Bulan Ramadan sudah berlalu namun tidak salah rasanya untuk abe kie berkongsian ilmu tentang khasiat buah kurma. Mohon baca dengan teliti, ya kawan2? Terima kasih.

1. Tahukah anda bahawa orang yang memakan kurma setiap hari tidak akan didekati jin?

2. Percayakah anda bahawa ekstrak kurma dapat mengubati kemandulan wanita?

3. Tahukah anda bahawa makanan dan ubat paling penting bagi para angkasawan adalah kurma?

4. Tahukah anda bahawa buah kurma lebih sehat daripada kaviar?

5. Tahukah anda bahawa sabut pokok kurma adalah pembersih yang paling baik bagi tubuh dan dapat melindunginya dari penyakit-penyakit kulit?

6. Tahukah anda bahawa apabila kurma direbus dan diminum seperti teh maka ia dapat menggembirakan hati yang sedih?

7. Tahukah anda bahawa setiap 100 gram kurma mengandungi 318 kalori, setara dengan 315 kalori yang terkandung dalam setiap 100 gram madu?

8. Tahukah anda bahawa sebutir kurma dapat membekalkan anda kalori yang cukup untuk aktiviti seharian dengan penuh semangat?

9. Tahukah anda bahawa makanan paling baik yang digunakan oleh askar perang adalah kurma, kerana kurma membekalkannya dengan kalori, menguatkannya dan menggiatkan kelenjar adrenal sehingga dia menjadi seorang yang berani dan tidak takut akan kematian?

10. Tahukah anda bahawa ada 1,450 jenis kurma di seluruh dunia?

11. Tahukah anda bahawa ada sesetgh fakta yg dinyatakan di atas, saya sdr pun baru tahu...

Jadi kongsilah entri ini agar lebih ramai yg tahu....
Wallahua'lam...

10 Comments

  1. Abe..buat jus kurma pun sedap..

    ReplyDelete
  2. banyak khasiat yg terkandung..betul tu jus kurma pon sodap..

    ReplyDelete
  3. wah, no 3 dengan no 6 tu saya baru tahu :D

    ReplyDelete
  4. kurma memang bagus, banyak khasiatnya

    ReplyDelete
  5. bagus kurma ni... tapi tu la.. waktu ramadhan je baru makan....huhuhu

    ReplyDelete
  6. yeahhh..kurma adalah terbaik..


    ada pernah bc, nabi kata rumah yang tiada kurma ibarat rumah itu tiada makanan.. lbh kurang mcm tu la klu xsilap..

    ReplyDelete
  7. Banyak fakta di atas saya pun baru tahu. hehehe

    ReplyDelete
  8. good share..ida sinnggh cn http://mummysupplementshop.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Info terbaik..
    Singgah ya..
    http://kisahpondokkecil.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. untuk yg nk diet pun sesuai makan kurma.. :)

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.