Tiba-tiba teman teringat kudapan ni, menggamit nostalgia zaman bebudak... PISANG SALAI namanya, meleleh ayo lio teman mengenangkan keenakan Pisang Salai ni 🤤. Kat kampung dulu jenis Pisang Awak le yang paling popular untuk dibuat salai. Istilah Salai tu yang sebenonye JEMUR hihihi 😅... Pisang yang dah masak tu kena hiris nipis dan disusun kat dalam talam. Kalau dulu Opah teman susunkan hirisan pisang ni kat tepah buluh @anyaman buluh. Kemudian dijemur beberapa hari kat tengah panas. Dah elok kering simpan le kat dalam balang, orang dedulu simpan kat dalam Upih Pinang, gantung kat ruang dapur kayu. Makan gitu pun boleh cicah ngan kelapa parut atau nak buat goreng celup tepung pun boleh, sedap sangat. Ada air kopi dah cukup nikmat untuk minum petang kami sekeluarga, itu le kenangan zaman kecik teman. La ni nak dapat Pisang Awak pun kemain susah. Kenangan mengusik jiwa 😊👍👍👍

13 Comments

  1. MA kalau pisang salai ni, ingat kat ayer hitam, johor...sbb kalau balik johor mesti singgah ayer hitam beli pisang salai ni

    ReplyDelete
  2. Masa kecik selalu dapat makan pisang salai.
    Mungkin cara penyediaan sedikit berbeza sebab pisang salai yang biasa saya makan ada aroma asap.

    ReplyDelete
  3. Pastinya meninggalkan satu kenangan yang terindah.. Sedap tu..

    ReplyDelete
  4. Kenangan semua nya. Lama nya tak makan pisang salai. Sedap. Suka bau asap2. Tak pernah tengok cara buat.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..saya p[un pernah rasa pisang salai ini

    ReplyDelete
  6. masa kecil mama tak makan pisang salai sebab tak suka bau dia. skrg dh ok

    ReplyDelete
  7. singgah sat dari http://www.thefox.my/ ^^

    ReplyDelete
  8. pernah makan beberapa kali tapi ada yg apabila di makan ia rasa sedap ada yg rasa mcm cukup lah tak nak lagi hahahah .. :D

    ReplyDelete
  9. sedap ni... lama tak makan ni...

    ReplyDelete
  10. Ya Allah lama sangaaaaaat tak makan ini ❤️❤️❤️. Dulu saya sering makan pisang sale / salai saat di Aceh Bang. Di Aceh banyak juga, tapi disebut pisang sale.

    Enaaak memang manis, wangi kan. Cocok untuk teman kopi 😄👍

    ReplyDelete
  11. Suka juga makan tapi jarang jumpa.

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.