Sabarlah Cikgu.... | ABAM KIE : Man of The House


Monday, 15 May 2017

Home » » Sabarlah Cikgu....

Sabarlah Cikgu....


SAJAK SEMPENA HARI GURU

Tajuk: Sabarlah Cikgu  

Sabarlah Cikgu
Ketika kerja keranian
dilonggokkan di mejamu
Di celahan buku-buku latihan
anak muridmu ada fail lusuh
berisi borang ini dan itu

Sabarlah cikgu
Ketika pelbagai dasar caca marba
digalaskan ke pundakmu
Relakan mereka melucutkan hakmu
Tanpa rotan di tangan
Dengan suara bisu
Teruskan juangmu
menjunjung ilmu

Sabarlah cikgu
Ketika anak-anak itu mencebirkanmu
Mereka hanyalah kain putih
yang tercemar lumpur dungu
Dari tempias cendikiawan
yang mengaku tahu
Persis sang tikus
membaiki labu

Sabarlah cikgu
Ketika tugasan maya
menghenyakmu tak bermaya
Tugas hakiki terperenyuk
di hujung meja
Pelajar gagal kau yang ditanya

Sabarlah cikgu
Ketika kau diludahi
karenah pentadbiran yang ego
dan perasan
Dukung prinsipmu
biar prestasimu ditekan
Gaulkan semuanya di pinggan iman
Hirup hikmahnya biar kau
semakin KENTAL!!!!

Sabarlah cikgu...sabarlah
Luruskan dudukmu
Genggam pena ilmu
Dakap redha Tuhanmu
Kejayaan pasti menunggu...

Dedicated to: cikgu2 yang sedang membaca entri ini...

14 comments:

irazulkeffele said...

Saya bukan seorang cikgu dan sedang membacanya hehe. "Terima kasih cikgu. Jasamu dikenang"

Apapun Selamat Hari Guru, Abam Kie :)

paridah said...

TAHNIAH HEBATNYA PUISI CIKGU...SELAAT HARI GURU

Nurzakiah Hanum said...

a big congrats

Warisan Petani said...

Tugas mulia sepanjang hayat.
Sabarlah cikgu.
Selamat Hari Guru
"Guru pembina negara bangsa"

Normi Nieza said...

selamat hari cikgu a.kie..:)

Reena Kamarudin said...

masa zaman sekolah, ada cikgu kegemaran dan ada cikgu tak kegemaran hehe. tapi bila dah tamat zaman sekolah ni, rasa rindu pulak kat cikgu-cikgu semua.

selamat hari guru!

Etuza Etuza said...

Terbaik Abam..selamat hari guru ya..esok 16 Mei

C i k R e n e x said...

Selamat hari guru abam kie!

...in the swim... said...

Guru pembina negara bangsa.
Selama Hari Guru.

mamapp said...

Cabarannya guru sekarang tak sama sama masa zaman dulu

PeRdU cINta said...

Selamat hari guru Cikgu AK :)

Mrs. A said...

Selamat hari guru Abam Kie.

Guru Pembina Agama Bangsa.

'Sabarlah cikgu' puisi yang menarik.

Sentiasa Panas said...

Selamat Hari Guru buat Abam Kie. Semoga terus berusaha dalam mendidik anak-anak Malaysia :)

this ni3za said...

Selamat Hari Guru ABAM KIE... =)

;