Hiba rasanya membaca berita anak lelaki sekecil umur 7 tahun sudah melampaui batas hingga merogol anak asuhan ibunya yang muda setahun darinya. Laporan perubatan menyatakan selaput dara anak kecil itu terkoyak. Allahuakbar!

Zaman anak-anak kita hari ni sudah tidak sama seperti zaman kita kecil-kecil dulu. Begitu naif main petik-petik bunga, main mak-mak. Anak-anak zaman menjelang 2020 ini sangat mudah terdedah dengan perkara yang kita rasakan terlalu advanced untuk mereka termasuklah hal seks antara lelaki wanita.

Sebagai ibubapa yang melahirkan anak-anak, adalah tanggungjawab kita juga untuk mengajar mereka tentang kehidupan ini. Anak-anak tak salah sepenuhnya kerana mereka melihat dan belajar dari akhlak sekeliling.

Sebagai ibubapa, antara perkara penting yang perlu diambil perhatian;

1) Sentiasa temankan anak-anak kecil semasa mereka memegang gadget dan menonton video secara online. Gunakan apps for kids yang akan menapis video yang tidak sesuai untuk tontonan anak-anak. Tapis apa yang anak baca, tonton dan katakan. Jangan sesekali biarkan mereka bersendirian dengan telefon bimbit yg ada data dan komputer yang boleh melayari internet.

2) Ajar anak tentang perbezaan anatomi bahagian intim antara lelaki dan wanita serta fungsinya. Ajar mereka serba sedikit. Jangan fikir anak kita naif, jika kita tidak mengajar mereka, mereka bertanya kepada kawan-kawan, lebih buruk lagi mencarinya sendiri di internet yang tanpa tapisan. Telah digesa dalam Islam, ibubapa kena mengasingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan  seawal 4-5 tahun. 

3) Ajar anak-anak untuk mengetahui bahagian intim (private parts)nya yang tidak boleh disentuh oleh orang lain selain ibubapa. Jangan biar 'stranger' menyentuh sesuka hati kemaluannya, punggung mahupun dada. Tolonglah beritahu anak-anak bahawa mereka dan tubuh mereka perlu dihormati, tak boleh memperlakukan mereka sesuka hati. Pesan juga kepada anak-anak kita untuk menghormati orang lain dan jangan sewenangnya menyentuh private parts mereka.

Nota tambahan : anak perempuan selepas umur 5 tahun sebaiknya diuruskan oleh ibunya.

4) Ibubapa juga perlulah elakkan diri dari menonton secara online atau menyimpan gambar atau video yang berbau seks. Jika menonton filem non-muslim yang ada adegan ke arah seks seperti bercium, bersentuhan anggota badan dan adegan atas katil, kalau perlu elakkanlah menonton bersama anak-anak.

Ada kenalan pernah bercerita sebuah pusat jagaan kanak-kanak terpaksa dibuka separuh hari sahaja kerana terjadi 1 kes student lelaki dan student perempuan 6 tahun hilang dari tempat tidur di kala kawan lain sedang tidur selepas solat. Cari punya cari rupanya mereka berdua dalam toilet sedang melakukan adegan suami isteri. Selepas siasatan student lelaki itu mendedahkan selalu melihat ibu dan ayahnya menonton pornografi di TV rumah dan menyimpan banyak video lucah dalam telefonnya. Seperti kes ini, salah anak-anak lagikah?

5) Ibubapa tolonglah jangan berjimak depan anak-anak, walaupun kita rasa anak-anak masih kecil dan tidak faham. Jagalah adab, terutamanya jika masih tidur sebilik dengan ibubapa. Kita tak tahu mungkin anak sudah terjaga dan menyaksikan semua perbuatan ibubapanya lalu meniru perbuatan tersebut dengan kawan-kawan seumurnya.

6) Pakaikan anak perempuan baju yang sopan menjelang umur 2 tahun. Ada ibubapa yang sedari awal sudah mengajar anak-anak memakai hijab kids. Itu pilihan ibubapa, jika anak-anak suka teruskan. Jika anak belum selesa, jangan pula paksa. Sayang anak kita, sedarlah bahawa dunia tidak lagi naif. Pedophile is everywhere. Sebagai ibubapa kita perlu lindungi anak-anak kita.

7) Last but not least, which is the most important: anak-anak yang sudah berumur 6-7 tahun sudah boleh dididik untuk selektif dalam bersalaman, berpelukan dan beri ciuman kepada orang yang dijumpainya. Pada umur begini sudah mula boleh terangkan tentang aurat, malu dan bukan mahram (who can you touch, who you cannot simply touch). Memandangkan umur sebegini sudah cerdik dan mula solat. Sangka baik dengan anak. Mereka anak cerdik, soleh dan solehah. Terangkan secara santai dan 'ringan'.

Setakat pemerhatian Abam Kie, inilah perkara yang perlu kita ambil berat dan titipkan kepada anak-anak. Jika ada yang abam kie tertinggal, jom tambah lagi di bahagian komen untuk kita sama-sama sebagai ibubapa meningkatkan lagi kesedaran tentang pendidikan awal seks kepada anak-anak.

Abam Kie pasti sejahat mana kita sebagai manusia, bila kita melahirkan anak, tidak terlintas langsung di hati kita untuk anak kita menjadi perogol mahupun dirogol. Nauzubillahi min zaliq. Maka janganlah sediakan jalan untuk anak-anak kita ke arah itu.

Allahuakbar. Allahumma islih zuriyyati. Ya Allah bantulah kami dalam mendidik anak-anak amanahMu kepada kami. Aamiin...

Semoga Allah pelihara anak-anak syurga kita.

Tolong abam kie sebarkan parenting awareness ini dengan menekan button "share". Terima kasih.