Menyahikuti Blog Yang Tidak Aktif
Assalamualaikum. Abe Kie mula bergiat aktif menulis blog pada November 2012 sekadar mengisi masa lapang dan berkongsi pengalaman dan cerita dengan rakan2 blogger di alam maya ini. Pada masa itu dunia blog sangat meriah dimana blog2 baharu tumbuh macam cendawan. Tanpa mengira umur dan latar belakang, blog2 ini menjadi saluran untuk kami berinteraksi sesama blogger dan merapatkan tali silaturrahim.
Pada masa itu selalu ada giveaway, segmen atau contest yang dianjurkan rakan2 blogger. Kami pun sama2 join utk menyokong sesama blogger. Tapi sekarang jarang benar contest spt ini dianjurkan. Ramai blogger sudah tidak aktif menulis. Mungkin kerana faktor masa, tanggungjawab, kesibukan kerja, faktor usia dan kemalasan. Only Allah knows why they have stopped blogging.
Maka pada suatu hari yang nyaman, Abe Kie mengambil keputusan untuk menyakikuti atau 'unfollow' blog2 yang tidak aktif atau tidak wujud lagi di alam siber ini. Kerjanya sedikit renyah juga sebab Abe Kie kena semak setiap blog yang dikuti sebanyak 531 tu! Blog2 ini telah diikuti semenjak tahun 2012 lagi. 13 tahun jugak tu! Rasanya dalam seminggu siaplah kerja Abe Kie tu. Blog2 yang sudah tidak aktif selama setahun ke atas akan dinyahikuti oleh Abe Kie. Harap maaf ye. Abe Kie akan cuma follow blog yang sentiasa dikemaskini je.
Akhirnya! Dari 531 kepada 191! Alhamdulillah. Hasil kerja keras Abe Kie akhirnya membuahkan hasil. Jadi kini Abe Kie akan membaca entri daripada blog2 yg aktif je. Operasi menyahikuti blog yang tidak aktif akan dibuat lagi menjadi PRU yang akan datang. Ini bakal menjadi operasi setiap lima tahun sekali. Apa komen rakan2 tentang operasi menyahikuti blog2 yang tidak aktif ini? Sila tulis di ruangan komen di bawah, ya? Sekian. Terima kasih.







13 Comments
Rajin Abang Kie unfollow balik blog yang tak aktif.
ReplyDeleteAda masa nak nyahfollow juga blog yang tidak aktif :)
ReplyDeletewah...betul2 operasi besar besaran nie... linda kena tunggu 5 tahun lai baru buat macam AK juga kot
ReplyDeleteSy pun buat perkara yang sama hari tu...Byk jgk yg trpaksa sy unfollow sbb dah lebih setahun tak aktif..Bukan "select" tapi nk clearkan mana-mana yg perlu...
ReplyDeleteBanyak juga blog yang difollow ya. Saya semak ada follow 200 juga blog, kebanyakkannya baru follow.
ReplyDeleteramai blogger yg xblogging lagi...mujur kak xramai follow...biarkan saja blog xaktif dlm senarai
ReplyDeleteBila ada masa nanti cheq akan unfollow those yg dah unfollowed blog cheq, lepas tu baru nak unfollow yg dah lama tak aktif pula 😁
ReplyDeleteCie dah buat hari tu sebab nak follow blog lain takde space dah. Tu unfollow semua blog rak aktif buat satu2 makan masa jugak.
ReplyDeleteKena buat juga ni
ReplyDeleteNak try tengok lah followers di blog.
ReplyDeleteBanyaknya kerja nak buat hahhahah...
ReplyDeleteRamai blogger dah berpindah platform ke Youtube, Ig dan Tiktok sebab lebih menarik, interaktif dan senang dapat follower. Saya masih kekal di blog mungkin sebab saya suka juga menulis walaupun tak pandai mana. Lagipun saya segan sikit nak bercakap depan kamera.
Rajin Abe Kie, siap print out senarai. 👍
ReplyDeleteRajin Abam Kie.. Sha nie nak menggodek satu-satu tu yang tak rajin.. huhuhu..
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.