Pengajaran daripada tragedi kemalangan bas pelajar UPSI
Kata pelakon Jalil Hamid dalam Filem Berbisik Pada Langit,
Kata-kata itu sangat tepat.
Kerana pemergian ibu bapa selalunya sudah dijangka apabila sampai pada sesuatu tahap tertentu.
Tetapi pemergian anak tidak pernah kita duga sama sekali. Walaupun mereka mengalami sakit yang kritikal kita tetap berharap kesembuhan itu akan ada.
Namun tragedi anak-anak UPSI mengajar kita satu perkara. Mati itu tidak mengenal usia dan masa.
Jika ibu bapa mempunyai kehidupan akhirat, begitu juga anak-anak kita. Mereka juga ada akhirat yang perlu dijaga sejak di dunia lagi.
Kita selalu beramal untuk diri. Kita jaga solat dan aurat sendiri. Kita ulang alik ke masjid setiap hari, sedangkan anak-anak, subuh pun kita tak kejut mereka bangun untuk menyembah Ilahi.
Kita hanya siapkan makanan, tempat tinggal, pelajaran dan segala-gala yang terbaik untuk anak-anak.
Tetapi semuanya untuk kesejahteraan ketika hidup.
Kita yakin anak-anak akan melalui masa dewasa kelak dan mereka akan mula berubah untuk menjadi lebih baik. Ketika itu pandailah mereka mencari Tuhan sama seperti kita dahulu.
Rupa-rupanya kita tersilap. Syarat mati bukan ketika tua. Kadang-kadang yang muda pergi dahulu.
Sekiranya sesuatu yang buruk terjadi, maka ketika itu hiduplah kita dalam penyesalan yang tidak sudah.
Mesti kita mengharapkan anak tersayang akan ke syurga tetapi jauh di sudut hati kita tahu laluan itu tidak mudah kerana banyak check point yang harus ditempuhi.
Hati kita pasti tertanya-tanya, boleh luluskah dia pada setiap check point itu kerana semasa hayat di dunia kita terlupa untuk mengajar mereka tentang bekalan untuk dibawa ke alam sana. Solat anak-anak pun hanya sekali sekala. Membaca al-Quran jauh sekali. Aurat dan pergaulan tidak pernah kita tegah.
Kata ustazah, jika kita gagal menjadikan anak-anak kenal Allah dengan sebenar-benar kenal, maka itulah hutang terbesar ibu bapa kepada anak-anak yang akan dituntut oleh anak-anak di hadapan Allah kelak.
Semoga Allah ampunkan kelalaian kita semua. Kita insan lemah yang pastinya tidak terlepas daripada tersalah dan tersilap.
Buat anak-anak UPSI yang terkorban tahniah kerana ibu bapa berjaya mendidik kalian menjadi insan cemerlang di dunia hingga ke akhirat, insya-Allah.
Mendengar cerita kematian mereka sahaja kita sudah tahu anak-anak ini sangat istimewa. Didikan mereka sempurna. Allah ambil mereka dalam keadaan yang mulia.
Jom sama-sama kita berazam untuk menjadikan anak-anak kita juga lebih mengenali Allah. Kita mulakan dengan mendidik mereka untuk menunaikan solat lima waktu secara penuh dahulu.
Jangan berputus asa. Didikan memang memerlukan masa dan sabar.
Insya-Allah, perkara baik yang lain akan menyusul nanti.
15 Comments
Allahuakbar...dalam sungguh makna nya...
ReplyDeletesemoga kita semua dapat terlepas daripada hutang itu...Aamin2x...
Betul tu cikgu... semua kita kene jaga demi untuk akhirat.
ReplyDeleteAllahu Akbar!
ReplyDeleteSaya tak dapat tahan air mata setiap kali lalu lalang peristiwa kemalangan ini samada di FB atau VTT.
Semoga dilapangkan dan diterangi kubur mereka, dikumpulkan kesemuanya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin.
kak xmampu nk baca kisah kemalangan anak2 ni berlinang air mata xmampu tahan sedih sgt
ReplyDeletebetul tu Abam Kie.. Ana ni kerja tak jauh dgn UPSI & selalu ada collaborate dgn student UPSI.. terasa sgt kehilangan wlupun blm pnh collab dgn adik-adik ni :(
ReplyDeleteTurut berduka atas musibah yang menimpa anak-anak UPSI ini Pak Kie.
ReplyDeleteSemoga para orang tua tabah menghadapi cobaan ini.
Salam,
Alfatihah buat semua mangsa.
ReplyDeleteSangat terkesan dgn kejadian ni. Kekdng mari mikir, tadi baru hantar naik bas. Skrg balik dah macam tu. Tak terfikir dek akal plak rasanya.
So sad.... Speachless
ReplyDeleteItulah takdir yang sudah tertulis...semoga ibu bapa reda dengan takdir tersebut
ReplyDeleteAlfatihah, semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan. Amien
ReplyDeleteSalam kenal mbah, hehe
Sedih juga. Betul, takut bila memikirkan tanggungjawap kita sebagai ibubapa terhadap anak-anak. Untuk bawa anak lebih dekat dengan Allah.
ReplyDeleteاَللُّهُمَّ اغْفِرْلَهُمْ وَارْحَمْهُمْ وَعَافِهِمْ وَاعْفُ عَنْهُمْ... mcm2 cerita sy baca slps kejadian ni berlaku. plg byk dah tentulah tentang penuntut yg tgh hafaz al-quran tu....
ReplyDeleteAl Fatihah kepada semua mangsa. berat pada keluarga untuk menerima ujian sebegini.. semoga semuanya diberi kekuatan amin.
ReplyDeleteterkesan sungguh dengan kejadian yg menimpa pelajar2 upsi ni. byk yg kita semua dpt pelajar dr tragedi ini...masyaAllah..
ReplyDeleteAl fatihah buat mereka semua....moga ditempatkan dikalangan org2 yg beriman & semoga keluarga mereka semua kuat & tabah hadapi ujian ini... aamiin
Al Fatihah kepada semua mangsa. Kita tumpang berduka di atas kejadian ini.
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.