Bila memasuki usia 40an nak ke 50an ni, banyak benda yang kita kena ubah! antaranya:
 
1️⃣ Bersederhana dalam bekerja. Masa ni kita kena lebihkan usaha bersama keluarga dan mula dekatkan diri dengan Maha Pencipta yakni Allah SWT.
 
2️⃣ Plan cuti dan pergilah berjalan-jalan bersama keluarga. Ambillah seberapa banyak gambar yang boleh di telefon dan "make a lot of sweet memories together with your loved ones." 
 
3️⃣ Tinggalkan seketika hal² kerja untuk kita lebih mendekati anak² yang sedang membesar. Masa mereka tinggal bersama dengan kita dah tak lama...
 
4️⃣ Berhenti dari korbankan masa kita untuk orang lain, tapi korbankan masa kita untuk Allah dan keluarga.
 
5️⃣ Jangan teragak-agak untuk tinggalkan manusia² yang mengambil kesempatan pada kita. Biar kawan tak ramai dari ramai kawan yang cam haram. Ada teman² dalam hidupmu yang diam² membencimu tapi selalu ketawa bersamamu. Itu fakta .

6️⃣ Jauhi mereka yang hipokrit dan bermuka-muka, terutama yang Toksik!
 
7️⃣ Cari kawan yang ikhlas dan lebih mendamaikan, jauhi mereka yang berlagak baik tapi busuk hati.
 
8️⃣ Jaga kesihatan, kawal pemakanan dan bersenam! Benda paling berharga dalam hidup adalah nikmat SIHAT

9️⃣ Pergilah umrah. Waktu terbaik untuk pergi umrah pada yang masih belum pernah pergi adalah ketika badan masih sihat.
 
🔟 Jangan terlalu runsing jika simpanan kita sedikit. Allah yang mencukupkan, Dialah yang memberi rezeki dan kecukupan. Bukannya wang

Moga bermanfaat...🌹

 

12 Comments

  1. Saya dah 42.. Termasuk dalam golongan ini.

    ReplyDelete
  2. Setuju.. sy pun dh rasa diri sendiri dh x excited utk perform dlm karier.. buat yg rutin je yg wajib je.. yg penting keluarga

    ReplyDelete
  3. Nasihat yang baik. Saya termasuk golongan ini.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah sedang melaluinya ,moga dipermudahkan pada setiap perubahan..

    ReplyDelete
  5. Setuju dengan nasihat ni semua. Umur 40 saya buat keputusan tinggalkan kerjaya yg terlalu mengambil masa dengan keluarga, sekarang tengah berusaha memperbaiki amal ibadah dan spend time dgn keluarga. Walaupun duit dah tak sebanyak dulu tapi hati lebih tenang alhamdulillah.

    ReplyDelete
  6. Tip ini sangat berguna...nampaknya saya semakin kurang berblogging sebab nak fokus masa dengan Allah dan keluarga

    ReplyDelete
  7. Setuju sangat... Kene ada balance in life gitu :D

    ReplyDelete

Thanks for leaving your comment. Please come again. I will visit your blog soon.