Friday, 12 January 2018

Azam guru tahun 2018


Dengan adanya kes cg azizan pada hujung tahun 2017 ini, secara peribadi saya fikir ianya amat  tepat pd masanya. Kerana sebelum mula sessi  persekolahan tahun 2018, cikgu2 sudah boleh mencorak cara kerja dan cara mengajar bagi tahun 2018 dan tahun2 seterusnya.

Bagi saya, bila tersebar kes Cikgu Azizan dan sebelum ini seorang cikgu bernama Azizul, ini menguatkan lagi alasan utk saya dan mungkin juga guru2 lain perlu mengubah cara kita bekerja......

Mulai tahun 2018, saya dengan ini.....

.....nak mengajar dengan selamat....

Kalau murid datang ke sekolah nak belajar saya ajar......

Kalau murid tsk mau blajar sy tak marah.....

Sebab marah adalah satu bentuk penderaan emosi katanya.....

Kalau murid buat kerja sekolah atau kerja rumah saya semak dan tanda serta betulkan.....

Mana2 murid yg tak bawa buku atau tak buat kerja yang diarahkan..... sy tak marah apatah lagi nak denda ataupun nak merotan....

Malah sy tak akan paksa pelajar bawa buku. Kalau mereka bawa  buku yg dikehendaki, saya akan hargai....
Sebaliknya kalau mereka tak bawa buku, saya biarkan.... tak boleh ditegur atau dimarah kerana itu satu bentuk penderaan emosi pelajar.... nanti akan menyebabkan mereka tak mau/minat datang ke sekolah..... saya juga yang akan disalahkan......

Kalau pelajar berbual atau tidur di dalam kelas semasa saya mengajar pun..... saya biarkan sambil memperlahankan suara saya supaya kondisi mereka tidak terganggu. Kerana apa jua bentuk teguran terhadap kondisi pelajar merupakan satu elemen  gangguan emosi juga..... 

kalau ada sentuhaan "body contact" dikira penderaan fizikal atau kes cabul pula.....

Murid datang sekolah dgn sopan..... sy ajar dgn sopan dan dengan hati yg  tulus......

Tp kalau murid dtg dgn kurang ajar, sy diamkan diri walaupun dalam hati sy berkecil....

Ingat.... kalau sikap biadab pelajar dihadapi dengan tegas, guru dianggap melampau atau kurang ajar. Biadab pelajar ada akta yg melindungi mereka. Tapi ketegasan guru boleh diheret ke kandang mahkamah..... ingat tu!

Daripada saya yang kena saman..... lebih baik saya fikirkan soal makan minum anak2 saya....

Daripada masuk penjara.... lebih baik saya ambil jalan selamat.

Jadi... biarlah...

Yang penting saya dan keluarga saya selamat walaupun saya sedar bahawa restu ilmu itu ada pd guru... Pelajar tak perlukan semua tu sbb mereka ada undang2 yg sentiasa membela dan melindungi mereka..... lagi pun, apa sangat yg ada pada restu guru kerana sebelum exam sekolah akan adakan Majlis Restu Ilmu utk semua pelajar supaya motivasi mereka meningkat..... tak ada plk dibuat majlis restu guru bagi mengubat hati guru yang terluka diguris pelajar!

Cukup bulan saya dpt gaji, wlpn org kata makan gaji buta. Xpe lah. janji sy x masuk penjara. Sbb anak2 saya dan mereka semua nak kena makan kan...

Okay lah itu azam 2018..... Org KPM JPN dan pentadbir SEK jgn dok push sgt guru2 suruh buat kerja itu dan ini ya.... sbb nanti makan diri......

copy & paste & edit je ni

14 comments:

  1. alahai kesiannya para guru di layan sebegini rupa. bertabahlah guru2

    ReplyDelete
  2. Semoga cikgu terus tabah mendidik anak bangsa... biarkan saja luncai terjun bersama labunya.

    ReplyDelete
  3. Jangan gini cikgu. Setiap pekerjaan ada cabaran sendiri.

    ReplyDelete
  4. Perlu ambil pendekatan begitulah nampak gayanya, cikgu.

    ReplyDelete
  5. cabaran menjadi guru masa kini..mengajar di boarding school takde kot kes2 mcm ni..kalau ada, kena buang sekolah..

    ReplyDelete
  6. Ada yang perlu diubah...kalau tidak benteng akan menjadi rapuh..tapi ini yang mereka inginkan kan Cikgu AK..tapi PC yakin masih adaanak murid yang sangat menghargai dan menghormati guru-guru di sekolah..masih ada ibu bapa yang yakin dengan guru-guru disekolah memarahi anak mereka untuk mendidik...

    ReplyDelete
  7. AZAK CIKGU AK GINI JUGA KE...CARI JLN SELAMAT MENYUSAHKAN DIRRI PUN BERDOSA JUGA

    ReplyDelete
  8. haish isu cikgu tak habis... zaman dlu dan skang lain... xpa a.kie yg ptg a.kie dh buat yg terbaik...

    ReplyDelete
  9. semoga azam baru cikgu kie tercapai... :)

    ReplyDelete
  10. Semoga guru-guru di Malaysia nie tabah dalam menghadapi dugaan yang hebat nie, kerana hasil daripada didikan anda semualah yang menjadikan kami berjaya dalam kehidupan..

    ReplyDelete
  11. Sabar Abam Kie,kita dulu kena pukul kena cubit atas kesalahan diri sendiri diam diam je taknak parent tahu sebab nanti dapatlah 'double hadiah' dekat rumah pulak. Budak skrang manja sangat!

    ReplyDelete
  12. hmm, cikgu kalau dah merajuk, ank bngsa pulak yg rosak nnt. tp bila cikgu ambik tindakan yg sewajarnya, cikgu jugak yg kne humban nnt. guano kiro eyh.

    ReplyDelete
  13. Aduhhh ini macam susah la. Mak ayah dah la tak sempat nak mengajar anak sekarang cikgu pun dah merajuk. Camne nak buat ni.. nampaknya pihak kementerian kena fikirkan jalan penyelesaian yang terbaik la

    ReplyDelete