Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada para pembaca blog Abam Kie. Sudah merancang nak melancong ke mana-mana ke pada cuti sekolah akhir tahun ni? Kalau belum buat perancangan, apa kata kita pergi ke negara jiran di selatan iaitu Singapura. Tak perlu pergi jauh-jauh. Biar pun Singapura ini kecil sahaja, namun ia banyak menyediakan destinasi pelancongan yang menarik untuk kita rakyat Malaysia.

Meh Abam Kie kongsikan beberapa destinasi wajib lawat di Singapura bagi menaikkan keinginan kawan-kawan nak berjalan-jalan ke sana.


Marina Bay ialah satu tempat di Singapura yang mempunyai landskap yang sangat cantik di tepi laut. Waktu terbaik untuk datang ke sini ialah pada lewat petang dan awal malam. Ada juga pertunjukkan lampu laser yang menjadi salah satu tarikan di sini. Kalau waktu puncak, memang ramai pelancong yang datang ke sini untuk bersiar-siar dan mengambil gambar di sekitarnya.


Jika kawan-kawan ingin melihat bandaraya Singapura dari lokasi yang tinggi, salah satu caranya ialah dengan menaiki Singapore Flyer. Roda gergasi ini akan membawakawan-kawan selama 30 minit untuk melihat pemandangan yang pasti membuatkan kawan-kawan tercengang dengan keindahan bandarnya terutama ketika waktu matahari terbenam dan malam hari


Siapa sangka negara sekecil dan semoden Singapura boleh membina sebuah zoo bertaraf dunia di dalam hutan hujan tropika. Singapore Zoo yang dibina pada 1973 ini bukan sahaja mempunyai haiwan dari Asia dan Afrika malah mempunyai beruang kutub untuk tontonan pengunjung.


Kalau kawan-kawan tertanya-tanya di mana nak lari dari kesibukan kota, Pulau Ubinlah jawapannya. Memang kontra sekali kehidupan di Pulau Ubin ini dan kawasan bandar Singapura yang meriah dengan bermacam tarikan. Di Pulau Ubin kawan-kawan dapat melihat bagaimana keadaan Singapura secara keseluruhannya pada tahun 1960-an, memang klasik dan penuh ketenangan, mana taknya, penduduk di sini pun kurang daripada 100 orang.

Di sini kawan-kawan sekeluarga dapat menikmati kehidupan seperti di zaman klasik yang tak terganggu oleh kemodenan dan pembangunan, di mana flora dan fauna serta manusia hidup dalam keharmonian. Di sini dapat dilihat pebagai jenis burung terbang dengan bebas termasuklah spesies burung yang terancam. Pengalaman di Pulau Ubin pasti tidak dapat dilupakan kawan-kawan sekeluarga.


Dengan lebih 100,000 haiwan, SEA Aquarium kat Sentosa Resorts World ini bukan saja aquarium terbesar di dunia. Tapi ini juga antara yang tercanggih pernah orang bina. Wohaaa!! Kalau nak try berenang bersama dgn jerung pun boleh. Tu pun kalau berani, la! Tiket memanglah mahal tapi tak salah mencuba kan?


Kemudian kawan-kawan boleh membeli-belah di Orchard Road, kawasan bekas dusun buah-buahan, buah pala dan lada hitam pada tahun 1800an.

Tetapi itu sejarah 200 tahun lalu. Kini, jalan sepanjang 2.2 km ini dipenuhi dengan pelbagai gedung membeli belah besar dan mewah, restoran kelas atasan serta hotel yang dianggap mahal, walaupun oleh pelancong Eropah.


Tidak sah ke kota Singa ini jika anda tidak sampai ke Universal Studios Singapura (USS). Walaupun harga tiket USS tidak murah, ramai rakyat yang masuk bercuti di negara kecil ini semata-mata kerana ingin ke USS.

Melangkah ke sini membuatkan kawan-kawan terasa seperti di USA buat sehari. kawan-kawan boleh berjalan di 7 kawasan bertemakan filem dan kota Amerika serta bergambar dengan watak kartun dan filem terbitan Universal Studios seperti Sesame Street, Transformers dan The Mummy. Jika itu tidak mengujakan, naiki sahaja pelbagai roller coaster dan tunggangan lain yang mendebarkan di taman tema ini.


Akhir sekali, Menara Merlion yang berketinggian 37 meter ini adalah sebuah lokasi yang patut kawan-kawan lawati untuk menikmati pemandangan yang pasti mengujakan.  Bukan dari depan menara ini tapi dari MULUT MERLION ini! Kawan-kawan boleh naik ke bahagian ini menggunakan lif yang disediakan. Dari sini, kita akan disajikan dengan pemandangan Pulau Sentosa dalam 360 darjah. Dah puas bergambar di sini jangan lupa masukkan tiket masuk kawan2 ke dalam salah satu patung emas Merlion yang terdapat di menara ini untuk mendapatkan ‘prosperity coin’ yang dihasilkan secara yang ekslusif!  Tak sia-sia bayar tiket mahal!

Nampaknya air liur kawan-kawan meleleh sakan tu! Menarik kan Singapura ni? Sekarang ni kalau nak tempah hotel atau tiket penerbangan amat mudah sekali. Apatah lagi jika kita menempah dengan Traveloka yang merupakan pakar dalam membantu kita merancang perjalanan atau percutian ke serata tempat di dunia. Jadi kawan-kawan nak berjalan atau bercuti ke Singapore? Tempahlah dengan Traveloka. Pasti tak menyesal kerana di Traveloka macam-macam ada!

Traveloka adalah “one-stop travel app” yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian ke Singapore. Jadi kawan-kawan dikehendaki memuatturun applikasi Traveloka ni dari Play Store atau Google Store sebelum membuat sebarang tempahan.

Bersempena dengan kempen Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code, diskaun hebat dari Traveloka dengan RM50 flat rate discount untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon GOSG.

Nak lagi? Traveloka ada lagi tawaran hebat buat kita semua dimana ia menawarkan potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore. Tiada kupon diperlukan! Kita cuma perlu tempah hotel dari senarai yang disediakan oleh Traveloka. Best kan?

Jadi kawan-kawan Abam Kie yang suka melancong, jomlah tempah tiket penerbangan dan bilik hotel dengan Traveloka untuk perjalanan dan percutian ke Singapore! Jangan lepaskan peluang ke SEEngapore dengan menggunakan Traveloka Promo Code!


Kalau kawan-kawan belum arif tentang cara-cara nak dapatkan kupon, jom Abam Kie ceritakan sikit.

1. Mula-mula, muat turun versi terkini applikasi Traveloka dari Play Store atau App Store.
2. Kemudian, cari dan tempah penerbangan di laman web atau apps Traveloka.
3. Pas tu pilih kaedah pembayaran.

4. Langkah seterusnya klik 'guna' pada laman pembayaran.
5. Masukkan kod kupon seperti 'GOSG' dan tekan 'Guna'.
6. Akhir sekali e-tiket akan dihantar ke apps Traveloka dan alamat emel kita.

Mudah kan?

Sekarang ni Abam Kie nak terangkan syarat-syarat dan cara membuat tempahan

1. Promosi diskaun MYR50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID sahaja.

2. Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod “GOSG” sewaktu pembayaran


  3. Kemudian kawan-kawan boleh pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat di dalam kempen ini.

4. Tempoh tempahan ialah dari 1 September hingga 30 September 2018 bergantung kepada terma dan syarat.

5. Tempoh perjalanan ialah bila-bila masa. Maksudnya kalau nak jalan-jalan ke Singapore pada tahun 2020 pun masih sah lagi kupon ini. Hehehehe.... Tapi sebaiknya jangan la lambat sangat. Kita nak jalan-jalan ke Singapore hujung tahun ini la. Tak sabar nak jumpa kawan-kawan Abam Kie di kota metropolitan tu.

Jadi jangan tunggu lama-lama nanti tawaran ini habis! Tempahlah penerbangan dan hotel kita secepat mungkin. Jom ke SEEngapore dengan Traveloka Promo Code? 😃