Assalamualaikum. Terlebih dahulu Abam Kie ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2024 kepada semua pembaca blog suam-suam kuku ini. Apa azam tahun baharu ini? Azam Abam Kie cuma ingin menjadi lebih baik daripada tahun2 sebelumnya, OK? Semoga apa yang dihajati akan menjadi kenyataan pada tahun 2024 ini. 


Seterusnya kita pergi kepada cerita sebenar untuk entri kali ini. Dengan bangganya Abe Kie ingin mengumumkan pemenang blogger bertuah pada bulan Disember ini. Beliau yang dimaksudkan ialah Anies. Blogger Anies kerap menulis mengenai tempat2 yang beliau pernah lawati di seluruh dunia tau! Jadi kepada sesiapa yang suka melancong dan ingin mendapatkan sedikit tips boleh la BW ke blog beliau, OK? Ini merupakan kali pertama Aniies memenangi hadiah pengomen bertuah tau! Tahniah dan syabas Abe Kie ucapkan. Nanti Anies DM Abe Kie di 0129820100 untuk menuntut RM5 tu. Orait? Teruskan mengomen entri2 terkini di blog Abam Kie. Terima kasih.....

Kepada rakan2 blogger lain yang belum pernah menang peraduan blogger bertuah blog Abam Kie ni jangan berputus asa tau! Rajin2lah menulis komen di blog ni. InsyaAllah, kalau dah rezeki korang, memang dapat la tu hadiah nanti. Selamat maju jaya. Aamiin....