Tetamu tamak ambil makanan dan tetamu tidak diundang
Kita sebagai tetamu perlu ada 'common sense' dan bukan ikutkan nafsu makan semata-mata.
MUSIM cuti sekolah sinonim dengan kenduri kahwin yang turut menjadi tempat untuk sanak saudara dan sahabat handai dari serata tempat berkumpul.
Baru-baru ini, abe kie ada menghadiri sebuah majlis yang agak meriah kerana tuan rumah sediakan pelbagai gerai seperti pasar malam yang menyediakan bermacam juadah.
Tetamu di meja sebelah tidak melepaskan peluang untuk mengambil setiap menu. Sudahnya, penuh meja.
Abe Kie terfikir juga, mampukah dia habiskan kesemuanya. Seperti yang dijangka, banyak lagi makanan tidak dihabiskan dan ditinggalkan begitu sahaja. Apa salahnya jika dia bawa pulang lebihan makanan itu sebagai menghormati tuan rumah.
Sayangnya buang rezeki seperti itu. Jika dia tidak bersikap tamak, mungkin tetamu lain juga dapat merasa.
Sepatutnya kita sebagai tetamu perlu ada 'common sense' dan bukan ikutkan nafsu makan semata-mata.
Belum lagi tetamu yang bawa sekampung hadir kenduri sedangkan dalam kad sudah tertera siapa yang dijemput.
Abe Kie bersetuju dengan penggunaan RSVP untuk merekodkan kehadiran tetamu dalam sesebuah majlis kerana ia lebih mudah dan tuan rumah tidaklah malu jika tiba-tiba makanan kenduri jadi tak cukup.
Kehadiran 'tetamu tidak diundang' ini pernah dialami teman Abe Kie sendiri hingga menyebabkan majlis kecil-kecilan menjadi huru-hara kerana kehabisan makanan sebelum kenduri berakhir.
Bukan hanya keluarganya terpaksa menanggung malu, dia sendiri rasa kecewa apabila rakan yang dijemput bertindak mengajak orang lain yang langsung tiada dalam senarai.
Kita sebagai tetamu sepatutnya jangan memandai tanpa bertanya kepada tuan rumah kerana haram hukumnya jika menjadi 'tetamu tidak diundang'.
15 Comments
pernah terdengar bab haram kalau kita pergi tanpa jemputan tu...
ReplyDeleteand betul..bab makanan tu amik ala kadar la, x salah kalau nak rasa semua jenis makanan..amik serba sedikirt so x de la membazir and yer..amik tu beringat la org yg kemudian....lebih sopan pun ye.
Ketika kenduri kawin kalau ada tetamu lain yg duduk semeja, yang ambil makanan dan dessert penuh sepinggan, kemudian tak habis, aihhh kenduri yang meriah rasa dah naik darah.
ReplyDeleteZaman sekarang ni kadang manusia semakin kurang common sense nya cikgu, kalau majlis di jemput suami isteri tak payahla siap ajak sekali semua anak-anak dan saudara mara. Kesian orang yang buat majlis, kadang bajet untuk 500 tetiba yang dapat 1000 kan naya. Dana kadang geram tengok orang yang pergi kenduri lepas tu ambil makanan sampai penuh pinggan lepas tu tak abis. Membazir je
ReplyDeleteSetuju... Jadi tetamu meraikan majlis bukan menjadi tamak haloba mcm tak makan sebulan.. lepas tu habis membazir.. lg2 parent yg biar anak2 amik kuih muih lepas tu tak makan dan buang mcm tu jer.. amik biar lah berpada-pada..
ReplyDeletebab makan tu paling linda geram...tu yg selalu cakap dekat anak2, tengok dulu, nak makan yang mana, baru ambil...jgn ambil semua...
ReplyDeletebetul tu ramai yg masih suka ambil berlebihan :(
ReplyDeletedan ada dgr ceramah ustaz kata haram jika pergi kenduri yg tidak menerima jemputan dari tuan rmh
ReplyDeleteUmur macam ni pun Abam Kie masih ada kawan-kawan saya yang suka sangat ambil makan banyak-banyak. Lepas tuh tak habis. Geram kita ni. Kadang-kadang udah diingatkan pun deme ala-ala terlupa pula. Haish
ReplyDeletetak baiknya ambil makanan banyak2, pastu tk habis. dia tktau ke tuan rumah perabis berapa ribu ringgit utk jamu orang makan? pastu bazir macam tu je!
ReplyDeletecommon sense is not common anymore. haram hukumnya bawa tetamu tak diundang ke kenduri org. seeloknya mintalah izin tuan rumah dulu
bila nk jemput wak dtg kenduri cikgu abam kie nih., hehe
ReplyDeleteBiasa nampak dalam pinggan tinggi menggunung. Di situlah nasinya, disitulah segala lauk pauknya, ditimbun lagi dengan kuihnya, dessertnya dan buahnya. Oh!
ReplyDeleteMajlis di hotel biasa guna RSVP...lebih selamat untuk elak pembaziran
ReplyDeleteSelalunya macam tu la, ambil banyak sangat sampai penuh pinggan, tak ingat langsung kat orang belakang.
ReplyDeletekalau makan free sape yg taknak, tu yg semua bende nak rasa semua bende nak makan. last2 membazir
ReplyDeleteKena dekat majlis sendiri baru tahu kerugian nanti
ReplyDeleteMemang seronok tengok makanan banyak tapi kena beringat juga
Moga kita sama2 muhasabah diri
Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.