Setelah 9 hari membuat permohonan memasang Streamyx akhirnya dua orang wakil kontraktor pemasangan Telekom menelefon abe kie untuk memasang talian telefon dan Streamyx. Akhirnya pada 3 Mac lalu abe kie dapat melayari internet dengan sempurna. Anak2 dan cik ayang pastinya gembira kerana tidak perlu menggunakan plan data lagi.

Malangya pada 5 Mac lalu telian streamyx kembali terputus. Geram betul abe kie! Lalu dengan pantasnya abe kie mendail talian 100 bagi melaporkan kerosakan tersebut. Tak sedap duduk juga bila internet tiada.

Akhir pada tengahari 7 Mac kontraktor pemasangan Streamyx yg sama bernama Saiful datang ke rumah untuk membaiki kerosakan tersebut. Rupa2nya kontraktor pemasangan Telekom telah mencabut talian ke rumahh abe kie. Kurang ajar tul! Mujurlah Saiful dapat memulihkan talian Streamyx di rumah abe kie. Alhamdulillah.

5 Comments

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.