Friday, 1 February 2019

Membuka akaun simpanan-i di RHB


Assalamualaikum. Pada 30 Disember 2018 lalu Abam Kie pergi ke cawangan RHB Islamic Bank di Kubang Kerian, Kelantan untuk mengambil geran kereta kerana pinjaman kenderaan tersebut sudah dilangsaikan. Alang-alang dah memandu jauh2 ke sana, kenapa tidak abam kie buka akaun simpanan-i di bank tersebut? Dapatlah menambak koleksi kad debit kan?

Nak buka akaun bank di RHB ni mudah aje. Mula2 sekali abam kie kena isi borang dan ambik nombor giliran. Bila nama dipanggil terus jumpa staff di situ dan cop ibu jari tangan. Bila dah dapat no akaun simpanan, staff tu suruh bank in deposit RM100 di CDM. Mujur x ramai org hari tu. Pelik gak. Biasanya bank yg lain suruh kita bayar di kaunter duit deposit tu. Lepas tu dia akan bagi kad debit Visa seperti di atas. Macam biasa, abam kie kena pi ke ATM dan tukar initial PIN tu sambil daftar no HP utk terima TAC. Hmmm..terus abam kie ambik RM50 terus sbb tgh kekurangan duit masa tu. Huhuhuhu...

Akhir sekali abam kie nak daftar internet banking RHB Now. Yg ni leceh sikit sbb staff RHB yg kena daftarkan. Mcm la kita x tahu buat sendiri di rumah. Dia siap keluarkan tablet dan minta abam kie tekan sini situ. Ikut saja la sbb nak guna perkhidmatan mereka. Huhuhuhu.. Akhir sekali dah siap!

Jadi apa kata kawan2 yg belum ada akaun simpanan tu pergi buka akaun di RHB sekarang? Selamat mencuba!

13 comments:

  1. ABM ada akaun RHB dan RHBNow, selalu lupa ID dan password. Uhuk uhuk

    ReplyDelete
  2. Boleh dipertimbangkan untuk menambah akaun simpanan bank yang ada.

    ReplyDelete
  3. Marsha memang dah ada acc RHB tapi kan jeles la tgk kad debit tu...comel!!! RHB Now memang Marsha guna sebab Marsha jenis online punya person...hihi

    ReplyDelete
  4. Boleh la lepas ni daftar Rhb pulak

    ReplyDelete
  5. sy dah ada sbb gaji msk akaun ni😊

    ReplyDelete
  6. Diorang tolong buatkan lagi cepat agaknya Abam Kie

    ReplyDelete
  7. Takde lg akaun di RHB. Mungkin nnt bleh juga buka.

    ReplyDelete
  8. Ooo... Belum ade lagi akaun simpanan-i dgn RHB ni. InsyaAllah boleh dipertimbangkan la nanti. Terima kasih ye kongsi pengalaman

    ReplyDelete
  9. mohon jelaskan jika ada loan perumahan dgn RHB.. bagaimana nak lihat i-statement rumah tersebut sedangkan peminjam tiada akaun dgn RHB.. harus buka akaun simpanan dahulu untuk membolehkan akses i-statement pinjaman rumah?

    ReplyDelete
  10. ada dah akaun ni, abamkie.
    tapi x aktif dah.
    nanti bebila nak gi lah, bank in kan duit agar aktif semula.
    sesak sesak, boleh withdraw, kan :)

    ReplyDelete
  11. Nak kena buka akaun RHB juga sebab MBF dan ownernya Tan Sri Abdul Rashid Hussain seorang yang dermawan!!!

    ReplyDelete
  12. Rhb dia x mintak dukumen sokongan mcm pengesahan majikan ke kalau nak bkk akaun? Bawak diri dgn ic jelah? Kalau maybank leceh.

    ReplyDelete