Assalamualaikum. Pada 7 April lalu majlis persaraan Guru Kanan Bahasa, Encik Zaini bin Ibrahim telah berlangsung di sekolah Abe Kie. Cikgu Zaini bersara wajib setelah berkhidmat di dalam sektor pendidikan selama 39 tahun iaitu pada tahun 1976. Beliau mula berkhidmat di Sandakan Sabah selama 5 tahun sebelum ditukarkan ke Kota Bharu, Kelantan. Kemudian beliau bertukar ke Kuala Krai dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di UPSI. Setelah lulus dengan jayanya, beliau ditempatkan di Jerantut, Pahang sebelum kembali ke Tanah Merah, Kelantan.

Cikgu Zaini ialah guru Matematik Tambahan yang berdedikasi. Kami sama-sama berpindah ke sekolah sekarang mulai Januari 2004. Beliau mempunyai seorang isteri dan dikurniakan dengan empat anak lelaki. Isterinya menjadi suri rumahtangga manakala anak sulungnya sudah berkahwin namun belum dikurniakan cahayamata. Beliau berulang-alik setiap hari dari Machang ke Tanah Merah untuk bertugas.

Sesungguhnya Cikgu Zaini yang duduk bersebelahan dengan Abe Kie di bilik guru ialah seorang sahabat yang mudah dibawa berbincang dan mesra dengan rakan sejawat yang lain. Kadang2 abe kie menceritakan masalah abe kie kepadanya kerana dia mahir dalam membantu menyelesaikan masalah kerana faktor pengalaman dan persekitaran. 

Kehilangan Abe Zaini amatlah dirasai dan Abe Kie berdoa agar beliau gembira meniti hari2 persaraan bersama keluarga tercinta. 

2 Comments

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.