✅ 1. Terima Menantu Seadanya
Jangan harap menantu sempurna.
Terima kekurangannya, sebagaimana anda harap orang lain terima anak anda.
✅ 2. Jaga Lidah & Nada
Hindari sindiran, perli halus, atau nada mengarah. Kata-kata yang lembut membuka hati, kata-kata tajam boleh lukakan hubungan.
✅ 3. Hormati Privasi Pasangan Suami Isteri
Jangan masuk campur urusan rumah tangga kecuali diminta. Mereka perlu ruang untuk membina keluarga sendiri.
✅ 4. Jangan Bandingkan
Elakkan membandingkan menantu dengan anak-anak sendiri atau menantu lain. Ia hanya menimbulkan rasa rendah diri & jarak emosi.
✅ 5. Tanya, Bukan Arahan
Contoh :
❌ “Masak lauk ni ya esok.”
✅ “Kalau tak menyusahkan, boleh masak lauk ni esok?”
Nada bertanya lebih dihargai.
✅ 6. Jadi Pendengar, Bukan Hakim
Kalau menantu berkongsi masalah, dengar dengan empati. Jangan cepat menghukum atau menyalahkan.
✅ 7. Sokong Tanpa Mengongkong
Tawarkan bantuan bila perlu, tapi jangan sampai menantu rasa dikawal. Beri mereka peluang urus sendiri.
✅ 8. Raikan Perbezaan
Terima budaya, cara hidup, dan tradisi keluarga menantu yang berbeza. Ia bukti kasih sayang tanpa syarat.
✅ 9. Doakan Kebaikan Mereka
Doa yang ikhlas daripada mertua membawa ketenangan dan rahmat dalam rumah tangga anak-menantu.
✅ 10. Selalu Muhasabah Diri
Tanya diri: “Adakah kehadiran aku menyenangkan atau membebankan?” Kebaikan mertua yang ikhlas pasti akan dikenang.
Semoga bermanfaat! ❤️
Saya simpan untuk diri saya sendiri, supaya tidak terlupa batas2 yang kini anak saya sudah dibawah tanggungjawab suaminya...
Anak perempuan seorang sahaja.

Sebelum ni ke hulu ke hilir dijaga bagai menatang minyak yang penuh...
jadi bila dia dah kawin kita masih lagi rasa terbawa2 macam dia dibawah tanggungjawab kita sepenuhnya lagi....bukan mudah melepaskan

Begitu juga kedua ibu bapa kita dulu menjaga kita, kini kita pula merasai perkara yang sama...
baru kita faham apa perasaan orang tua kita dulu...

Macam saya dulu juga, bila sahaja saya bergelar isteri, maka saya telah wajib patuh kepada kehendak suami, ibu dan bapa dah jadi No 2, Perasaan suami, maruah suami perlu dijaga tanpa melukakan kedua ibu bapa kita...

Dan sebagai anak perempuan saya faham kedudukan anak perempua saya hari ini...

Jadi bila kita dah jadi Mentua ni, Kita kena ingat baliklah peranan kita sebagai Mentua & Ibu bapa

Saya simpan di sini sebagai ingatan

Abaikan buruknya muka saya dalam gambar ni, tak boleh menahan sebak untuk melepaskan anak perempuan nan seorang dibawah jagaan seorang yang bergelar suami....

Hanya DOA KERAMAT kita sebagai ibu bapa sahaja yang menjadi payung kepada kebahagiaan kehidupan mereka.

Begitu juga dengan saya, apa yg saya ada hari ini, adalah berkat doa kedua ibu bapa kami...

Moga kedua ibu bapa kami sentiasa sihat selalu dan dalam rahmat & kasih sayang Allah sentiasa hendaknya, Aminnnn

❤️Saya simpan disini kenangan indah ini❤️