Ada benarnya perkara ini....
Tulang belakang dunia Pendidikan ini adalah GURU. 

Jika Kementerian Kesihatan dilihat dari dahulu lagi vokal mempertahankan para Doktor dan Pegawai Kesihatannya,

Kementerian Dalam Negeri jelas menonjol mempertahankan Polisnya, 

Kementerian Pertahanan nyata tegas mengetengahkan isu Askarnya,

Mengapa Kementerian kita ini sering sahaja dilihat mengorbankan gurunya demi memberi respon kepada tuntutan orang luar dan ibu bapa?

* * *

Bukan tak boleh.
Tetapi cukuplah yang ada. 
Dari dahulu lagi.
Bila tambah, yang lama tak dimansuh pula.

Agenda Kementerian Belia Sukan nak Hari Sukan Negara, KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Pengangkutan nak kempen keselamatan,  KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Alam Sekitar nak kempen recycle, KPM kerjasama, guru laksana.
Agenda Kementerian Kesihatan nak kempen kesihatan, KPM kerjasama, guru laksana.

Pendek kata, cuba cek. Agenda kementerian mana lagi yang tak dipunggah atas bahu guru?

Ukur jalan, sukat bangunan, kerja JKR pun bubuh kat guru.

Itu belum disenaraikan lagi puluhan agensi-agensi swasta, badan berkanun, NGO, yang buat program atas nama kerjasama, guru laksana.

Tu, yang hat ibu bapa tuntut guru sepatutnya buat itu, sepatutnya buat ini pula macam mana?

Betul, guru murabbi ummah.

Tapi silibus hat duk ada ni berlonggok dah ni.
Dalam silibus, dari dahulu lagi memang sudah ada semua nilai yang dimahukan.
Tugas guru asalnya terapkan NILAI sahaja.

Tetapi dah bertambah jadi tukang sanggup laksana program orang, demi capai KPI kawan di Kementerian lain pula.

Hantarlah kakitangan.
Jalankan. 
Kami bantu. 
Bukan berkira.

Janganlah hantar modul saja,
kami buat semua.
Lemak namanya.

Bukan tak sabar. 
Bahkan sabar sahajalah yang tinggal sebagai bekal untuk rasional dan dewasa. 

Tetapi sampai bila?

"Kalau tak suka, berhenti!"

Ok, terima kasihlah atas jawapan mudahnya.

16 Comments

  1. Betul tue Abam Kie. Walaupun sy hanyalah pelajar tp sy kesian dgn guru2 mahupun pensyarah yg mengajar ditambah dgn beban tugas yg lain. Kdg kala sy rindu zaman kanak2 yg dulu dimana cikgu sy fokus utk mengajar kami semua.. Bukannya tidak boleh berprogram, tetapi tugas mengajar dan menyampaikan ilmu itu lebih utama.. Maaf kalau apa yg sy komen ini tidaak dipersetujui mana2 pihak. sy hanya berkongsi pendapat peribadi.. Nice sharing :)

    ReplyDelete
  2. guru sekarang tak sama macam guru dulu.... huhuhu

    pssttt.. Salam... Terima kasih kerana sudi join Segmen Nak URL Blog #35 Mialiana.com

    Senarai peserta ada di http://www.mialiana.com/2018/07/senarai-url-blog-35.html

    Maaf sangat-sangat. Mia baru sempat nak blogwalking dan pemenang akan diumumkan pada hari ini juga.

    Semoga berjaya (^_^)

    ReplyDelete
  3. Fuh! baca aje pun dah rimas inikan yang mengalaminya

    ReplyDelete
  4. Pada zaman sekarang nie, ada segelintir mengamalkan sikap mudah, tugas senang mereka nak buat, tugas yang membebankan mereka, mereka akan tolak pada pak sanggup.. Kadangkala saya berasa kesian pada guru-guru yang bagaikan tak cukup tangan untuk menanggung pelbagai tugas, daripada tugas mengajar hinggalah tugas menaip surat.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya, tapi kita ada Allah.. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa dan pengorbanan guru yang multitasking..

    ReplyDelete
  5. Especially bila system pdidikan asyik digubal baru, guru seolah terpaksa belajar selari dgn murid, sambil mgajar sambil bljr. Tho ada kursus apa sgtlah kan jika dibandingkan dgn praktikal. Apapun salute kepada guru yg dedikasi 👍👍

    ReplyDelete
  6. kesian cikgu2 sekarang.. bagaikan sudah hilang kuasa utk menegur kesalahan pelajar.. kerja pulak semakin banyak..

    ReplyDelete
  7. memang mencabar kan tugas seorang guru ni

    ReplyDelete
  8. Guru2 perlu ada suara dalam satu kesatuan guru yang kuat.
    Malangnya ramai guru tak menyokong kesatuan untuk mereka sendiri.

    ReplyDelete
  9. Sebab tu guru besar pahala mereka kan abam kie. Ana doakan semoga semua guru di Malaysia dipermudahkan segala urusan dan dijaga kebajikan mereka sebaiknya. Tanpa guru siapalah kita.

    ReplyDelete
  10. barangkali ini sebabnya kenapa Allah x izinkan sy jd cikgu dulu...

    tapi jawapan yg diberi tu mmg menyakitkan hati! mudahnya cakap... seolah2 mcm x suka dok malaysia, sila pindah ke negara lain!

    ReplyDelete
  11. Kesian dekat cikgu loni banyak cabaran agar dipermudah urusan mereka semua

    ReplyDelete
  12. rasa makin lama makin byk kerja guru-guru malaysia ni
    haraplepasni kerajaan baru akan teliti balik tugas-tugas guru kita

    ReplyDelete
  13. sebab cikgu ni role model sebenarnya. sabik tu dia wi ko cikgu untuk buat program. Tapi kalu jung wat program tkleh APC stiap tahun, baik tk payoh. hahahah. wt penat otok jah.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.