Wednesday, 10 January 2018

Menyertai Gold Accumulation Programme (GAP)



Pada bulan Oktober lepas Abam Kie bercadang nak melabur di dalam GAP setelah sekian lama menyelidik akan kebaikan membeli emas. Abam Kie tak mapu nak beli emas 10 gram, jadi membeli emas melalui GAP ialah solusi bagi permasalahan ini. Lalu Abam Kie menghubungi ejen Public Gold bernama Khairul Helmi bin Khalib. Dia ni masih belajar di UTM Kuala Lumpur. Hebat gak sebab muda2 lagi dah jadi ejen PG. Masih belajar lagi tu. Sebenarnya kampung Khairul ni di Tanah Merah, Kelantan jadi abam kie x gusar la dia tu dekat je. Lalu kami mengaturkan temujanji di sekolah abam kie semasa dia balik kampung pada cuti pertengahan semester lepas. Ialah kan? Kalau main wassap atau FB ni x jelas penerangannya. Jadi lebih baik bersemuka kan?

Tentu kawan2 nak tahu apakah itu GAP?

Gold Accumulation Program atau ringkasannya GAP.  Secara mudahnya GAP boleh di samakan dengan “akaun emas”. Kawan2 boleh membeli emas dan menyimpannya di dalam Public Gold dengan percuma. Jaminan daripada Public Gold bagi pengeluar pada bila-bila masa sahaja.

Antara kelebihan GAP Public Gold:

1. Kawan2 boleh beli emas dengan ketulenan 999.9% dengan modal minimum 1 gram.
2. Emas kawan2 disimpan di Public Gold secara percuma, tanpa had masa, tanpa had belian maksimum dan tiada yuran simpanan.
3. Kawan2 boleh menambah simpanan emas dengan gandaan 1 gram pada bila-bila masa.
4. Kawan2 boleh mengeluarkan emas fizikal dengan ketulenan 999.9% serendah 1 gram di mana-mana 18 cawangan Public Gold seluruh negara.
5. Kawan2 boleh mengeluarkan emas pada bila-bila masa dengan syarat baki minimum 1 gram.
6. Urusniaga jual beli dibuka 24 jam sehari dan 365 hari setahun. Pembelian dan penjualan boleh di lakukan secara online.
7. Setiap pengeluaran emas fizikal akan dikenakan caj “ gold premium” sebagaimana caj dikenakan jika membeli emas fizikal yang lain. Jika kawan2 tidak mengeluarkan emas, tiada caj fizikal di kenakan.

Siapa yang sepatutnya menggunakan GAP?

1. Anda yang mempunyai modal yang kecil.
2. Anda yang risau untuk menyimpan emas sendiri di rumah.
3. Mereka yang menetap di luar negara.
4. Mereka yang ingin membeli emas secara konsisten setiap bulan.
5. Boleh dijadikan alternative simpanan masa depan anak-anak.

Cara membeli emas dengan GAP

#1 – Bank-in/transfer duit ke akaun Public Gold

Maklumat akaun Public Gold.

Maybank – 5571-3923-8048 (PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD)
Public Bank – 3167-52-0833 (PUBLIC GOLD MARKETING SDN BHD)

Pastikan kawan2 semak dahulu harga GAP per gram di website Public Gold sebelum bank-in. Untuk pengetahuan, harga GAP dikemaskini sehari sekali pada jam 12 malam. Kesimpulannya, kalau bank-in hari ini kena bayar ikut harga hari ini. Kalau kawan2 ingin bank-in esok, perlu ikut harga hari esok.

#2 – Hantarkan maklumat pembelian dan maklumat bank-in

Selepas kawan2 bank-in/transfer duit (jika buat di mesin deposit, pastikan ada resit), hantarkan maklumat pembelian dan makluman bank-in melalui whatsapp kepada Khairul Helmi di talian 014-2102704. Maklumat yang perlu di hantar seperti di bawah:

1. Nama penuh:
2. No. IC:
3. No. Telefon:
4. Email:
5. Jumlah bank-in:
6. Tarikh bank-in:
7. Masa bank-in:

Ingat! Attachkan sekali gambar resit bank-in.

Mengapa perlu hantar maklumat ini kepadanya? Ini adalah kerana dia akan menguruskan pendaftaran GAP kawan2 buat pembelian pertama. Untuk belian kedua dan seterusnya tak perlu melalui dia lagi.

Abam Kie bergambar dengan Khairul di kantin sekolah

#3 – Simpan GAP statement dan resit bayaran

Dalam masa 2 hari bekerja, Public Gold akan emailkan kepada kawan2 Sales Order. Dalam Sales Order ini ada tercatit no akaun GAP kawan2. Simpan penyata ini bersama dengan resit bayaran untuk rekod. Selain daripada itu, Public Gold akan emelkan juga kepada kawan2 Username dan password. Dengan username ini kawan2 boleh menyemak sendiri web statement di dalam website Public Gold.

Selesai.

8 comments: