Wednesday, 5 September 2018

CARA NAK BAGI SALAM MELALUI ORANG TENGAH


Rupanya....cara yang kita jawab salam yg dikirim melalui orang tengah  selama ini salah memang salah. Dah pula begitu, dia tak nak bertanya. Ini lagi salah. 

Tapi takpe, lepas baca ni, kita dah belajar cara betul, In sha Allah. Semoga bermanfaat..😊

CARA MENJAWAB, JIKA ORANG BERKIRIM SALAM KEPADA KITA:

97% muslim yang kita jumpa bila disebut: "Jef, Naz kirim salam". 
Akan dijawab, 
"Yeke? WA'ALAIKUMUSSALAM".

Nampak macam takde masalah kan?

Tertanya2 jugak apa masalahnya kan?
Yup, memang ada masalah.

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, Nabi mengajarkan apabila salam itu disampaikan melalui posmen (org tengah) maka jawapan yg diberi kepada kiriman salam tu bukannya, 'waalaikumussalam'

tapi...

*"wa'alaika wa'alaihissalam"*.

Sebab apa? 
Azuan suruh Ali kirim salam kat Aini.
Aini jawab " wa'alaikumussalam"

Sedangkan:- " *Wa'alaikumussalam* = *Selamat sejahtera ke atas Kamu*.

Jadi, salam Azuan kepada Ani tak terjawab kan? 
Sebab Ani doakan salam tu kepada Ali.
SEDANGKAN ALI TU ORANG TENGAH. 

Manakala:- 

*Wa'alaika wa'alaihissalam* = 
*dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera*.

Maka salamnya terjawab. Indahnya Islam.

Note: hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi, kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

*Sebarkan, jangan mintak izin, Ilmu2 Allah ni utk disebarkan.*

Jazakallah khairan kathira..😊

16 comments:

  1. thanks for the share...teringat pula zaman skulah dulu, banyak benar yang berkirim salam sana sini...

    ReplyDelete
  2. Baiklah...kita perbetulkan.Terima kasih Cikgu AK..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas pencerahan. Dh boleh betulkan cara jawab lepas ni.

    ReplyDelete
  4. baru tahu..tq perkongsian ilmu ni, abam kie

    ReplyDelete
  5. terima kasih abam kie kongsi pasal ni. Ramai yang tak tahu. Kalau tahu pun, mungkin ada rasa takut nak mula sebab orang jarang buat macam tu. Tp kalau dah ada yang mula, dan orang faham okay la.. hehe.. kalau tak, tengok kita mcm buat salah pulak .. huhu

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian yang baik

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, syukran...ilmu kena praktikkan...bila dah terbiasa, mesti nak jawab yg lama jg..hihi..alah bisa tegal biasa..

    ReplyDelete
  8. terima kasih atas perkongsian =)

    ReplyDelete
  9. Terima kasih pengkongsian ni abam kie

    ReplyDelete
  10. good info abam kie..
    walaupun nampak simple bendanya tapi impactnya besar.. takde la lepas ni sambut salam membuta tuli je

    ReplyDelete