Anak Ketiga Mendapat 7A Dalam SPM 2024
Assalamualaikum. Anak Abe Kie yang ketiga iaitu Nur Alin Dahlia menduduki SPM pada tahun 2024. Dia belajar di sekolah yang sama tempat Abe Kie mengajar iaitu SMK Dato' Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah, Kelantan. Pada tahun lepas adalah tahun yang mencabar kerana masa yang singkat untuk batch 2007 mengulangkaji pelajaran kerana sesi akademik bermula pada pertengahan Mac dan SPM bertulis bermula sedikit awal iaitu pada akhir Disember.
Sebagai persediaan menghadapi SPM, pelbagai aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah. Antara aktiviti tersebut adalah kelas tambahan petang, malam, hujung minggu dan cuti sekolah. Tidak ketinggalan kelas dinihari untuk pelajar2 target manakala kelas pemulihan diadakan bagi membantu pelajar2 lemah untuk sekurang2nya lulus subjek Bahasa Melayu dan Sejarah. Bengkel teknik menjawab di sekolah dan kem kecemerlangan SPM di Permai Beach Resort turut diadakan. Ada lagi beberapa program yang dibuat tapi Abe Kie lupa la pulak!
Alhamdulillah. Anak Abe Kie, Yaya mendapat 7A, 1B+ dan 1C+. Terasa berbaloi pengorbanan dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Iyolah kan. Hari2 kena hantar dia utk kelas tambahan malam, hujung minggu dan cuti sekolah. Mujurlah dapat bantuan dari kakak2nya dan mummy dia untuk menghantar dan mengambil dia di sekolah. Jika kelas petang tu kena tunggu dia sehingga jam 4 petang. Malam tu kena datang lagi utk kelas malam selama 2 jam. Belum lagi campur dgn kelas tambahan musim cuti sekolah. Pendekata cuti sek pun bukan macam cuti la utk kami sekeluarga. Awal pagi dah kena hantar dia ke sekolah. Kul 12.30 pm baru habis kelas.
Seingat Abe Kie la, cikgu Geografi, Puan Hasliza buat kelas dari jam 8 am hingga 4 pm semasa gap antara kertas selama 21 hari tu. Mujurlah ada dikalangan ibubapa yang buat potluck dan menyumbang persegaran kpd murid2. Hasilnya GPS utk Geog meningkat. Mungkin jadi top 3 negeri sebab dulu2 Kak Hasliza pernah membawa sekolah DM2 menjadi johan negeri bagi subjek ni.
Selepas selesai majlis penyampaian slip keputusan di DM2, kami pergi makan tengahari di The Chicken Rice Shop, Tanah Merah sebagai meraikan kejayaan Yaya mendapat 7A. Kakak dan adik Yaya pun turut serta. Alhamdulillah, kenyang betul. Jadi saya berdoa agar Yaya akan dapat melanjutkan pelajaran di dalam bidang yang diminati di IPTA idamannya. Aamiin.
21 Comments
Tahniah yaya..tahniah juga untuk cikgu!
ReplyDeleteWah tahniah kepada anak dan cikgu Abam Kie. Cemerlang betul dah tu. Sekolah pun cemerlang juga untuk sekolah harian. Mesti seronok, selamat menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah Yaya & AK sekeluarga...kerja kuat guru2, murid2 & jg ibu bapa...
ReplyDeleteTahniah buat anak dan buat cikgu juga. Moga lepas ni terus berjuang , terus sukses di peringkat universiti pulak.
ReplyDeleteTahniah Yaya...sama seperti anak kedua saya untuk SPM 2021 dapat 7A.....alhamudlillah
ReplyDeleteAlhamdulillah..Tahniah...Semoga che mek sy pun akan berjaya mcm anak abam kie & yang lain2 walaupun dia ada masa setahun setengah lagi sebelum form 5 ..Amin
ReplyDeleteAlhamdulillah...tahniah buat yaya dan Ak sekeluarga...
ReplyDeletesemoga anak linda pun berjaya juga dalam SPM nanti...walaupun baru tingkatan 1 sekarang, tapi linda seram tengok nya...semoga ada kesedaran yang ilmu tu penting...
Woww..Tahniah anak AK.. Semoga terus melakar kejayaan..7A tu hebatt!
ReplyDeletetahniah Yaya!tahniah juga buat abam kie..tengok anak orang berjaya pun dah rasa sebak..
ReplyDeletealhamdulillah.. tahniah buat Yaya & tahniah jua buat Abe Kie & family
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteTahniahh abe ki
Rezeki anak
Wow! Uncle tumpang bangga!
ReplyDeletealhamdulillah tahniah anak cikgu n isteri rezeki anugerah Ilahi
ReplyDeleteAlhamdulillah dan Tahniah anak AK
ReplyDeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteTahniah dan terbaik... Semoga terus maju dan mengembirakan ibu bapa...
Tahniah anaknya, Abam Kie dan isterinya di atas rezeki ini. Semoga terus sukses di masa akan datang
ReplyDeletetahniah yaya! beauty with brain! tahniah juga pada both parents
ReplyDeletesemoga terus maju jaya di peringkat seterusnya
Tahniah Yaya. All the best in your future
ReplyDeleteTahniah Yaya.... All the best! Semoga dipermudahkan dan terus sukses dunia akhirat!
ReplyDeleteTahniah Nur Alin Dahlia dan Abe Kie
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah!
ReplyDeleteThanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.