Ibubapa yang melahirkan tuan mereka
DIDIK ANAK MENJADI HAMBA AGAR IBUBAPA TDAK MELAHIRKAN TUAN
Ibu : Dina...Dini...nak makan ape?
Dina : Dina nk mkn mi goreng
Dini : Dini nk mkn mi kari
Tudiaaaa...mak ambk oder kt anak dara diaaaa
Acap kali kita terlihat. Si ibu bersusah payah mengemas rumah, mengemas bilik, menyapu sampah, mengemop lantai, membasuh baju, memasak, basuh pinggan dan pelbagai lagi. Sedangkan si anak dara bersenang-lenang di depan tv, menghadap laptop, dan bermain smartphone. Bila disuruh tolong merungut, tak reti, malas dan ada yang buat cincai2 sebab terpaksa. Tak kurang juga anak lelakinya, mana mahu nak buat kerja2 perempuan.
Budaya anak menjadi RAJA semakin berleluasa sekarang. Sebab apa?. Sebab mereka tidak dididik menjadi "hamba" sedari kecil. Mereka tidak diajar untuk mengerti kesusahan dan kepayahan ibu bapa mereka. Mereka tidak diajar untuk memamahami bagaimana keadaannya bila di tempat ibu bapa mereka.
Alasannya?
"Kesian anak tu kecik lagi.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."
"Tengok Timah tu, nak dera anak ke apa?"
"Ish, janganlah bagi budak tu buat, dah jadi macam orang gaji je.."
Jika beginilah alasannya, bersiap sedialah untuk *menjadi "hamba" anak sampai ke tua.
Dah kahwin beranak pinak pun bila balik kampung masih nak menyusahkan mak bapak. Ini terjadi dalam dunia masa kini. Baju laki-bini, anak-beranak mak basuh. Makan laki-bini, anak-beranak mak masak. Anak yang tidak dididik dengan kesusahan kerja sedari kecil, mereka akan kekok untuk melakukannya bila menginjak dewasa. Mereka akan buat secara terpaksa. Mereka akan buat hanya bila disuruh kerana tiada kesedaran dalam diri mereka. Dan yang akan menjadi hambanya ialah mak bapak mereka. Sementara si anak sedap menggoyang kaki.
Jadinya. Sedari umur anak 2 tahun, pupuklah mereka perlahan-lahan sesuai dengan usianya. Bila besar mereka akan mampu berdikari. Usah terlalu kasihankan anak. Jangan terlalu memanjakan anak. Ajar mereka erti susah payah sejak kecil. Ajar mereka tentang kerja rumah. Ajar mereka erti kehidupan. Pupuk kesedaran dalam diri mereka.
Yang perempuan didik mereka kerja-kerja mengemas, memasak, mencuci rumah dan segala macam kerja rumah. Didik mereka tentang pentingnya kebersihan. Yang lelaki, ajar mereka buat kerja seperti mencuci kereta, mengangkat barang. Ajar mereka kerja-kerja perempuan, tak salah itu. Malah lebih baik.
Biarkan orang nak kata kita buat anak macam orang gaji atau hamba. Abaikan mulut-mulut mereka-mereka yang hanya tahu mengata sedangkan mereka tidak berada di tempat kita. Sementara anak masih kecil, didiklah anak menjadi HAMBA. Agar besar nanti dia tidak menjadi RAJA.
*"Ramai Sebar, Ramai Dapat Manfaat"*
21 Comments
Anak say kena berleteri tiap hari la abam kie,, suruh buat keje rumah... saya dulu mak saya suruh buat kerja rumah, baju mak saya pun saya iron, saya duk tidur pun mak saya kejutkan lagi suruh iron baju dia nak keluar. Sampaikan arwah nenak dan makcik saya perli mak saya, anak tidur pun suruh anak buat kerja lagi.... perli mak saya semua hal rumah saya yg uruskan.... bila dah ada anak ni saya pas pula kat anak-anak... biar mereka tahu buat sendiri....
ReplyDeleteSetuju bang, jangan manjakan sangat... tapi jangan beri arahan dengan marah-marah... gunakan kasih sayang.. InsyaAllah... anak mudah ikut...
ReplyDeleteSelalunya budak-budak memang suka menolong, tapi parents yang bertegas taknak dibantu dengan alasan anak masih kecil. Lama-lama anak pun malas dah nak membantu. Sampai kesudah lah diorang membesar macam tu..
ReplyDeletesetuju sangat2
ReplyDeleteMasa berlalu, zaman berubah,
ReplyDeletecara hidup dan didikan anak juga berubah.
Ada ibu bapa seimbangkan pelajaran dan tanggungjawab urusan di rumah juga.Ada ibu bapa yang larang anak buat kerja rumah supaya 100% fokus pada pelajaran..bagi PC biar seimbang kerana bijak mengurus rumah juga sangat penting kerana yang ke hadapan kita tidak tahu apa yang akan berlaku.Kalau tidak dapat menguasai keseluruhan urusan pengurusan rumah..yang asas pun memadai.Dan paling penting lawan rasa malas dan buang sikap berharap pada orang(mak,adik beradil dll)
ReplyDeleteSalah satu tanda akhir zaman bila byk emak melahirkan tuan mereka. Terkadang ada yg sanggup mendera ibu dengan kerja2 yg berat dan membebankan. Sepatutnya waktu tu waktu utk mereka beribadat dan berehat. Sama-sama kita renungkan.
ReplyDeleteSetuju sangat2. Kesian tgk ibu-ibu yang still jaga cucu cicit mereka even dah tua. Moga dijauhkan dari sifat-sifat tersebut dan moga kita sama2 dapat berbakti kepada kedua ibu bapa. amin
ReplyDeletedari kecil la ni lahh, kena didik bebetul.Salah terus pukul..melentur buluh dari kecil.Bila dah tua esok, kita pulak yg begini.Tamau lahh
ReplyDeleteInsaf mama Baba. Semoga kita semua tak menjadi Gamba Dan dapat didik anak sebaiknya
ReplyDeleteBiar anak menjadi hamba semasa kecil dan tidak menjadi tuan semasa besar kelak.
ReplyDeletesemoga kita insaf selalu dalam mendidik anak-anak.
ReplyDeleteDidik anak dengan kasih sayang sepenuhnya.
ReplyDeletetrima kasih abam kie sharing ni..
ReplyDeletesaya diajar hidup berdikari...
ReplyDeletesetuju jugak,, terkesan juga dgn kata2 abam ni. hehehe.
ReplyDeleteblogwalking
ReplyDeleteDiharap ibu bapa tidak melahirkan tuan..
ReplyDeleteDoa yang baik-baik untuk anak-anak.
ReplyDeleteJangan jadikan anak Pak choi
ReplyDeleteSetuju Boss. Zaman kito dulu gak, masuk darjah satu dah reti masak sediri sebab mak ayoh gi Bbaruh (mencedung). Kelik sekoloh pukul 1 tengahari, masuk ddapor tengok tak dop bendo nak makan. Buka saji, ada nasi jah. Terpaksa selongkar periuk, cari ikan rebus ( ore kelantan panggil ike kering garam), dan mula goreng. baru bulih makan nasi.
ReplyDeleteLama-lama kita jadi pandai mengoreng ikan. boring makan ikan goreng, kita goreng telur dadar atau telur mata kerbau. sikit-sikit mak ajar cara masak. Masuk tingakatan satu, dah bulih 'ggulai ayam'.
Tapi majority mak bapa zaman ni, terlalu majakan anak seperti yg ditulis dalam artikel ni.
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.