Assalamualaikum. Dah 10 tahun Abam Kie berhenti menjadi pemeriksa kertas Bahasa Inggeris SPM. Sempatlah juga berkhidmat selama 5 tahun sebelum menarik diri kerana faktor peribadi dan cuaca. Sebenarnya menjadi pemeriksa kertas ini ada banyak kelebihannya. Pertama sekali guru2 akan tahu teknik menjawab soalan yang betul dan tips ini dapat dikongsi dengan murid2 mereka. Kedua, guru2 juga akan mengetahi kaedah dan teknik yang betul untuk menyemak kertas subjek yg mereka ajari di sekolah. Sememangnya banyak kelebihan menjadi pemeriksa ni. 

Semasa menjadi pemeriksa kertas dahulu ada banyak pengalaman yang menarik. Antaranya, kami pemeriksa akan merasa tersangat gembira sekiranya menerima skrip jawapan yg tidak dijawab. Ini bermaksud kami dapat wang mudah atau 'easy money'. Bayaran akan dikira berdasarkan jumlah skrip calon yang hadir. Kadang-kala berharap juga dapat skrip dari sekolah yang lemah prestasi calon2nya. Hahahaha...

Tetapi untuk kertas Bahasa Inggeris ini, kami paling tak gemar bila mendapat skrip jawapan dari sekolah sederhana. Why? Kerana kebanyakan calon akan menjawab semua soalan dan karangan tetapi ada banyak kesalahan. Nak tak nak kena baca baris demi baris dan menanda semua kesalahan yang ada. Selepas tu barulah diberikan markah. Letih dan mengambil masa tul! Namun begitu kami akan rasa tenang bila mendapat kertas jawapan dari sek2 berprestasi tinggi spt SBP, MRSM dan sek kawalan kerana sedikit sahaja kesalahan yang dilakukan oleh calon2. We enjoyed reading their good compositions! 

Kadang-kala ada gak calon SPM yang merasuah pemeriksa ni seperti menyelitkan wang kertas dicelah2 kertas dengan harapan pemeriksa akan berasa simpati dan memberikan markah yg tinggi kepada mereka! Ada yang siap bagi no HP lagi! Mati hidup balik pun pemeriksa2 tak akan PM calon2 tu! Kepada yang tak mampu mereka akan menulis ayat2 seperti berikut:

Assalamualaikum kepada cikgu yang Muslim dan Salam Sejahtera kepada guru yang bukan Muslim. Tolonglah kasihan kepada saya kerana tak dapat jawab karangan BI ni. Tolonglah saya agar lulus kertas BI ini. Sekian. Terima kasih.

Namun demikian memeriksa kertas BI SPM memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar daripada abam kie. Jadi kerana tidak sanggup menerima tekanan maka abam kie meletakkan jawatan. Ingat pada tahun terakhir tu terpaksa meredah air banjir untuk pergi bermesyuarat dan pulang ke rumah.Lagipun masa tu anak2 masih kecil jadi tumpuan selalu terganggu. Bagi tidak menyusahkan pihak lain baiklah abam kie mengundur diri. Manalah tahu bila anak2 dah besar nanti abam kie akan memohon menjadi pemeriksa pula?

Gambar di atas adalah snapshot daripada kertas jawapan anak2 murid abam kie yang cuba membodek guru mereka dengan kata2 pujian agar bagi markah kesian. No way! You must work hard to deserve high marks from me.