu melencong tmpat lain..haha. sy tipu main internet masa kerja jer. tp updates blog kat umah..set masa publish jer..:)

    ReplyDelete
  2. Allahu.Betul la ni apa yang Ustaz Don bagitahu.Tidak banyak sedikit masa PC masih bekerja dulu...waktu orang rehat dan makan PC buat kerja..nak siapkan awal...nanti waktu orang buat kerja PC rehat sekejap guna waktu untuk makan.Kira tak jujur degan masa.SubhanaAllah.

    ReplyDelete
  3. Nice sharing Abam Kie. Nak kena banyak muhasabah diri lagi Sarie ni

    ReplyDelete
  4. banyakkkkkkk sangat abe kie bila kerja. siap kerja hakiki buat kerja blog. guna segala kelengkapan ofis. tp harap sumbangan lain dpt cover.

    ReplyDelete
  5. Di dalam kehidupan kita. Kena amanah. Nak murah lagi rezeki berbuat baik kepada ibu bapa dan banyakkan bersedekah..

    ReplyDelete
  6. Benar tu abe kie.. Semuanya berpunca dari hati

    ReplyDelete
  7. Kadang tu kita tak perasan silap kita sendiri yang buat rezeki tu tak berkat. Hurmm

    ReplyDelete
  8. nak jaga keberkatan rezeki tu bkn mudah tapi kalau istiqamah insyaAllah boleh

    ReplyDelete
  9. Semoga kita semua dapat rezeki yang diberkati..

    ReplyDelete
  10. Betul sangat abam kie, ramai sangat yang buat macam ni. Tak amanah langsung dengan kepercayaan company bagi. Lagi parah bila dia ajar junior buat benda yang sama. Harap virus macamni makin berkurang lah

    ReplyDelete
  11. Perkongsian yang bagus abam kie..

    ReplyDelete
  12. betul.. setuju sangat tu.. ;)

    ReplyDelete
  13. betul tu abam kie...kadang2 benda kecil ni kita anggap remeh, tapi sebenarnya besar nilai dia di mata Allah...hati2 dengan rezeki yang kita gunakan..

    ReplyDelete
  14. terima kasih di atas perkongsian dan nasihat.. :)

    ReplyDelete
  15. Thanks atas perkongsian. Betul apa yang abg kie cakap.
    Sometimes kita tak persasan kita terbuat, bila baca macam ni kekadang bole buat kita terfikir dan perbaiki kesilapan kita yg kita sengaja lakukan atau tidak

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.