Monday, 5 March 2018

Bergotong-Royong Menceriakan Rumah


Assalamualaikum. Biasanya hari Jumaat dan Sabtu dikhususkan kepada urusan rumahtangga dan keluarga. Malas la nak fikir hal2 sekolah sebab selama 5 hari penat mengajar dari jam 7.40 pagi sampai 3 petang. Kadang2 malam tu ada kelas tambahan pula di sekolah. Namun kadang2 ada juga abam kie bawa balik kerja sekolah untuk disiapkan pada hujung minggu terutama sekali bab menanda skrip jawapan peperiksaan tu. Yang tu tak boleh elak! 

Pada hujung minggu lepas abam kie dan isteri mengambil kesempatan untuk menceriakan rumah kami yang berusia hampir 11 tahun ini. Mula2 kami menggaul simen dan pasir untuk ditampal pada halaman depan rumah dekat pintu masuk tu. Dari jalan nak masuk ke rumah tu macam kena turun gaung sikit sebelum naik ke laman rumah. Jadi kami nak bagi paras tanah tu sama rata dengan menimbun simen. Jadi perjalanan akan menjadi licin sikit. Hampir 2 jam gak kami membancuh dan meratakan simen tu. Penat sekali sampai lenguh2 tangan.


Pada keesokan harinya kami berdua mengecat tembok pagar rumah yang sudah berkarat itu kepada warna biru muda. Kebetulan ada tin cat lebih dalam stor tu. Jadi sebelum ia mengeras, baik kami gunakan aje. Lagipun warna asal di tembok itu sudah pudar dan berkarat. Selagi terdaya kami akan buat sendiri. Jika tak reti buat kenalah upah tukang.

Jadi suami-isteri dan anak2 perlu bergotong-royong untuk membersihkan dan menceriakan rumah masing2 agar bertepatan dengan slogan 'Rumahku Syurgaku'. Dok gitu kawan2 sekalian? 

24 comments:

  1. Betul tu... weekend je kita ada masa bersama kan. Suami Fiza pun jarang bawak kerja2 sekolah. Haha... weekend dia kepunyaan anak dan isteri.

    ReplyDelete
  2. Betul sangat Cikgu AK...sama-sama mencantikkan rumah..biar rasa selesa dan seronok bila ada di rumah...

    ReplyDelete
  3. betul222 - weekend bersama family

    ReplyDelete
  4. wah abam kie... rajin ni. Btul tu...home sweet home. There's no place like home.

    ReplyDelete
  5. rajinnya abam kie dengan isteri buat aktiviti bersama. Sepakat membawa berkat gitu :P

    ReplyDelete
  6. Betul! Hujung minggu jelah hari untuk bersama keluarga. Apa-apa aktiviti masa itu jelah dapat buat pun

    ReplyDelete
  7. Weekend je sempat nak gotong royong..

    ReplyDelete
  8. bagus juga kalau bergotong royong buat rumah sendiri..

    badan pun sihat dan ikatan silaturahim dalam keluarga boleh dipereratkan lagi.

    ReplyDelete
  9. wah tentu seronok berkerja bersama kan

    ReplyDelete
  10. hehehe
    best tu
    teringat zaman kecik2 cat pagar rumah dengan abah saya

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah abam kie... macam ni lah baru rumah tangga meriah.. ada aktiviti setiap weekend. takde lah ngadap hp je kan. hihihi

    https://byshaz.blogspot.my/2018/03/cepatnya-anak-membesar.html

    ReplyDelete
  12. kalau buat ramai ramai, meriah...penat pown boleh lpa...

    ReplyDelete
  13. Betul tu sangat abam kie.. Best ada family bergotong royong ni semangat lain macam hihihihi

    ReplyDelete
  14. Lama jugak xgotong royong ngan family nii.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah.
    Tak payah upah disamping dapat keluarkan peluh.

    ReplyDelete
  16. Memang betul apa yang Abam Kie kata tue, weekend nie lah kita dapat bergurau senda dengan ahli keluarga, dan aktiviti gotong royong bersihkan kawasan rumah pun dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga..

    ReplyDelete
  17. Wah ..... nampaknya berseri serilah rumah Hari Raya tahun ni ye AK ....
    Saya pun teringin nak mengecat rumah, dah bertahun tak berganti, bhg pagar tu pun dah berlumut, teruk betul nampaknya....
    Tp tak taulah .... entah bila

    ReplyDelete
  18. Kat mana rumah? Nak ngeteh sekali 😁

    ReplyDelete
  19. Cikgu skrg mmg bz klau weekdays... weekend tu la time nak mesra dgn keluarga kan

    ReplyDelete