Assalamualaikum. Abe Kie sudah menjadi pengurus pasukan olahraga sekolah sejak tahun 2006. Sepanjang abe kie menjadi pengurus tu banyak suka duka, pahit manis pengalaman yang abe kie tempuhi. Yang biasanya jadi juruletih la, bukannya jurulatih. Lepas tu jawatan ini tetap dan berpencen selagi abe kie berada di sekolah ini. Maklumlah kan abe kie ni buat minor PJK maka senang2 je pihak pentadbir nak bagi abe kie pegang jawatan ini. Tak apa. abe kie sedia berkhidmat.

Bersempena sedekad abe kie memegang jawatan pengurus pasukan olahraga sekolah maka abe kie turut berbesar hati untuk memberikan cenderahati kepada atlit2 olahraga sekolah yang telah mewakili sekolah dan daerah sejak tingkatan satu lagi. Sehelai T-shirt menjadi tanda penghargaan abe kie kepada sumbangan mereka kepada sekolah.


Pelajar yang pertama ialah Annisa Syamimey binti Mazlan yg telah mewakili sekolah di dalam acara lumba jalan kaki sejak tingkatan satu lagi. Dia tidak gagal menyumbangkan pingat biarpun belum berjaya mendapat emas di dalam acara ini. Tahniah Memey!

Manakala pelajar kedua ialah Irfan Syauqi bin Abdul Mukti juga dari Kelas 5 Sains 1. Dia bertanding di dalam acara 200M, 400M dan 4 x 400M. Bapanya ialah guru bahasa Arab di sekolah ini. Sesungguhnya jasa atlit2 olahraga sekolah amat tetap dihargai sampai bila2.  

5 Comments

  1. yg pasti...mereka akan ingt smpi habis sekolah dgn tshirt tu...mereka rasa dihargai..kan abe kie

    ReplyDelete
  2. cikgu yg komited dgn semua tugasannyani...tahniah.

    ReplyDelete
  3. tahniah semua olahraga =) dayah dulu pun suka kalau dapat sesuatu dari sekolah..hehe

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.