Monday, 15 January 2018

Bila Hati Seorang Guru Mula Terluka


Untuk ibu bapa di luar sana...

Bila hati seorang guru mula terluka 
ketahuilah bahawa 
pintu berkat dan rahmat untuk anak-anakmu mulai hilang 
Maka.....
kau renung akan apa jadi 
pd anakmu 5 tahun lagi.

Bila hati seorang guru mula terluka
Akan lahirlah generasi terbiar
Dibiarkan ibu bapa
Dibiarkan guru-gurunya
Dibiarkan masyarakatnya

Bila hati seorang guru mula terluka
Bait2 bicara kan hilang hikmahnya
Rajuk yang kecil menjadi barah
Melatari seluruh sistem taadib
Tarbiyah kan layu
Nilai kan runtuh dimamah masa

Bila hati seorang guru mula terluka
Masyarakat sedang sakit
Harapan tinggal harapan
Impian berkecai dek keegoan dan keras kepala
Ada pesalah ada pengalah
Yang hak dibatilkan, yang batil dihakkan

Bila hati seorang guru mula terluka
Lukanya dalam
Parutnya kekal berlekatan
Ibarat sang ibu yang kecewa
Sayang masih ada
Namun luka yang tidak berdarah
Adalah sesakit-sakit bahasa

Bila hati seorang guru mula terluka
Awan menjadi merah
Penghuni langit kan turut berduka
Kerana guru sejati adalah pewaris para nabi

Nukilan Ustazah Aizah
18 Disember 2017

#juzsharesbgseorgguru

14 comments:

  1. Sabarlaaa wahai guru.. smoga Allah beri balasan syurga..

    ReplyDelete
  2. Guru itu umpama ibubapa Di sekolah. Malangnya bg ibubapa yg X faham peramah guru

    ReplyDelete
  3. Tidak semua ambil berat akan hal ini Cikgu AK...

    ReplyDelete
  4. Moga semuanya baik baik sahaja....

    ReplyDelete
  5. Kerja sebagai cikgu ini adalah pekerjaan mulia

    ReplyDelete
  6. Cikgu umpama lilin membakar diri sendiri

    ReplyDelete
  7. kerjaya guru menghadapi cabaran di zaman kini..

    ReplyDelete
  8. Mulia jasa seorang guru, tak terbalas jasa mereka. Semoga abam kie terus kuat untuk mendidik anak anak sekarang.

    ReplyDelete
  9. Semoga Allah sentiasa menjaga hati kita semua terutamanya para ibu bapa untuk menghormati guru. Kalau ibu bapa tak hormati guru, macam mana agaknya anak nak berbuat demikian?

    Kepimpinan melalui teladan.

    ReplyDelete
  10. Semoga abam kie terus berjuang mendidik anak bgsa. never give up!

    ReplyDelete
  11. guru seperti ibu dan juga bapa... benar! bila dah terluka hilang berkatNya.... semoga guru2 diberikan kekuatan dlm mendidik anak bangsa...

    ReplyDelete
  12. Zaman sekarang kerjaya sebagai seorang pendidik ini amat sukar. Bukan sekadar perlu hadapi kerenah anak buah, ibu bapa, penjaga tapi juga masyarakat sekeliling.

    ReplyDelete