Assalamualaikum. Kawan2 pernah kan menjual barang2 di mudah.my? Abam Kie merupakan seorang penjual tegar di mudah.my. Sekiranya ada barang2 di rumah yang sudah tidak mahu dipakai namun masih dalam keadaan baik, abam kie tidak akan teragak-agak untuk menjualkannya. Antara barang2 yang pernah abam kie jual di mudah.my ialah telefon bimbit,baby car seat, kemeja batik, modem wifi, sofa, katil dan almari pakaian. Pendekata, asalkan barang tu OK, terus abam kie pos iklan di apps mudah. 

Mudah.my memang membantu abam kie untuk mengosongkan bilik stor daripada barang2 yg hanya menyempitkan rumah. Takkan nak buang saja almari itu begitu sahaja. Kalau jual di mudah dan terjual maka dapatlah sedikit duit poket. Memang tak untung pun jual barang2 terpakai ni. Cuma dapatlah 'clear' ruang di rumah.

Tip daripada abam kie ialah cuba letakkan harga yg tinggi sedikit daripada harga yang kita nak jual kerana biasanya bakal pembeli akan minta diskaun lagi biar pun harga yang abam kie bagi tu dah murah sakan. Jadi kalau almari di atas tu abam kie nak jual dengan harga RM250 maka abam kie letakkan harga RM300 di dalam iklan. Buat pengetahuan kawan2, almari kayu di atas tu dibeli di Courts Mammoth Kota Bharu pada Jun 2007. Harganya abam kie x ingat dah. Pembeli dari Pasir Mas tu beli almari tersebut pada akhir Dis 2017. 

Jadi kawan2, jom jual barang2 terpakai di mudah.my! Selain daripada membersihkan rumah drp brg2 terpakai, kita juga dapat pendapatan sampingan. Give it a try!