Assalamuakaikum.... Selamat kembali bertugas kepada semua pembaca blog Abam Kie. Semoga kalian sihat2 belaka pada awal tahun 2024 ini. Alhamdulillah, Abam Kie sudah kembali ke sekolah semalam i.e 2 Jan 2024. Selalunya sesi persekolahan di Kelantan bermula pada 1 Jan. Cuma tahun ini bernasib baik dapat lagi bercuti pada 1.1.24. Bulan Januari ni dipenuhi dengan peperiksaan SPM sahaja. Ujian bertutur Bahasa Melayu akan bermula dari 8 hingga 11 Jan 2024 manakala Speaking Test berlangsung pada 17, 18, 22 dan 23 Jan 2024. Ujian mendengar BM dan BI pada 29 Jan. Ujian bertulis SPM bermula pada 30 Januari sehingga 7 Mac 2024. Abam Kie pun gementar ni sebab anak kedua bakal menduduki SPM nanti. Semoga dia berjaya mendapat banyak A la biar pun nampak macam malas je nak belajar tu. Huhuhu....

Baiklah. Berbalik kepada isi utama pos kali ini ialah Abam Kie ingin melancarkan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie Tahun 2024 yang bermula dari hari ini sehingga 31 Disember 2024. Semua rakan blogger warganegara Malaysia layak menyertai cabaran ini. Caranya mudah aje. Lima orang blogger yang paling banyak menulis komen di blog Abam Kie ini akan mendapat hadiah istimewa pada awal tahun 2025 kelak. Jadi apa tunggu lagi? Tinggalkan komen bernas anda! Mana tahu anda bakal menjadi top 5 nanti! Keputusan akan diumumkan pada awal Januari 2025. 

Selamat maju jaya kepada semua pembaca blog Abam Kie. Anda semua insan hebat dan terpuji! Terima kasih.