Assalamualaikum. Apabila anak2 makin membesar maka tanggungjawab seorang bapa semakin banyak terutama dari segi kewangan. Memang tidak dinafikan duit sangat penting di dalam kehidupan kita sekarang. Jadi amat wajarlah jika abe kie memulakan tabiat menabung dari detik ini.

Bukannya abe kie belum menyimpan duit di bank, TH atau amanah saham cuma abe kie jarang memiliki tabung duit syiling atau 'piggy bank'. Bila syiling berlambak di dalam rumah barulah abe kie terdetik pintu hati untuk menyimpan duit syiling. Jadi abe kie pergi ke pasaraya untuk membeli tabung yg comel seperti di atas.

Setiap lebihan syiling akan disimpan disimpan di dalam tabung berkenaan. Bila penuh nanti bolehlah ditukar dengan wang kertas lalu disimpan di dalam bank. Jom kita menabung demi keselamatan pada masa terdesak! 

4 Comments

  1. memang menyimpan duit ni sangat bagus

    ReplyDelete
  2. Tabung syiling ni,time darurat boleh guna.Kedai suka syiling.hehe

    ReplyDelete
  3. bank pun sekarang dah ada mesin nak masukkan simpnanan syiling kita.... akhir2 tahun tabung penuh selalu buh kat mesin tu... dua tiga longgok.

    ReplyDelete
  4. Dan cara mudah menjadi kaya..:)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.