Zaman sekarang ini, perut rata atau six packs menjadi idaman semua lelaki. Ramai lelaki yang akhirnya melakukan diet ataupun rajin bersukan dan bersenam untuk mendapatkan perut rata atau six packs. Namun begitu, cara mengecilkan perut buncit tidaklah hanya melakukan diet ataupun bersenam. Kawan2 boleh mengempiskan perut boroi dengan mengambil makanan yang baik untuk kesihatan tubuh secara semulajadi.

Walaupun banyak makanan yang dapat membantu mengempiskan perut buncit, masih ramai orang yang tidak mengetahuinya. Untuk mengetahui lebih jelas tentang cara mengempiskan perut buncit dan makanan yang membantu proses berkenaan, sila baca maklumat yang abam kie nak sampaikan di bawah ini. Boleh ye, kawan2?

1. Kurangkan Makanan Berlemak

Perkara utama yang harus dihindari untuk mengempiskan perut buncit adalah makanan berlemak. Makanan berlemak memang enak untuk dimakan. Namun makanan ini juga tidak baik untuk kesihatan dan cenderung menambah timbunan lemak di dalam tubuh. Oleh kerana itu, jika ingin mengempiskan perut atau mengurangi timbunan lemak pada tubuh, mulakan dengan mengurangi makanan berlemak.

2. Makan Secukupnya

Makan secukupnya adalah satu cara untuk mengecilkan perut. Kebanyakan orang ketika lapar, terus saja memakan semua makanan yang ada di hadapan. Sudah tentu perkara ini salah, makan yang tepat adalah makanan secukupnya. Dan dapat ditambah dengan buah-buahan, sehingga diet tubuh tetap mencukupi dan dapat membantu membentuk perut yang ideal.

3. Tidur Secara Teratur

Tidur teratur akan membuat kebiasaan makan pada tengah malam berkurang. Pada dasarnya, setiap orang memerlukan waktu tidur selama 6 ke 8 jam. Namun bila waktu tidur kurang dari enam jam, maka perut akan terasa lapar ditengah malam. Dan hal ini mengakibatkan lemak bertimbun pada perut sehingga perut menjadi boroi. Tidur secara teratur juga akan membuatkan kita lebih segar pada pagi hari.

4. Kurangkan Kebiasaan Mengambil Snek

Memakan snek adalah kebiasaan yang sering terjadi kepada semua orang. Namun, tabiat memakan snek akan membuncitkan perut jika diteruskan. Oleh sebab itu, kaum lelaki perlu mengurangkan kebiasaan memakan snek ini. Lama-kelamaan ini akan membantu mengurangkan ukurlilit perut anda.

5. Menggunakan Ramuan Tradisional

Ramuan tradisional sekarang ini sudah mula dilupakan sebab dianggap tidak moden dan tidak fleksibel kerana penyediaannya yang leceh. Namun ramuan tradisional memiliki banyak manfaat untuk kesihatan. Salah satu ramuan yang banyak diminum adalah air kunyit hidup. Manfaat kunyit kepada tubuh sangatlah banyak, termasuk untuk membantu mengempiskan perut buncit. Caranya, dengan mengisar kunyit atau memarutnya kemudian diperah sehingga menghasilkan air. Air ini kemudian direbus dan ditambahkan asam jawa, gula dan garam. Tunggu sehingga dingin dan siap untuk disajikan.

6. Meminum Air Putih

Hampir dari 70% tubuh manusia dipenuhi oleh air. Air putih juga memiliki fungsi yang sangat baik untuk tubuh, termasuk mengecilkan perut buncit. Selain dari itu, air putih membantu melancarkan proses pencernaan. Tambahan pula, air masak juga dapat melarutkan timbunan lemak yang ada pada perut atau bahagian tubuh yang lain.

7. Makan Secara Perlahan

Cara mengecilkan perut buncit yang selanjutnya adalah makan secara perlahan. Mengunyah makanan secara perlahan akan membuat anda cepat merasa kenyang. Dan tentunya ini akan mengurangkan kuantiti makanan anda. Pengurangan kuantiti makanan akan membantu proses pengecilan perut buncit secara perlahan-lahan.

8. Minum Teh atau Kopi Pada Waktu Malam

Biasanya ramai orang yang akan berasa kelaparan pada tengah malam. Kelaparan pada tengah malam akhirnya membuat kita sukar untuk tidur. Untuk menghilangkan rasa lapar tersebut akhirnya ada dikalangan kita yang memakan snek atau pun memasak mi segera. Namun sebaiknya untuk mengatasi rasa lapar tersebut, kita meminum teh atau kopi dengan gula secukupnya. Cara ini dapat mengatasi rasa lapar dan juga mengurangkan kebiasaan makan pada malam hari.

9. Berjalan Santai

Jika kita tidak memiliki basikal atau alatan senaman, kita masih boleh bersenam dengan berjalan santai. Berjalan santai adalah salah satu cara untuk menurunkan berat badan secara semulajadi. Berjalan santai dapat dilakukan selama 30 minit, 3 kali seminggu. Lama-kelamaan lemak yang ada pada perut mulai terbakar dan semakin berkurangan. Aktiviti ini sesuai dilakukan pada waktu pagi atau petang atau pada bila-bila waktu santai.

10. Berbasikal

Mengayuh basikal juga berkesan untuk mengecilkan perut buncit. Menunggang basikal boleh dilakukan secara santai bersama dengan keluarga. Lakukanlah aktiviti berbasikal selama 30 minit sehari, walaupun hanya sebentar agar lemak yang tertimbun di perut akan mula terbakar. Untuk mendapatkan hasil terbaik, lakukanlah aktiviti ini secara rutin.

11. Jangan Ambil Gula Berlebihan

Gula adalah salah satu makanan kegemaran orang Malaysia. Ramai yang menggunakan gula dalam setiap masakan. Walaupun gula adalah sumber tenaga, pengambilan gula berlebihan sangat tidak disarankan. Ini kerana kandungan glukosa pada gula akan diubah menjadi glycogen yang berfungsi sebagai simpanan tenaga. Dan jika ini tidak digunakan, akan memberikan kesan kepada penimbunan lemak tidak sihat sekaligus menjadikan perut buncit.

12. Hindari Tekanan

Berbicara tentang stress atau tekanan, semua orang tentu pernah merasakannya. Jika kita tiada tekanan maka secara lazimnya perut yang boroi dapat dikempiskan! Stress dapat meninggalkan pelbagai kesan terutamanya menaikkan berat badan. Ini terjadi kerana kebanyakan orang yang stress akan melarikan diri dengan menikmati makan. Dan inilah yang akan membuatkan usaha mengecilkan perut buncit anda gagal.

Cara-cara di atas adalah cara yang murah dan mudah untuk diikuti. Bila kawan2 masih gagal, kini tibalah masanya untuk menggunakan alternatif lain seperti latihan kecergasan di gimnasium atau memulakan diet yang tepat. Bila ternyata masih belum dapat membantu, mungkin kawan2 perlu menghubungi doktor atau pakar pemakanan sehingga masalah perut buncit kawan2 dapat diselesaikan.

SELAMAT MENCUBA!