Monday, 30 March 2015

What men and women want in bed

Monday, March 30, 2015 6


Are you still wondering what the opposite sex really wants in bed? Here are a few tips for both men and women that will come in handy next time. Browse through to find out more. Abe Kie fervently hopes the following tips can strengthen your sexual relationship. Give it a try, my friends!

Things men want: 

1. Be vocal

Yes, men love it when their women say what they want. Want more? Tell them straight. Loving what they're doing? Scream out loud!

2. Let him take charge

We all know who's boss, but sometimes men like to take control. Let him show you his masculine side. You won't regret it.

3. Talk dirty

A big turn-on for most men, they love it when their otherwise coy woman sheds inhibition and comes out with dirty, naughty words in the bedroom.

4. Be creative

Men can get bored easily. Be open to new tricks and ideas to keep him excited in bed. Look for fantasies that interest you both. 

5. Boost his confidence

While they may not always show it, men love compliments. Shower lavish praises on his physique and his moves; you’ll see his performance skyrocket! 

Things women want: 

1. Warm up with foreplay

Lots and lots of it! Every woman loves it when you start off with oodles of kissing, caressing, and cuddling. 

2. Use your lips and fingers

If you really want to please your woman, go all out when it comes to your lips and fingers. Be creative and put them to good use. 

3. Concentrate on the whole body

Yes, you read that right! Play with the nape of her neck, nibble her toes, kiss the back of her knees … the list is long!

4. Be confident

The best thing to wear — other than a condom — has to be confidence! 

5. Say the right things

Men may like dirty talk but with women, choose your words wisely. Compliments are better than comparisons, that's all Abe Kie's saying!



Friday, 27 March 2015

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR

Friday, March 27, 2015 1

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN

Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :
1. Sebelum khatam al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah".

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah! Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur,bacalah surah al –Ikhlas tiga kali. Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran.

” Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Bacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau
“ Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar "
( 3x )

Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi sedekah jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat.... Ψ’Ω…ِيّΩ†ْ..

Wednesday, 25 March 2015

Peribahasa moden yang diubahsuai

Wednesday, March 25, 2015 6

Assalamualaikum,

Apa khabar kawan2 blogger yg dihormati sekalian? Maaflah sebab abe kie x sempat nak BW blog kalian dan membalas komen korang yg sgt bernas tu. In sha Allah bila abe kie stabil n tenang daripada kesibukan kerja ini maka abe kie akan aktif berblog spt biasa. Sbg hiburan, abe kie ingin berkongsi peribahasa moden yg telah diubahsuai oleh org2 zaman sekarang yg kreatif tahap gavan! 

 ALANG-ALANG MANDI BIAR GUNA SABUN.
 BIAR PUTIH TULANG, JANGAN KUNING GIGI
 CUBIT PAHA KANAN, PAHA KIRI TAK RASA APA-APA PUN.
 DARI MANA HENDAK KE MANA , KENAPA KAU TANYA,MENYIBUK PULA.
 DIAM-DIAM UBI, BERISI, DIAM-DIAM ORANG, BISU.
 GAJAH MATI MENINGGALKAN GADING,HARIMAU MATI MENINGGALKAN BELANG, MANUSIA MATI MENINGGAL DUNIA.
 HABIS MADU SEPAH DIKITAR SEMULA.
 SEDIKIT-SEDIKIT LAMA-LAMA TINGGAL SIKIT.
 HARAPKAN PAGAR, PAGAR MEMANG TAK BOLEH DIHARAP.
 HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK TAK APA.
 HIDUP SEGAN, MATI DITANAM.
 HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU DI NEGERI SENDIRI,LEBIH BAIK HUJAN DARI KEMARAU.
 JAUH DI MATA SAKIT DI HATI.
 KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG, NAK MAKAN ESOK KAIS ESOK JELAH
 KALAH JADI ABU, MENANG JADI ARANG, SERI BELUM KENA BAKAR.
 KE MANA TUMPAHNYA KUAH KALAU TIDAK KE BAWAH.
 KECIL-KECIL CILI PADI, KECIL LAGI BIJI CILI.
 LEMBU PUNYA SUSU, CAP TEKO DAPAT NAMA.
 MASUK TELINGA KIRI, KELUAR TELINGA KANAN, TERSUMBAT KAT MULUT, MELELEH KAT HIDUNG.
 MEMBUJUR LALU, MELINTANG PUKANG.
 ORANG MEMBERI KITA MERASA,ORANG TAK BERI KITA PAKSA DIA.
 PATAH TUMBUH , HILANG REPORT POLIS.
 PEMUDA HARAPAN BANGSA, PEMUDI TIANG NEGARA, PONDAN TIANG TELEPON.
 SEBAB PULUT SANTAN BINASA, SEBAB MULUT HABIS PULUT.
 SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT, INIKAN PULA MAKANAN DI DALAM MULUT.
 SEHARI SELEMBAR BENANG, LAMA-LAMA BENANG HABIS.
 SEPANDAI-PANDAI TUPAI MELOMPAT, AKHIRNYA TAK DAPAT MASUK OLIMPIK JUGA.
 SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN HILANG PENDAPATAN, YANG PALING SESAL CUKAI PENDAPATAN
 TIADA ROTAN PELEMPANG PUN BERGUNA. 

Friday, 20 March 2015

10 PERKARA KERAP DIALPAKAN

Friday, March 20, 2015 3


Assalamualaikum. Pada hari Jumaat yang barakah ini, abe kie ingin berkongsi satu tazkirah dengan rakan2 blogger yang kacak dan cantik sekalian. 

Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.

2. Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.

4. Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

5. Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.

6. Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak mempedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

SEMOGA KITA TIDAK TERGOLONG DARI KALANGAN 10 ITU.

Wednesday, 18 March 2015

Menabung amalan mulia

Wednesday, March 18, 2015 4

Assalamualaikum. Apabila anak2 makin membesar maka tanggungjawab seorang bapa semakin banyak terutama dari segi kewangan. Memang tidak dinafikan duit sangat penting di dalam kehidupan kita sekarang. Jadi amat wajarlah jika abe kie memulakan tabiat menabung dari detik ini.

Bukannya abe kie belum menyimpan duit di bank, TH atau amanah saham cuma abe kie jarang memiliki tabung duit syiling atau 'piggy bank'. Bila syiling berlambak di dalam rumah barulah abe kie terdetik pintu hati untuk menyimpan duit syiling. Jadi abe kie pergi ke pasaraya untuk membeli tabung yg comel seperti di atas.

Setiap lebihan syiling akan disimpan disimpan di dalam tabung berkenaan. Bila penuh nanti bolehlah ditukar dengan wang kertas lalu disimpan di dalam bank. Jom kita menabung demi keselamatan pada masa terdesak! 

Monday, 16 March 2015

Mengambil keputusan SPM 2014 di PPD

Monday, March 16, 2015 4

Sebagai Setiausaha Luar SPM abe kie diberikan 'privilage' untuk mengambil dan membuka sampul mengandungi slip keputusan SPM setiap tahun. Pada 3 Mac lalu abe kie dan pengetua serta rakan2 guru bergegas ke PPD untuk mengambil result. Malangnya result hanya dikeluarkan pada pukul 10.20am, tidak pada jam 9 pagi spt lazimnya. 

Sekolah abe kie cuma mendapat tempat kedua di PPD, ketinggalan 0.04 dengan sekolah X dari segi GPS. Tak mengapalah sebab kami guru2 dah mencuba yg terbaik. Apa2pun selamat mengajar murid2 pada tahun ini pula. Semoga sek abe kie dapat merampas kembali gelaran yg terlepas itu. In Sha Allah.

Friday, 13 March 2015

Jangan memandang luaran sahaja

Friday, March 13, 2015 4


🌸 🌸 🌸 🌸 🌸 🌸
Assalamualaikum...

Walaupun ada yang baik dan yang buruk di dunia ini, masih banyak lagi kisah di sebaliknya yang sukar untuk difahami.Itulah sebabnya kita jangan sesekali lihat luaran sahaja dan menghukum orang lain tanpa memahami mereka dulu.

πŸ€ Kadang - kadang sahabat yang suka belanja kita makan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persahabatan melebihi duit.

πŸ€ Kadang - kadang sahabat yang rajin bekerja, bukan kerana mereka tunjuk pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab.

πŸ€ kadang - kadang sahabat yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan, bukan kerana mereka salah tapi sebab mereka menghargai orang di sekeliling mereka.

πŸ€ kadang - kadang yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang sahabat.

πŸ€  kadang - kadang  sahabat yang selalu sms anda, bukan kerana mereka tak de benda lain nak buat tapi sebab mereka mengingati anda.

🌸 Satu hari, kita semua akan terpisah, kita akan terkenangkan pelbagai perbualan dan impian yang kita ada. Hari berganti hari, bulan, tahun, hingga hubungan ini menjadi asing...

Satu hari anak2 kita akan jumpa gambar kita dan bertanya,

"Siapa mereka semua tu?"

Dan kita tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata,

πŸ€ "DENGAN MEREKALAH SAYA ADA HARI YANG PALING INDAH DALAM HIDUP SAYA."πŸ€

Wednesday, 11 March 2015

Kembali bersiaran setelah memasang kembali Streamyx

Wednesday, March 11, 2015 5

Setelah 9 hari membuat permohonan memasang Streamyx akhirnya dua orang wakil kontraktor pemasangan Telekom menelefon abe kie untuk memasang talian telefon dan Streamyx. Akhirnya pada 3 Mac lalu abe kie dapat melayari internet dengan sempurna. Anak2 dan cik ayang pastinya gembira kerana tidak perlu menggunakan plan data lagi.

Malangya pada 5 Mac lalu telian streamyx kembali terputus. Geram betul abe kie! Lalu dengan pantasnya abe kie mendail talian 100 bagi melaporkan kerosakan tersebut. Tak sedap duduk juga bila internet tiada.

Akhir pada tengahari 7 Mac kontraktor pemasangan Streamyx yg sama bernama Saiful datang ke rumah untuk membaiki kerosakan tersebut. Rupa2nya kontraktor pemasangan Telekom telah mencabut talian ke rumahh abe kie. Kurang ajar tul! Mujurlah Saiful dapat memulihkan talian Streamyx di rumah abe kie. Alhamdulillah.

Monday, 9 March 2015

GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK

Monday, March 09, 2015 5

Assalamualaikum. πŸ‘ˆ Tema Hari Guru tahun 2015 πŸ‘ialah GURU MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK. Sedap sajak A. Samad Said ini yang ditujukan kepada semua guru, ibubapa, ahli politik, masyarakat dan pihak pentadbir dunia pendidikan sekarang. Sila hayati baik2, ok?

Murid sekarang....
Ya Allah amat menguji keimanan cikgu.
Sabarlah cikgu...jgn hilang pertimbangan ...

Mana tak Melayu lemah
Di ajar sikit lah payah
Lewat sikit tak payah sekolah
Jeling sikit cikgu di marah
Kuis sikit serang sekolah
Pukul sikit siaplah kes mahkamah

Beli buku tak mampu
Hand phone pintar dlm saku
Mesyuarat PIBG nanti dulu
AJK PIBG hentam cikgu
Dapat bantuan aku dulu

Aku pelanggan
Aku raja
Naik kepala

Cikgu ajar patut patut
Nazir datang cikgu takut
PPD datang cikgu kecut
Fail selori mesti angkut
Cikgu takut bangsa semput

Buat dewan tak boleh guna
Duit habis berjuta
Buat sistem sama cerita
Lambat menyiput salahkan sever.
Cara dulu kata tak berkesan
Denda dan rotan ketingalan zaman
Kaedah termoden jadi amalan
Inilah jadinya genarasi idaman

Sepuluh tahun sudah berlalu
Masih sama macam dahulu
Anak bangsa makin tak tentu
Sampai bila kita nak tunggu
Tak siapa pun yang tahu
Kerana matlamat masih buntu...

Dedicated to teachers

Thursday, 5 March 2015

Pantun kasih malam jumaat

Thursday, March 05, 2015 5

Seronok gak baca pantun ni yg penuh dengan agenda tersembunyi. Khas untuk dibaca oleh mereka yg sudah berumahtangga aje. Kalau berani silalah tinggalkan komen. Hehehehhee...

Malam ini malam Jumaat...
Ibu2 nak kena ingat..
Bapak2 siang dah penat
Mlm jumaat bapak nk rehat.


Anak2 jgnlah bising... 
Bapak penat ..hati pun runsing...
Siang hari dah mcm gasing...
Darah naik ..kepala pun pening...


Ibu2 carikan ubat...
Agar bapak segera d rawat..
sakit pinggang n sakit urat...
Ambil segelas air.. Bismillah Slawat...


Ibu2 yg baik hati...
Urutlah badan smpi ke kaki...
Kalau mmg sayang kan laki...
Jgn ngelak..alasan d cari.


Kena urut ..bapak pun segar..
Badan lesu..segar bugar.
Mata pejam..pintu d langgar..
Pujuklh tido..d dlm gebar.


Pagi subuh bapak pun bangun...
Bapak bangun tersenyum2...
Wajib mandi jgn tayamum...
Dirikn solat..isteri jd makmum.


Lepas solat bapak berdoa...
Pnjgkn umur..nk tambah dua...
Ibu pun Aamiin..dia tk dengar...
Tambah rezki..tmbh semua.


...pantun kasih...
mlm Jumaat....
heh heh heh...

Tuesday, 3 March 2015

Pantun harga petrol naik

Tuesday, March 03, 2015 4

Harga petrol mulai naik 25 sen sejak 1 Mac lalu. Maka beraturlah kereta di stesen2 minyak bagi mengisi petrol sebelum tghmalam 1 Mac lalu. Patutlah peniaga2 x nak turunkan harga barang sebab mereka tahu harga petrol mesti naik punya. Oleh itu abe kie ingin berkongsi satu pantun tentang isu minyak naik ni. Pasti ada yg terasa kan?
Ku sangka panas kekal ke petang..
Ghupanya hujan di tengahari,
Ku kecapi nikmat penjimatan 20 sen
Tapi dirembat balik 5 sen.

Belum sempat peniaga turunkan rege..
Dah mula bercatu mcm mana nak naikkan lagi rege,
BR1M lambat lagi nak merasa,
Psl menteri kata BRIM setahun sekali aja..

Datang April nanti sume kena April fool..
Pasal rege sume tambah 6% shj,
Kukecapi nikmat 20 sen sekejap shj
Psl rakyat kena dahulukan kutipan cukai utk
Pencapaian negara...

TOL pun dah dichop jihad utk negara
Tak yah dah gi syria, palestine dan seumpamanya
Jom pakat suh sume nak berjihad mai dok negara kita
Psl jihad dah senang guna duit jer..
Tok sah dok susah gadai nyawa angkat senjata

Sunday, 1 March 2015

Demam dan batuk selepas banjir

Sunday, March 01, 2015 2

Seperti yang semua orang maklum banjir besar melanda Pantai Timur pada penghujung tahun 2014 yang telah mengakibatkan kerosakan besar terutama sekali di Kelantan. Kini setelah dua bulan bencana itu berlalu, kesan2 peninggalannya masih ada. Abe Kie terutamanya sudah empat hari mendapat MC sehingga bulan Februari ini. Pada bulan Januari abe kie telah demam, selsema, sakit kepala dan batuk gara2 terhidu debu dan habuk semasa membersihkan rumah. Persekitaran udara kotor di luar juga memburukkan lagi keadaan.

Kemudian pada bulan Februari pula abe kie mengalami masalah kesihatan yang sama dimana tonsil abe kie telah bengkak menyebabkan suhu badan meningkat. Selain daripada itu, abe kie juga mengalami batuk berterusan, selsema dan sakit kepala. Terus abe kie pergi berjumpa doktor di klinik dan Alhamdulillah abe kie dibenarkan cuti sakit selama dua hari. 

Keesokan harinya isteri tersayang pula terkena demam kerana mendapat jangkitan dari abe kie. hehehehe...jika semasa abe kie demam kak wan yg menjaga abe kie, kini bila dia demam, abe kie pula yg kena jaga dia. Tolong-menolong amalan mulia kan?

Jadi kpd kwn2 yg terjejas kerana banjir baru2 ini diharapkan dpt menjaga kesihatan masing2 agar tidak mengganggu urusan kerja dan sebagainya. Aamiin...