Monday, 30 July 2018

Mengumpul stem, hobi yang semakin pupus


Assalamualaikum. Tentu kawan2 ada hobi semasa kanak-kanak kan? Macam2 la hobi yang kita bagitahu cikgu pada masa itu seperti membaca, bersukan, berkenalan, mengumpul stem, memasak, menjahit, mengemas rumah dan sebagainya. Macam Abam Kie sendiri ada banyak hobi semasa zaman belum akil baligh. Antara hobi yang meninggalkan kesan mendalam ialah mengumpul stem. 

Macamana abam kie boleh terjebak ke dalam hobi ini? Gini nak cerita. Pada usia Abam Kie 9 tahun abang ada menulis surat kepada sabahat pena di Korea Selatan. Pada masa tu abang berada di darjah 6. Kejadian ini berlaku pada tahun 1982. Jadi bila dia menerima surat daripada sahabat penanya, maka abam kie meminta setem tu. Memang dia bagi punya. Dari situlah timbul minat nak mengumpul stem ni. Kebetulan ada gak rakan sekelas di sekolah rendah yang memiliki hobi yg sama. Jadi kami bertukar2 stem la juga. 

Bila masuk ke SBP iaitu SM Sains Machang, Kelantan, abam kie juga memiliki beberapa orang sahabat pena dari Austria, Norway dan Amerika Syarikat. Memang cikgu2 bahasa Inggeris masa tu menggalakkan kami menulis surat kepada sahabat pena di luar negara untuk memperbaiki kemahiran penulisan kami. Agensi yang menguruskan sahabat pena ini ialah International Youth Service (IYS) yang berpangkalan di Finland. Bila dah ada sahabat pena sendiri ni, makin banyak plak stem yg abam kie dapat. Kena plak pen pal tu jenis yg suka kumpul stem. Maka abam kie bertukar2 stem dgn mereka. Kadang-kala mereka bagi percuma je. 


Kemudian bila internet mula berkembang, abam kie join yahoogroups pengumpul2 stem. makin ramai plak kenalan yg suka kumpul stem. Jadi makin bertambahlah koleksi stem abam kie tu dari macam2 negara. Setakat ini abam kie memiliki 3 album stem je. Mujurlah album2 ni terselamat semasa banjir besar 2014 lalu. Alhamdulillah. 

Sejak 2000 abam kie sudah perlahan2 mengurangkan aktiviti mengumpul stem ni seiring dengan penggunaan emel sebagai medium komunikasi dengan kawan2 luar negara. Kalau beli stem pun cuma stem2 khas sempena aktiviti atau hari tertentu seperti pertabalan sultan, temasya sukan, hari kebangsaan dan sebagainya. Cuma abam kie kena peka la bila stem2 sedemikian akan dijual di pejabat pos berhampiran. 

Kini abam kie dah bersara daripada mengumpul stem ni. Kenapa jadi macam tu? Sebab pejabat pos di daerah abam kie ni x lagi jual stem2 khas atau sempena. Asyik2 stem standard je yg ada. Bila abam kie pergi ke sana untuk beli, alasan yg diberikan mereka seperti stem tersebut sudah habis atau belum pesan daripada pejabat pos negeri atau KL. Akhirnya hobi ini terhenti di sini saja. Cuma sekali-sekala tu jika abam kie dapat surat bertampal dgn stem luar biasa maka barulah abam kie akan simpan stem tersebut. 

Begitulah pengalaman abam kie mengumpul stem sejak zaman kanak-kanak sehingga menjadi bapa budak ni. Semoga ianya menjadi teladan kepada adik2 blogger sekalian. Terima kasih.   

7 comments:

  1. Dulu ada juga simpan stem tapi lama-lama tah camne boleh hilang. Pastu terus malas nak kumpul dah huhu

    ReplyDelete
  2. rabia tak pernah simpan pun..kena try simpan ni.

    ReplyDelete
  3. menjadi satu kepuasan bila hasil koleksi dah banyak :)

    ReplyDelete
  4. Jarang dah dgr skg org kumpul setem ni.. Dulu2 zmn sek rjin jgk tp tak lah byk sgt hehe

    ReplyDelete
  5. teruskan hobi ini cikgu, ia akan jadi tinggalan hobi yang sangat bernilai sebab setem luar negara pun makin susah nak dpt. Zaman sekarang pakai emel.

    ReplyDelete