Assalamualaikum,

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya abe kie berjaya mendapat wang bantuan banjir rm500 pada hari Ahad lepas. Pada Khamis minggu sebelumnya, seorang AJK Wanita UMNO datang ke rumah abe kie untuk menyerahkan surat jemputan ke majlis penyerahan wang tersebut. Ketika itu, abe kie dan cik puan sedang minum petang. 

Pada hari kejadian memang ramai orang yg pergi ke majlis berkenaan yg dijadualkan bermula pada jam 9 pagi. Tetapi abe kie hadir pada jam 11.30am bagi mengelakkan kesesakan. Alhamdulillah, abe kie tidak menunggu lama. Tak sampai 20 minit abe kie berjaya mendapat duit itu dan bergegas pulang.

Duit tersebut akan abe kie gunakan untuk persekolahan anak2 nanti. Terima kasih kpd kerajaan persekutuan Malaysia. Alhamdulillah.

4 Comments

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.