Wednesday, 7 March 2018

Menang tiga giveaway pada awal tahun 2018


Assalamualaikum. Abam Kie selalu juga join giveaway bila ada masa terluang atau pun bila x ada idea untuk menulis entri terbaharu. Pada awal tahun 2018 ini abam kie ada join beberapa GA. Biasanya abam kie khaskan entri hujung minggu i.e. Sabtu dan Ahad untuk siaran GA ini. Hari2 kerja abam kie siarkan entri rasmi atau personal.

Alhamdulillah. Kalau dah rezeki tak ke mana kan? Pada bulan Januari dan Februari lalu abam kie telah menang 3 giveaway. Mula-mula abam kie mendapat sebuah buku nota bercorak klasik hasil sumbangan Mek Zumbie. Entri GA Mek Zumbie boleh dicapai di SINI. Yang best tentang GA ini ialah Mek Zumbie membenarkan para peserta memilih mana2 hadiah yang kami suka andainya terpilih sebagai pemenang. Lalu abam kie memilih buku nota klasik tu sebab itu je yg sesuai untuk lelaki. Hadiah2 lain berupa shawl, blouse, buku cerita dsb yg kurang sesuai untuk sang arjuna!

Selepas tu abam kie join pulak giveaway yang dianjurkan oleh Cik Yan. Dalam GA ini Cik Yan meminta para peserta memberikan komen mengenai blog beliau. Jadi abam kie bagi la komen yg membina dan pujian2 kat cik yan. Hehehehe.....bodek2 nak hadiah la tu! X la...abam kie bukan kaki bodek. Komen yang ditulis mengenai blog cikyan adalah datang dari hati gitu! Hadiah yang abam kie dapati daripada cikyan ialah buku Chicken Soup For The Soul versi Bahasa Melayu. Selalunya abam kie baca versi Inggeris je masa buat TESL kat UM dulu2. Bila dapat versi Melayu ni seperti bulan jatuh ke riba sebab sememangnya sudah lama abam kie berhajat memilikinya. Baru sekarang mendapat!

Akhir sekali abam kie join GA yang dianjurkan oleh Siti Yang Menaip dan SalbiahM. Mereka berdua ialah blogger pengembara. Sempena lawatan mereka ke Pulau Jeju baru2 ni mereka ada banyak beli cenderahati buat kwn2 blogger. Jadi mereka berdua menganjurkan GA tersebut untuk memberikan souvenirs kpd blogger bertuah. Pada mulanya abam kie x terpilih untuk memenangi hadiah namun mereka berdua terbuka hati untuk bagi gak kepada early birds (peserta terawal). Jadi dapatlah pengetip kuku dari Korea. X dapat pi sana pun dapat hadiah dah kira syukur banyak2. Betul kan?

Sesungguhnya dengan menyertai GA yg dianjurkan oleh rakan2 blogger ada banyak kelebihannya. Selain drp menambah kenalan dapat gak memperkenalkan blog abam kie disamping memperolehi hadiah2 yang menarik. Mahal atau murah x penting. Tapi nilai eksotika hadiah tu yang mahal di pandangan mata dan hati. Setuju kan?

27 comments:

  1. tahniah ya abam kie..

    http://byshaz.blogspot.com/2018/03/kelebihan-surah-al-waqiah.html

    ReplyDelete
  2. udah 3 giveaway menang Abam Kie - tahniah22

    ReplyDelete
  3. Tahniah abam kie. :) Hadiah semua best best hehe.
    https://ikashoid.blogspot.my/2018/03/book-review-bila-kupetik-gitar-by-fahmi.html

    ReplyDelete
  4. Tahniah.Rabi pun suka join ga dalam blog.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..tahniah Cikgu AK..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... tahniahh!! Semoga murah rezeki lagi! ^^

    ReplyDelete
  7. Tahniah Abam Kie.. Semoga rezeki Abam Kie selepas nie akan berlipat kali ganda..

    ReplyDelete
  8. wow...beruntung abam Kie.

    dapat banyak hadiah dari rakan-rakan blogger

    ReplyDelete
  9. tahniah abam.. murah rezeki abam

    ReplyDelete
  10. Tahniah Sir... Best kan ikut contest. Bukan setakat berkenalan malah dapat hadiah.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Murah rezeki cikguu.

    ReplyDelete
  12. Wahh byk abam kie dapat. Tahniah !

    ReplyDelete
  13. singgah sini dari https://aerillhassan.blogspot.my/

    ReplyDelete
  14. wahhh tahniah abam kie! betul tu kalau tak menang pun at least dapat tambah kenalan dan support blogger lain :D

    ReplyDelete
  15. Betullah tu AK... bagus sebenarnya join GA ni , nasib baik dpt hadiah hihi... kan ke untung tu namanya. Saya dulu dulu rajin gak join, tp bila memanjang tak de rezeki je terus fed up haha....

    Tp sebagai pengomen, kalau dah hari hari baca entry GA pun boring jugak, tak tau nak komen apa dah

    ReplyDelete
  16. tahniah abg kie. abg kie memang tepat untuk menang sebab abg kie selalu bw dan komen ^_^

    ReplyDelete
  17. Alhamdulillah dan tahniah abam kie.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah . Sedikit sebanyak cenderamata daei blogger-blogger sebagai kenang kenangan kan

    ReplyDelete
  19. tahniah abam kie.moga terus maju jaya.memang seronok dapat hadiah dari rakan blogger.
    Janji Kita

    ReplyDelete